SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Obses menghias kereta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Obses menghias kereta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Obses menghias kereta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Obses menghias kereta Empty
PostSubject: Obses menghias kereta   Obses menghias kereta Icon_minitime23/6/2008, 9:52 am

Obses menghias kereta


Memang lain daripada yang lain. Namun berapakah kos yang diperlukan untuk pengubahsuaian ini?Obses menghias kereta Va_01.1
KERETA Satria ini diberi nama Next Top Model oleh pemiliknya, Fazli.



KITA sering mendengar, kerana minat seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan hati mereka puas. Begitulah juga dengan para peminat kereta yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata ingin melihat kenderaan mereka lain daripada yang lain.
Obses menghias kereta Va_01.2


Bagi seorang pemilik Honda Stream, Saifudin Marzuki, 37, dia menghabiskan kira-kira RM60,000 semata-mata ingin menghias kereta agar tampak cantik dan memukau tatkala membelah jalan raya.
Katanya, walaupun telah melabur sejumlah wang yang besar untuk membeli segala aksesori dan alat ganti, hatinya puas berbuat demikian.
"Bagi saya, biar berhabis ribuan ringgit, asalkan hati puas, tidak mengapa. Apa yang penting kita tidak buat benda yang menyalahi undang-undang," katanya.
Dia yang bekerja sendiri memenangi kategori ekstrem pada Pameran Kereta Permas di Permas Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.
Obses menghias kereta Va_01.3
ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Permas Mall untuk memeriahkan Pameran Kereta Ekstrem 2008 di Permas Jaya, Johor.

Menurutnya, kereta itu telah ditambah dengan aksesori yang ekstrem seperti sistem audio selain sistem luaran dengan body kit terbaik," jelasnya.
Bagi seorang lagi peminat kereta, Hazman Hassan, 30, dia lebih gemar menghias kereta kancil yang dibelinya pada tahun 1994 dengan tema Hello Kitty.
Katanya, dia telah membelanjakan kira-kira RM35,000 untuk keseluruhan modifikasi kereta tersebut sehingga kelihatan menarik dan elegan.
"Saya telah memulakan projek mengubahsuai kereta ini sejak tahun 2004 dan saya puas dengan hasilnya biarpun terpaksa berbelanja besar.
Obses menghias kereta Va_01.4
BEGINILAH sistem audio kereta Fazli selepas diubahsuai.

"Apa yang menarik, saya berkongsi hobi ini bersama isteri," katanya yang bekerja sendiri.
Dalam pada itu, pemilik kereta Proton Satria, Fazli Ahmad, 29, berkata, dia memberi nama keretanya itu Next Top Model. Dengan kombinasi warna putih mutiara selain beberapa aksesori lain ramai pasti menoleh dua kali sewaktu melihat Next Top Modelnya.
Katanya, dia mengubahsuai keretanya agar kelihatan seperti model Mitsubishi Mirage dengan kos setinggi RM15,000.
Obses menghias kereta Va_01.5
HONDA City ini telah diubahsuai dengan ekstrem.

"Saya memang berusaha kumpul duit untuk mengubahsuai kereta kesayangan saya. Saya tidak kisah apa orang nak kata, asalkan saya puas," katanya.
Pameran kereta selama dua hari itu menarik lebih 1,000 pengunjung dan menyaksikan 80 penyertaan pelbagai kereta yang telah diubahsuai seperti Perodua, Proton, Nissan, Daihatsu, Suzuki dan Honda.
Pada pameran itu, ia menampilkan lima kategori iaitu Proton Standard, Proton Extreme, K-Car Standard, K-Car Ekstrem dan Terbuka.
Menurut Penyelaras pameran, Azrin Rizal Abu Bakar, tujuan ia diadakan untuk menghidupkan kembali pameran kereta selain meningkatkan kualiti pameran-pameran kereta ubahsuai berbanding sebelum ini.
Obses menghias kereta Va_01.6
BAHAGIAN dalam kereta Kancil milik Hazman yang diubahsuai.

Selain itu, acara ini juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan menjadi lokasi mereka bertukar-tukar pandangan berkenaan modifikasi kereta.
"Terdapat peserta yang datang dari Kuala Lumpur dan Melaka. Memang seronok kerana ia sudah seperti satu pameran peringkat kebangsaan," kata Azrin. - AFIFI HAFIZ M.NOR
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Yen
MODERATOR
Yen

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sabah
Tag ID: : 02452
Points : 11863
Reputation : 0
Number of posts : 836

Obses menghias kereta Empty
PostSubject: Re: Obses menghias kereta   Obses menghias kereta Icon_minitime23/6/2008, 10:33 am

ya la kak..kdg2,kos 'mekap' keta ni klu dikira2 ,boleh guna utk beli sebiji lg keta...
Back to top Go down
 

Obses menghias kereta

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: