SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 11889
Reputation : 0
Number of posts : 656

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 7:25 pm

Teck Lee tamak – PM


PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong
Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan
dirinya.”

Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya
memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian
kemudian.

Yong mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa SAPP telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.
Sejak kebelakangan ini, bekas Ketua Menteri Sabah itu sering
mengkritik keputusan politik Abdullah mengenai Sabah termasuk langkah
menaikkan harga bahan bakar.

– Bernama
Apa komen kamurang apa yg akan berlaku selepas ini? PM mendakwa Yong Teck Lee tamak, walhal SAPP mahu kerajaan lebih telus dalam membasmi PTI di sabah. Beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan PM bahwa kerajaan Pusat akan memberi 1billion untuk kerajaan Sabah dan beliau anggap 1billion cuma 'gula-gula' padahal lagi jauh jauh nilai dari 80billion hasil minyak Sabah yang beralih ke kerajaan Pusat.
DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINEhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=politik
Back to top Go down
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 11889
Reputation : 0
Number of posts : 656

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 7:29 pm

Teck Lee mengaku jumpa Anwar

Oleh ZULHISHAM ISHAK

KOTA KINABALU 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong
Teck Lee mengakui mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur,
baru-baru ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak menjelaskan perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu.
Teck Lee memberitahu, beliau turut menemui beberapa pemimpin parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di tempat lain.
''Saya turut menemui pemimpin pembangkang lain termasuk BN dan UMNO
untuk membincangkan senario politik yang berlaku di Malaysia dan
kesannya terhadap politik di Sabah,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu
Pejabat SAPP dekat sini hari ini.

Sidang akhbar itu merupakan pengumuman rasmi SAPP yang
mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengugut akan menyokong sebarang
bentuk undi tidak percaya terhadapnya.

Teck Lee turut melahirkan keyakinan bahawa pendirian itu akan
disokong oleh beberapa parti komponen BN lain di Semenanjung dan
Sarawak.

Malah, beliau mendakwa, ahli-ahli Parlimen lain BN bersetuju dengan tindakan SAPP itu walaupun mungkin tidak secara terbuka.
''Beberapa pemimpin parti komponen bersetuju dengan tindakan SAPP
ini, mungkin kita perlu menunggu beberapa hari lagi atau minggu depan
(untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan SAPP),'' katanya.

Berhubung kedudukan SAPP dalam BN pula, katanya, perkara itu akan
diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada Jumaat ini.

''Secara teknikalnya, SAPP masih dalam BN. BN sebenarnya seolah-olah
sudah tidak wujud di Sabah, BN di Sabah adalah sekadar nama tanpa
penerimaan dan semangat BN yang sebenar-benarnya.

''Kami tidak pernah menyatakan akan keluar BN atau masuk pakatan
pembangkang sebelum ini, apa yang kami mahu sebagai parti politik di
Sabah ialah autonomi politik dan menyelesaikan masalah di negeri ini,''
ujarnya.

Ditanya adakah tindakan SAPP itu sebagai satu pengkhianatan terhadap
BN, Teck Lee berkata, perkara itu tidak timbul, sebaliknya apa yang
dilakukan adalah hasil rasa kecewa SAPP terhadap BN yang gagal
menangani masalah di Sabah dengan cepat dan berkesan.

Berhubung jangkaannya terhadap reaksi pucuk pimpinan BN, beliau
berkata: ''Saya tidak tahu bagaimana reaksi mereka. Sebelum ini ada
pihak yang mahu menghantar kumpulan untuk menyiasat sama ada wakil
rakyat di Sabah akan melompat parti atau tidak.''

Teck Lee turut menafikan bahawa tindakannya hari ini disebabkan
tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu
tetapi isu-isu Sabah yang masih tertangguh penyelesaiannya.
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11988
Reputation : -1
Number of posts : 6286

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 7:54 pm

Maju Malaysia..

SABAH TATAP!!?!!

Harap tindakan SAPP nie dpt membuka mata suma rakyat SABAH yg masih tidur kerana melayan mimpi indah tapi ngeri..
Back to top Go down
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 38
location : kk bah....
Points : 11708
Reputation : 0
Number of posts : 967

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 8:06 pm

ya saya sokong...............................kita kena berubah bila lagik kita mau mencorakkan kepimpinan kita...jom kita pikir2kan...SABAH NIE...TEMPAT LAHIR KITA........marilah kita tentukan nasib kita.....
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11988
Reputation : -1
Number of posts : 6286

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 8:09 pm

ada kamu tgk buletin utama tadi??

Sabah negeri termiskin di malaysia.. pale

Teruskan tidur sahabat2 sekalian..
Back to top Go down
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 11889
Reputation : 0
Number of posts : 656

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 8:10 pm

padahal hasil sawit... minyak... tea suma dari sabah... tapi bukan kita yg menuai.. org2 yg cil*ka datang dari sebelah sana tu macam t*ik...
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11988
Reputation : -1
Number of posts : 6286

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime19/6/2008, 8:14 pm

masalahnya bro..kitanie suma tidur..mcm mana jua..
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 11981
Reputation : 0
Number of posts : 2041

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime20/6/2008, 10:58 am

apa yg di katakan oleh datuk yong tu ada kebenarannya...
Back to top Go down
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 11889
Reputation : 0
Number of posts : 656

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime20/6/2008, 6:43 pm

bukan dia yg tamak tapi konco2 fcuk Lah... errr drakult bukan sedara sebelah kwn yg ko tidak kenal kah fcuk lah ni?? hhehehe
Back to top Go down
Sponsored content




SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Empty
PostSubject: Re: SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?   SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM? Icon_minitime

Back to top Go down
 

SAPP (SABAH PROGRESIVE PARTY) membuat undi tidak percaya PM?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: