SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 46
location : KL & KK
Points : 11856
Reputation : 0
Number of posts : 411

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 7:28 am

Diana Danielle ada pengawal peribadi



DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Hi_01.1




Baru berusia 17 tahun tapi siapa sangka popularitinya terus meningkat setaraf bintang popular Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana pada hari ini tidak ramai bakat baru khususnya di kalangan remaja yang mampu mencipta populariti seperti gadis bernama Diana Danielle ini.
Bakatnya mula diasah selepas Datuk Yusof Haslam, penerbit Skop Production bertemu Diana dengan ibunya di kawasan pejalan kaki sebuah kedai di Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira dua tahun lalu.

Kata Yusof, semasa berselisih itu terus dia membuka peluang untuk Diana berlakon drama terbitan syarikatnya.
“Saya menawarkan dia berlakon kerana saya lihat ada sesuatu yang istimewa pada Diana. Kebetulan ibunya memberikan lampu hijau, terus dia menerima tawaran berlakon drama-drama saya,” katanya.
Rasanya ramai yang sudah mengetahui bakat gadis ini. Dia bukan baru sehari dua terlibat dalam dunia lakonan. Diana pernah berlakon iklan lampin (Pampers) ketika berusia sembilan bulan.
Masih ingat atau tidak iklan itu pada tahun 1992 yang memperlihatkan seorang bayi separuh bogel dipakaikan lampin? Itulah Diana!

Tidak hanya iklan, Diana juga turut ditawarkan berlakon filem Idola ketika berusia sembilan tahun dan seterusnya bakat dia terus digilap selepas bertemu dengan Yusof.
Bukan mudah sebenarnya untuk membuat sesi fotografi dengan Diana. Saya mengambil masa yang agak lama bagi mengaturkan pertemuan ini. Bukan kerana sombong tetapi tanggungjawabnya terhadap pelajaran menuntut beliau untuk menolak beberapa tawaran dan juga sesi fotografi.
Pagi dia ke sekolah dan malam sibuk pula dengan kelas tambahan. Apatah lagi pada tahun ini Diana akan menghadapi peperiksaan penting, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dek kerana kesibukan, sesi fotografi Pancaindera pada hari itu terpaksa diaturkan selepas waktu pejabat yang berakhir kira-kira pukul 10.30 malam.

“Penat betul ni, mata Diana dah tak boleh nak buka dah,” katanya sesekali terpaksa merungut.

Siapa dua lelaki itu?

Petang itu saya menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu Diana iaitu Norsiah Ramli. Dalam SMS itu, Norsiah yang gemar membahasakan dirinya Mama memberitahu, dia tak dapat menghantar Diana ke studio tetapi anaknya itu akan ditemani dua orang lelaki.
Semasa di studio, saya berkata wah... hebat sungguh Diana. Ada dua orang lelaki yang datang menemani. Tetapi apakah hubungan mereka dan siapakah mereka itu?

“Ya, dia orang ni bodyguard dan juga pemandu. Mereka yang akan membawa Diana ke mana-mana sahaja tetapi awas, dia orang tiada apa-apa hubungan lebih dari itu okey,” katanya awal-awal lagi menepis perkara yang boleh dijadikan bahan gosip.
Saya bertanya lagi kenapa memilih untuk ‘memasang’ bodyguard? Pada masa ini artis popular yang ada pengawal peribadi hanyalah Datuk Siti Nurhaliza dan juga Fasha Sandha sahaja.
Sebagai anak tunggal ujar Diana, tidak salah ibunya menyediakan dia pemandu dan juga pembantu peribadi bagi menjaganya. Bukan untuk berlagak macam orang kaya tetapi sebagai gadis yang sedang meniti jambatan populariti perkara itu difikirkan penting.
Malah akui Diana ibunya bukan selalu dapat untuk menemaninya kerana sibuk dengan pekerjaan sebagai agen hartanah. Lebih baik ibunya menggajikan seorang pengawal peribadi dan seorang pemandu bagi membolehkan dia berurusan.

“Ibu tidak akan lepaskan Diana seorang diri sebaliknya dia lebih percaya kalau ada orang yang menemani.
“Sebab ibu selalu sibuk. Kadang-kala saya juga kasihan dengan dia yang terpaksa menemankan saya kemana saja.
“Kadang kala saya terpaksa balik jauh malam kalau ada shooting. Ibu nak teman pun bukannya boleh selalu.
“Jadi untuk memudahkan semua urusan, ibu sudah menyediakan Diana seorang pengawal peribadi supaya mudah untuk saya menguruskan kerjaya selain bertindak menjaga keselamatan saya,” katanya


Siapa ‘sponsor’?

Apabila ada seorang pemandu, kereta mewah dan bodyguard tentu saja seseorang itu akan dikaitkan dengan skandal, itu dan ini. Dunia hiburan di Malaysia begitulah biasanya. Di Hollywood, kalau artis ada 20 pengawal peribadi sekalipun tidak menjadi masalah dan bukan perkara yang luar biasa.
Malangnya industri hiburan di Malaysia ini kecil, artis yang dilihat berkeadaan agak mewah tentu sahaja dituduh kononnya menjalinkan hubungan dengan orang kenamaan dan Datuk-Datuk.
Bagi Diana, kehidupan dan kemewahan yang dikecapinya pada hari ini tidak ditaja oleh sesiapa pun. Sebaliknya kesenangan yang dimilikinya itu merupakan hasil usaha dan kerja kerasnya sejak kecil.
“Sponsor? Kalau ada orang yang nak menaja, tentu saya akan lebih mewah daripada ini. Tapi apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil kerja dan susah senang saya selama bergelar artis.
“Ini duit yang saya kumpulkan selain kerja keras mama dalam bisnesnya untuk melihat kejayaan saya dan juga kebahagiaan kami berdua,” katanya.


Benarkah ibu mengongkong?

Forum dan sembang Internet menyebarkan berita yang kurang baik kononnya kehidupan Diana pada hari ini dikongkong ibunya yang berusia 45 tahun itu. Malah sembang internet itu juga turut mendakwa Norsiah turut campur tangan dalam urusan fotografi serta sesi soal jawab antara wartawan.
Saya bertanya sendiri perkara itu dan mahukan Norsiah yang sememangnya ramah apabila bercakap menjelaskan berita buruk yang disebarkan itu.
Tanpa mahu berselindung akui beliau, ada waktunya dia perlu tegas dalam sesuatu perkara. Ia termasuklah soal mengawal anaknya agar tidak terus hanyut dengan populariti yang diraih pada hari ini.

Tetapi ketegasannya ada tempat dan bukan sengaja dilakukan untuk mendapatkan publisiti murahan.
“Memang saya tegas dengan anak saya kerana dia masih muda. Dia perlu dibimbing. Saya tidak boleh membiarkannya seperti melepaskan seekor burung merpati.
“Budak-budak sekarang perlu dijaga dengan rapi kerana saya bimbang jika tidak dikawal seseorang itu mudah untuk terlibat dengan anasir yang boleh merosokkan dirinya.
“Tapi saya bersyukur kerana ketegasan itu membuatkan Diana lebih berjaya dan menjadi seorang anak yang menghormati orang lain,” katanya.

Mengenai campur tangannya sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pihak tertentu kata Norsiah ada sebab dia berbuat demikian.
Malah wanita yang sudah lama menjadi ibu tunggal ini juga berkecil hati apabila ada pihak yang bertanya status anaknya itu.
“Ada yang tanya Diana anak angkat saya kah? Sembilan bulan saya mengandungkan dia, persoalan itu pula yang dibangkitkan. Jujurnya saya kurang senang dengan cara itu.
“Malah ada orang yang tak dapat mengutuk Diana cuba menjadikan saya sebagai sasarannya. Tentulah saya cepat melenting dan ia bukanlah sengaja dibuat-buat,” ujarnya.
Tapi Norsiah tidak mahu memikirkan perkara itu sebaliknya menganggap segala gosip dan tohmahan yang keterlaluan itu sengaja diada-adakan kerana ada pihak yang mula dengki dengan kejayaan Diana.


Masih muda untuk bercinta

Rasanya ramai sudah mengetahui status Diana apabila dia dikaitkan dengan pengarah Evolusi KL Driff, Syamsul Yusof. Mengakui berkawan rapat tetapi menolak mereka macam pasangan bercinta lain.
Kata Diana, dia selesa berkawan dengan Syamsul tetapi hubungan mereka tidak boleh untuk ditakrifkan sama seperti pasangan lain. Disebabkan masih muda, masa dan tumpuan sekarang hendak diberikan dalam dunia lakonan dan pelajaran.

“Diana tak mahu terlalu memikirkan soal cinta kerana perjalanan Diana masih jauh. Sekarang Diana baru berusia 17 tahun.
“Selepas belajar nanti Diana bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih jauh. Kalau boleh sehingga ke luar negara.

“Sebab itu apabila orang tanya sejauhmanakah percintaan Diana dengan Syamsul, jawapannya Diana senang dan selesa berkawan dengan dia,” terangnya yang sesekali tersenyum apabila dikaitkan dengan nama anak jutawan filem itu.
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : sabah
Points : 11945
Reputation : 0
Number of posts : 2620

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 7:36 am

mmm...... good info...
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12157
Reputation : 3
Number of posts : 2079

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 7:40 am

C Diana Danielle ni memang cantik semulajadi.........tidak pakai mekap pun memang cantik Very Happy
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11753
Reputation : 0
Number of posts : 2142

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 8:03 am

siapa kah gerangan gadis ini?tapi inda apa,yg penting dia happy dan saya happy...jgn jadi britney sp...r tu lah
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12006
Reputation : -1
Number of posts : 6286

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 12:56 pm

Awek poyo bah nie klu urg KL ckp..hehehee..
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 11914
Reputation : 0
Number of posts : 478

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 1:47 pm

Mmg cantik cuma muka dia matured dari umur. Thn ni bru ambik SPM nie. Untung le dpt shamsul tu..ada sgalanya..rupa & harta. Wink
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12006
Reputation : -1
Number of posts : 6286

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 1:48 pm

aikk..bukan dia teda apa-apa kah dgn shamsul..hehehehehe Laughing
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 11914
Reputation : 0
Number of posts : 478

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 1:56 pm

Ckp saja teda apa2...teman tp mesra...Itu kan jawapan standard suma artis..d KL ke hulu ke hilir sama2..loving tau.

ok la ba tu..siapa yg mo tolak klu anak jutawan sda suka...rugi mah What a Face
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12006
Reputation : -1
Number of posts : 6286

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime5/5/2008, 2:01 pm

hehehehe..

iya bah kan..klu dpt Royal family lagi MANTAP!!?!! Laughing
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12220
Reputation : 0
Number of posts : 1268

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime7/5/2008, 12:52 pm

cantek ni budak woo.. nasib baik aku dh ... klu nda mcm mo tangkap I love you jua woo. hehehe
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11753
Reputation : 0
Number of posts : 2142

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime7/5/2008, 1:08 pm

kacing kacing...$$$$,siapa pun mau termasuk saya bah... Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content




DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Empty
PostSubject: Re: DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI   DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI Icon_minitime

Back to top Go down
 

DIANA DANIELLE ADA PENGAWAL PERIBADI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: