SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Proton keluar kereta lengkap sistem NGV

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12248
Reputation : 0
Number of posts : 1635

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime26/6/2008, 6:35 pm

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV






SHAH ALAM: Orang ramai tidak perlu lagi membayar kos yang tinggi untuk memasang kit sistem gas asli kenderaan (NGV) kerana Proton Holdings Berhad (Proton) akan mengeluarkan kereta yang siap dilengkapi kit itu yang bakal menemui pelanggan sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kereta keluaran Proton akan datang siap dipasang enjin NGV selain turut berupaya menggunakan petrol bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahu menjimatkan wang akibat peningkatan harga petrol, baru-baru ini.

Justeru, katanya, Proton kini dalam usaha mengubahsuai model yang ada, termasuk Saga, Waja dan Persona supaya reka bentuknya dapat memuatkan kelengkapan NGV bagi memastikan keselesaan pengguna dan kesesuaian kenderaan itu.

“Sekarang memang tiada kereta di pasaran yang sudah dilengkapi enjin NGV dan pengguna perlu memasangnya sendiri.


“Tapi kini semua pemasangan kelengkapan NGV itu akan dilakukan di kilang Proton yang menjadikan kosnya lebih murah berbanding kos sekiranya pengguna memasang kelengkapan itu sendiri,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara GiatMara dan Proton disini, semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd Majid.

Syed Zainal Abidin berkata, pengguna juga tidak perlu risau apabila menggunakan kereta yang dilengkapi NGV berikutan pemasangan di kilangnya nanti akan mengikut piawaian keselamatan yang dapat memberikan lebih keyakinan kepada pengguna.

Menurutnya, model Saga dan Waja yang dilengkapi kit itu mungkin boleh digunakan sebagai teksi manakala Persona untuk pasaran umum.

Sementara itu, Noh berkata Kabinet meminta kementeriannya berbincang dengan Proton untuk mereka bentuk teksi khas bagi menggantikan 38,000 teksi di seluruh negara secara berperingkat-peringkat menjelang 2010.
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
4x4Drifter
SUPERIOR
SUPERIOR
4x4Drifter

Male
Age : 34
location : Menggatal Kg Paling A
Points : 12019
Reputation : 0
Number of posts : 2547

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Re: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime26/6/2008, 8:22 pm

ui nah ini udah bagus nih tp masalah plak tuk kita d sabah nih .. x dah stetion minyak NGV nih kan heheheheheheheheheheeh
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/tulangblakangz
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12179
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Re: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime26/6/2008, 10:16 pm

Sedih.... sob~sob, kat Sabah, tiada perkhimatan gas NGV pun, huhu
Back to top Go down
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12248
Reputation : 0
Number of posts : 1635

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Re: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime28/6/2008, 8:29 am

Proton keluar kereta NGV Oktober

Oleh AZMAN IBRAHIM


SHAH ALAM 27 Jun – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan kenderaan berkuasa gas asli (NGV) bagi semua model keluarannya bermula Oktober ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
Menurutnya, semua model Proton yang dilengkapi dengan kemudahan NGV itu nanti akan dipasang di kilangnya.
Bagaimanapun katanya, harga untuk model yang menggunakan NGV itu belum diputuskan, tetapi ia dijamin lebih rendah daripada yang ditawarkan syarikat lain.
“Kami sudah berbincang dengan kerajaan dua hari lalu dan bersetuju untuk mengeluarkan kereta NGV pertama negara pada Oktober ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kualiti Kesalahan Sifar Proton di kilang pengeluaran Proton di sini hari ini.
Setakat ini, semua pemilik kenderaan keluaran Proton hanya mempunyai pilihan untuk memasang tangki NGV berdasarkan konsep tenaga yang diperbaharui (RE) dan pengguna tidak mendapat pakej pemasangan lengkap yang lebih murah di kilang.
Syed Zainal Abidin menambah, pemasangan NGV di kilang juga diberi perlindungan oleh Proton selain menawarkan kualiti pemasangan yang lebih baik berbanding syarikat lain.
“Penggunaan NGV sudah diuji di Proton dan kami sentiasa memastikan penggunaannya menepati peraturan, selain dapat memberi kepuasan kepada pelanggan,’’ ujarnya.
Beliau berkata, kenderaan NGV itu nanti akan dijual di semua pusat jualan dengan harga pakej iaitu kos NGV termasuk dalam harga jualan.
Dengan itu katanya, kos untuk pemasangan tangki NGV lebih murah.
“Jika kita memasang tangki NGV di luar, pelanggan perlu membayar lebih dan tidak dapat menikmati pemotongan bayaran pendahuluan selain ia sebahagian daripada harga jual beli kenderaan Proton,’’ ujarnya.
Ketika ditanya mengenai usaha Proton untuk menembusi teknologi enjin hibrid, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya masih menimbang perkara tersebut.
Beliau meminta semua pihak memberi sedikit masa kepada Proton bagi memikirkan mengenai penggunaan teknologi berkenaan memandangkan enjin Lotus telah mempamerkan keupayaan tersendiri.
“Lotus terkenal dengan keupayaan enjinnya. Malah, masih terlalu awal untuk kami memikirkan mengenai penggunaan teknologi hibrid di negara ini,’’ katanya.
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
veratista
OBSERVER
OBSERVER
veratista

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : PENAMPANG
Points : 11695
Reputation : 0
Number of posts : 312

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Re: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime12/7/2008, 10:28 pm

NGV adalah satu gas banyk digunakan oleh syarikat transport di KL.percemarannya kita belum tahu lagi kalau dibandingkan dengan Diesel.
Back to top Go down
Skunk_II
JUNIOR
JUNIOR
Skunk_II

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Tuaran - Keningau
Tag ID: : 03840
Points : 11350
Reputation : 0
Number of posts : 233

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Re: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime20/10/2008, 7:02 pm

Best gak enjin guna NGV but kena banyak station kat Sabah nie...
termasuk pedalaman rasa2nya...
tak blh tunggu warning lamp lah nie kan... bahaya...
Back to top Go down
Sponsored content




Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Empty
PostSubject: Re: Proton keluar kereta lengkap sistem NGV   Proton keluar kereta lengkap sistem NGV Icon_minitime

Back to top Go down
 

Proton keluar kereta lengkap sistem NGV

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: MAKERS :: MALAYSIA-
Jump to: