SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dijauhi kerana bau badan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dijauhi kerana bau badan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dijauhi kerana bau badan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12157
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime23/6/2008, 9:57 am

Dijauhi kerana bau badan


Berpeluh merupakan mekanisme penyejukan badan, namun pastikan jangan sampai anda jauhi kerana kurang menitikberatkan kebersihan.Dijauhi kerana bau badan St_02.1
KEBERSIHAN diri merupakan antara langkah terpenting dalam mengawal masalah bau badan.


Dijauhi kerana bau badan Logo-kecantikan-dalaman
SETIAP individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Namun, adakalanya masalah akan timbul apabila bau badan tersebut menjadi tidak terkawal dan kurang menyenangkan terutama apabila badan berpeluh.

Pengeluaran peluh merupakan sebahagian daripada mekanisme penyejukan badan.
Apabila air peluh di permukaan kulit mengering, ia membantu menyejukkan badan.
Secara amnya peluh tidak berbau, tetapi kehadiran bakteria pada kulit merupakan penyebab pengeluaran bau yang adakalanya tidak menyenangkan.
Masalah bau badan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, baik lelaki mahupun wanita.
Sementara bau badan biasanya dikatakan berkait dengan bahagian ketiak, namun ramai yang tidak menyedari bahawa bakteria turut menghasilkan bau di bahagian celah paha, dubur dan kaki.
Kekuatan bau yang dihasilkan bergantung pada jumlah peluh yang dikeluarkan kelenjar dan bilangan bakteria pada kulit.
Dijauhi kerana bau badan St_02.2
PAKAI stoking yang mampu menyerap lembapan dan memastikan kaki sentiasa kering.

Mereka yang mengalami masalah bau badan membawa stigma masyarakat tidak pandai menjaga kebersihan diri. Namun pada hakikatnya masalah itu berlaku disebabkan peluh dan tindakan bakteria.
Sehubungan itu, penjagaan kebersihan merupakan langkah penting yang boleh diambil dalam mengawal masalah tersebut.
Masalah badan berbau boleh mengurangkan keyakinan diri individu dan memberi kesan kepada interaksi sesama masyarakat. Ia juga menyebabkan diri berasa tidak selesa dan malu untuk bersosial.
Dijauhi kerana bau badan St_02.3
SENTIASA peka terhadap makanan yang mencetus peluh berbau.

Ini seterusnya akan memberikan impak negatif pada diri dan kehidupan.
Tentunya kita tidak mampu menghentikan pengeluaran peluh dan bakteria. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan bau kuat pada diri sehingga menyebabkan ketidakselesaan di kalangan mereka yang berhampiran:
* Simpan pakaian di tempat-tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan bau yang wangi. Cuba letakkan kertas wangian sebagai pelapik dalam laci pakaian anda.
* Mencukur ketiak boleh membantu mengurangkan pengumpulan bakteria dan seterusnya mengurangkan peluh dan bau.
* Mandi setiap hari. Kerap membersihkan badan membantu mengawal bilangan bakteria badan.
* Keringkan setiap sudut kaki dengan terperinci selepas mandi. Mikroorganisma gemarkan ruang-ruang yang lembap di antara kaki. Jika perlu, gunakan bedak kaki untuk membantu menyerap peluh.
* Pakai stokin yang bersesuaian. Sebaik-baiknya yang diperbuat daripada material seperti kapas yang menyerap kelembapan dan mengeringkan kaki sebelum menyarung kasut. Jika anda seorang yang aktif, stokin sukan adalah pilihan yang baik.
* Pakai kasut yang menggalakkan pengudaraan pada kaki. Ini mengelakkan kaki berpeluh dan membenarkan kulit bernafas.
Dijauhi kerana bau badan St_02.4


* Tukar kasut setiap hari. Kasut tidak akan kering dalam masa sehari, oleh itu elak memakai pasangan kasut yang sama dua hari berturut sekiranya anda mempunyai masalah kaki berpeluh.
* Pakai pakaian yang diperbuat daripada fiber semula jadi. Fabrik seperti kapas, bulu dan sutera membenarkan kulit bernafas. Semasa bersenam, adalah digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang menghilangkan kelembapan badan.
* Pakai pakaian termasuk stokin dan pakaian dalam yang bersih setiap hari.
* Cuba praktikkan teknik pengenduran seperti yoga dan meditasi. Ini dapat membantu anda mempelajari cara-cara mengawal stres yang mencetuskan perpeluhan.
* Ubah diet. Elakkan makanan atau minuman yang menyebabkan kadar perpeluhan anda meningkat daripada biasa. Cuba elakkan minuman berkafein dan makanan yang mempunyai bau kuat seperti bawang putih dan bawang.
* Untuk bau badan yang kronik walaupun pelbagai langkah pembersihan diambil, anda mungkin mempunyai ketidakseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman. Digalakkan mengambil probiotik dalam diet.
* Cuba pakai deodoran atau deodoran antipeluh bagi kes bau badan yang tidak terlalu teruk. Kebanyakan deodoran mengandungi bahan yang membantu mengurangkan bakteria yang bergantung pada peluh. Ia juga menutupi bau badan dengan menggantikan dengan bau yang lebih wangi.
* Pastikan deodoran yang dipakai kering terlebih dahulu sebelum memakai pakaian.
* Memandangkan masalah bau badan bermula dengan peluh, salah satu langkah untuk mengawalnya ialah mengurangkan amaun peluh terhasil. Oleh demikian, pemakaian antipeluh adalah salah satu caranya.
* Bedak talkum dan soda penaik juga dikatakan antara ramuan di rumah yang boleh digunakan bagi menggantikan peranan antipeluh.
* Sekiranya masalah bau badan tidak terkawal, adalah wajar mendapatkan konsultasi pakar perubatan bagi mendapatkan punca sebenar masalah tersebut.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12130
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime3/7/2008, 8:37 am

memang rimas kalau berada dgn org yg mempunyai bau badan!!!
pelik tak...kita berbau mereka tak berbau ke?????? Suspect
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11753
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime3/7/2008, 8:49 am

natural born killer wangi wangi badan...mandi supaya tidak berbau.jangan hisap rokok dan berus gigi..hehehe
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12057
Reputation : 0
Number of posts : 737

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime4/7/2008, 2:04 pm

ini kalau dalam bas yg penuh sesak ni...buli terjangkit ni baunya....hehehe
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
Street_Mover*.Co
JUNIOR
JUNIOR
Street_Mover*.Co

Female
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11746
Reputation : 0
Number of posts : 210

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime4/7/2008, 7:23 pm

saya paling anti klu urg badan bebau....buli pingsan geng,cam nada nafas aku rasa hahahah.... Mad
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12033
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime4/7/2008, 7:27 pm

tp ada jg badan seseorg yg mgluarkan bau yg wangikan....
contohnya mcm aku, ahakssss... I love you
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12130
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime5/7/2008, 4:57 pm

codeng wrote:
tp ada jg badan seseorg yg mgluarkan bau yg wangikan....
contohnya mcm aku, ahakssss... I love you

wei...apasal ko terasa mcm encem pulak nie....?????? Mad
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12141
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime13/7/2009, 11:06 am

Mad Mad Mad BISA LA MANUSIA MACAM MACAM BAU ADA Mad Mad
Back to top Go down
Sponsored content




Dijauhi kerana bau badan Empty
PostSubject: Re: Dijauhi kerana bau badan   Dijauhi kerana bau badan Icon_minitime

Back to top Go down
 

Dijauhi kerana bau badan

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
Jump to: