SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sotong goreng tepung Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sotong goreng tepung Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Sotong goreng tepung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12013
Reputation : 0
Number of posts : 737

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime13/6/2008, 6:39 am

Sotong goreng tepung

Sotong goreng tepung Fa_04.1



Sotong goreng tepung Logo_ren_kuali

SELAIN udang, sotong goreng tepung adalah pilihan kebanyakan penggemar makanan laut. Pilihlah sotong yang masih baru dan nampak segar. Kulitnya mestilah masih utuh membalut badan. Bahagian kepala juga tidak seharusnya bercerai daripada badan tersebut.
Sotong mudah menjadi busuk. Oleh itu ia seharusnya sentiasa diletak di dalam bekas berisi ais. Pastikan ia dimakan sebaik saja dibeli. Ini kerana rasanya akan kekal manis. Namun begitu, anda boleh mengembalikan kemanisan sotong atau udang dengan cara memerapnya selama 30 minit dengan sedikit garam dan gula.
Perkara paling penting sebelum mula menyediakan hidangan ini adalah kaedah yang dinamakan 'mematikan air sotong'. Caranya adalah dengan meletakkan sotong di dalam kuali atau periuk kalis lekat. Kemudian nyalakan api pada tahap sederhana kuat.
Sebaik saja warna sotong sudah bertukar dan airnya banyak terbit, padamkan api. Kemudian letak sotong di dalam penyekat untuk ditoskan. Jika anda tidak berbuat demikian dan menggoreng sotong begitu saja, ia akan meletup dan ini sangat menyukarkan bila tiba masa hendak membalikkannya. Sotong juga kurang rangup kerana ia mengandungi banyak air.
Sekiranya sotong hendak dibuat sambal, simpan air sotong tersebut kerana ia berupaya memaniskan bumbu sambal. Anda tidak perlukan sebarang minyak atau air dalam langkah pertama ini. Air daripada sotong sudah mencukupi. Begitu juga bila merebus kerang kerana air di dalam kerang itu sendiri boleh membuat kerang tersebut masak.
Jangan terlebih masa pada langkah ini kerana sotong yang terlalu masak akan menjadi liat. Bila menggorengnya kelak, isinya akan bertambah keras. Bila dimakan pula, ia tidak sedap.
Adunan tepung atau dikenali sebagai batter sangat penting dalam menentukan kerangupan sotong ini. Gunakan senduk kayu dan pastikan anda menuangkan cecair sambil mengacau campuran tersebut perlahan-lahan.
Sotong goreng tepung Fa_04.2


Setelah selesai, anda perlu memukul putih telur hingga kental. Gunakan mangkuk dan pemutar yang sudah dibilas dengan air panas. Kemudian lap dengan kain bersih. Ini adalah untuk memastikan putih telur boleh kental dengan sempurna. Jika terdapat sebarang kesan minyak pada bekas atau pemutar, sukar untuk mengentalkan telur tersebut.
Bila anda memukul putih telur, anda akan dapati ia mula-mula akan menjadi separuh kental. Perhatikan bila anda mengangkat pemutar, 'puncak' putih telur yang terbentuk itu agak melengkung. Pukul lagi pada kelajuan sederhana. Kemudian angkat pemutar semula. Anda akan dapati 'puncak' yang terbentuk adalah tajam.
Gunakan spatula atau senduk plastik bila mencampurkan putih telur ke dalam adunan tepung (batter). Mula mencampur satu camca besar putih telur terlebih dulu. Setelah sebati, baru masukkan baki putih telur. Kaedah ini dipanggil kaup-balik. Lakukan dengan perlahan dan berhati-hati supaya gelembung udara di dalam putih telur sebati. Ia mampu meringankan adunan tersebut.
Bila anda menggoreng udang, ikan atau sotong dengan batter tersebut, anda akan dapati hasilnya memuaskan. Ia lembut tetapi rangup pada masa yang sama. Ia juga akan kekal lembut sehingga beberapa jam lamanya.
Bagi mendapatkan batter yang lebih wangi, anda boleh gantikan tepung jagung dengan tepung kastard. Anda tidak semestinya memasukkan serbuk kunyit. Bagi yang sukakan warna kuning yang lebih terang, tambah beberapa titik esen atau pewarna kuning.
Biar adunan selama 20 minit sebelum mula menggoreng. Pastikan minyak cukup panas. Jika tidak begitu panas, bahan gorengan akan 'makan minyak' atau meresapkan terlalu banyak minyak. Ini akan merosakkan rasa sotong itu sendiri. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer kerana lebih mudah untuk mengangkat sotong yang sudah siap digoreng.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 46
location : KL & KK
Points : 11812
Reputation : 0
Number of posts : 411

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime13/6/2008, 10:09 am

Selain udang grg tepung...ini pun Favorite nie...Yummmy perhhh...

Thank Q abg jeff share2 resepi nie.... What a Face
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12086
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime13/6/2008, 5:51 pm

sakura goreng sotong tu tapi jadik lembik je!!!! dont know
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 11698
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime13/6/2008, 6:42 pm

adede.. meleleh trus air liur tru..
recipe ni big boss tru paling champin masak... Very Happy
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12113
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime13/6/2008, 9:11 pm

kalau bab2 masak goreng tepung ni, udang goreng tepung ka? sotong goreng tepung ka? memang abang jeff lebih terer dari kakak........ Very Happy
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
lisa da greto
MODERATOR
lisa da greto

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 37
location : kota kinabalu
Tag ID: : sfc 03860
Points : 11624
Reputation : 2
Number of posts : 443

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime1/3/2009, 6:38 am

waaa..sdp nye sotong goeng tepung ne...
tp slalu try wat..xjd..ne..msti jd cam goren pisang..tlampau crispy..adei..
kalu guna sotong bsr lg sdpp..
respi ne..sama ja ker cam udang goreng tepung? Suspect
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12113
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime2/3/2009, 4:45 pm

lisa da greto wrote:
waaa..sdp nye sotong goeng tepung ne...
tp slalu try wat..xjd..ne..msti jd cam goren pisang..tlampau crispy..adei..
kalu guna sotong bsr lg sdpp..
respi ne..sama ja ker cam udang goreng tepung? Suspect

tak sama dik
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12097
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime13/7/2009, 4:25 pm

Suspect suda ku cuba tapti nyaman lagi d bali d kadai
Back to top Go down
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 33
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17580
Reputation : 16
Number of posts : 6512

Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime14/7/2009, 8:18 am

dalam gambar nmpak sedap la...and nant aku try bg kmu semua mkn....hahhha...
Back to top Go down
Sponsored content




Sotong goreng tepung Empty
PostSubject: Re: Sotong goreng tepung   Sotong goreng tepung Icon_minitime

Back to top Go down
 

Sotong goreng tepung

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Resepi & Diet-
Jump to: