SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12177
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime14/4/2008, 10:28 pm

BATERI kenderaan boleh diibaratkan sebagai salah satu organ terpenting dalam kenderaan yang bertanggungjawab menggerakkan segala sistem elektrik dan memastikan segala peralatan elektronik berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, ada pemandu enggan menukar bateri kenderaan walaupun terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan berbukit supaya enjin boleh dihidupkan dengan memasukkan gear ketika melungsur.

Selain menggunakan teknik tradisional yang hanya untuk kenderaan transmisi manual itu, pemandu boleh menghidupkan kenderaan dengan cara lain iaitu menggunakan penghidup kejut atau jump start.

Penghidup kejut amat mudah kerana selain boleh menghidupkan enjin, ia membolehkan perjalanan diteruskan dalam keadaan kecemasan untuk sampai ke tempat bantuan seterusnya.

Tetapi awas, penggunaan penghidup kejut boleh menghasilkan percikan bunga api daripada kabel penyambung dan boleh menyebabkan letupan.

Pemilik kenderaan harus tahu menggunakan peralatan ini dengan teliti sebelum membuat 'kejutan' kepada bateri kenderaan yang lemah.

Harus diingat, hanya bateri berkuasa lebih tinggi atau sama kuasa yang boleh menghidupkan bateri kenderaan yang lemah.

Perkara pertama perlu dilakukan sebelum menggunakan penghidup kejut, matikan semua suis elektrik pada kedua-dua kereta. Gunakan kabel penghidup kejut yang sesuai dengan kemampuan bateri dan bukannya sebarang wayar yang boleh mengalirkan arus.

Elakkan kepala kabel daripada tersentuh satu sama lain atau bahagian badan kenderaan.

Sambungkan satu hujung ke terminal positif (merah atau +) bateri berkuasa manakala satu lagi ke hujung yang sama bateri yang mahu dihidupkan. Lakukan perkara sama pada kabel satu lagi (hitam atau -).

Ketika bateri dicaj, bendalir dalam bateri akan mengeluarkan buih hidrogen. Oleh itu, jangan sekali-kali menghidu wap yang dikeluarkan kerana ia berbahaya kepada kesihatan selain elakkan merokok berhampiran bateri itu.

Jika proses caj dilakukan ketika bateri berada dalam bonet, pastikan semua suis ditutup kerana percikan api walaupun kecil boleh merebak kepada gas yang dikeluarkan pada bateri.

Bagaimanapun, lebih baik bateri dikeluarkan daripada kereta bagi mengelakkan asid di dalamnya melimpah dan memberi kesan sampingan kepada permukaan logam serta merosakkan cat kereta.

Sebelum itu, pastikan pengepit pada kedua-dua terminal bateri diletakkan pada kedudukan yang betul kerana kesilapan itu boleh menyebabkan bahagian dalam bateri kereta rosak.

Kemudian, hidupkan enjin secara biasa dan biarkan kabel itu terus bersambung ketika enjin sedang dipanaskan. Putuskan litar itu selepas enjin stabil dan simpan semula kabel itu.

Tetapi, pemilik kenderaan dinasihati supaya menggunakan penghidup yang mempunyai paras kuasa 12 volt, iaitu sesuai untuk bateri berkuasa 12 volt.

Kekerapan menggunakan penghidup boleh menyebabkan kepingan logam dan plumbum di dalam bateri itu rosak.

Selain itu, punca bateri tidak tahan lama dan kehilangan kuasa dengan cepat mungkin disebabkan terlalu banyak aksesori dipasang.

Secara amnya, bateri yang dipasang pada kereta hanya cukup untuk menampung bagi menggerakkan pengilap cermin, pemanas cermin dan lampu.

Tetapi, dengan penggunaan pengulang-alik (alternator), bateri mampu menyalurkan kuasanya pada aspek lain seperti sistem audio, penghawa dingin, lampu antikabus dan pelbagai aksesori lain.

Bagaimanapun, perjalanan singkat dengan keadaan kereta yang berhenti-henti tidak membantu memulihkan kuasa bateri kereta walaupun menerusi penggunaan pengulang-alik.

Malah, kuasa bateri yang tersimpan ketika enjin dimatikan tidak mampu untuk menghidupkan semula enjin terutama apabila enjin kereta sejuk atau pengaliran minyak pelincir tidak sempurna.

Langkah terbaik untuk mengelakkan masalah bateri berlarutan adalah sering periksa keadaan air bateri dan sekiranya penggera kenderaan tiba-tiba berbunyi ketika mahu menghidupkan enjin atau lampu utama sering terbakar, itu petanda awal bahawa bateri kereta kehabisan kuasa.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
mantan73
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
mantan73

Male
Age : 111
location : SEMPORNA-KK
Points : 11913
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime20/4/2008, 9:40 pm

good info...
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12177
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime2/5/2008, 3:02 pm

ramai pengguna kereta actually tidak yahu tentang perkara ini..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
bDkjHt87
JUNIOR
JUNIOR
bDkjHt87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu
Points : 11566
Reputation : 0
Number of posts : 122

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime17/9/2008, 9:02 pm

info yg bgs bro.. dpt gak ilmu ckit2... What a Face
Back to top Go down
Huntez
MODERATOR
Huntez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK @ Kota Keramat
Tag ID: : SFC 03599
Points : 11623
Reputation : 3
Number of posts : 1554

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime27/9/2008, 9:29 pm

Very Happy good job bro..bru aku tau ni hal melalui info berguna ko ni
Back to top Go down
http://www.huntez.blogspot.com
jambory2001
REGULAR
REGULAR
jambory2001

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Tamparuli Sabah
Points : 11688
Reputation : 0
Number of posts : 430

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime18/10/2008, 10:57 pm

mantapsss....
Back to top Go down
wanchai
SUPERIOR
SUPERIOR
wanchai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Kerja/Kwin=Kudat & Kmpung/Asal=Putatan/KK
Tag ID: : SFC 04762
Points : 12876
Reputation : 8
Number of posts : 2092

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime29/4/2009, 10:32 pm

pengidup kejut nih autostart d remote knci 2 ka?
Back to top Go down
http://sioloon.ning.com/profile­/WaNcHaI
siotto
WEBMASTER
siotto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Kudat - Lahad Datu
Tag ID: : SFC 02605
Points : 14849
Reputation : 7
Number of posts : 3274

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime29/4/2009, 11:38 pm

ngam info nie ada kat sini...mmg betul tur..kebanyakan orang pakai keta saja pandai..tapi mana mau ambik tau pasal mau jaga kereta tur...
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13787
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime5/5/2009, 10:33 am

wanchai wrote:
pengidup kejut nih autostart d remote knci 2 ka?

bukan eh..jumper tu
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
Sponsored content




Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan   Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tip Pemanduan:Guna penghidup kejut boleh menyebabkan letupan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: