SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14704
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Empty
PostSubject: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat   Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Icon_minitime11/9/2008, 1:47 am

Kandungan rencana ini tidak disahkan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri!

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolok dan Kristian Anglikan (dan Christian Spiritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).

Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.

Dalam agama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam Garuda Purana, skripture dari Vedic tradisi (Hindu).

Kedua-dua Timur dan Barah berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "menghantui". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.

Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Sentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh".

Hantu dalam Islam
Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Setan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.

Analisa pewaham
Sementara sesetengah orang menerima hantu sebagai realiti, ramai yang lain mempersoalkan kewujudan hantu.

Pewaham mungkin cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam's razor), yang mana menyatakan bahawa penjelasan yang mudah dan memandai bagi sebarang keadaan atau fenomena adalah yang penjelasan yang paling mungkin.
Ini bererti bahawa motif dan keikhlasan orang yang melapurkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan untuk membunuh seseorang.

Kedua, kemungkinannya penipuan atau penipuna perlu ditimbangkan, dengan mereka yang melapurkannya dianggap sebagai mangsa. Ianya berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Ia juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakun sebagai hantu.
Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindakbalas haiwan biasa kepada ketakutan adalah rambut tegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.

Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokos bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.

Kewujudan infrabunyi semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 hertz), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan "kehadiran" dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.

Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian nampak hantu: mereka yang lemah semangat cenderong membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.

Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan,dan rumah-rumah sakit. Bayangan didalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap,rupa wajah dan juga cahaya yang terang.Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Beberapa komuniti masyarakat telah mengelaskan pelbagai jenis hantu. Antaranya ialah pontianak, toyol, dan sebagainya.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12107
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Empty
PostSubject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat   Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Icon_minitime28/4/2009, 1:59 pm

ghost ghost ghost ghost
Back to top Go down
 

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: