SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Prince GTR Proto Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Prince GTR Proto Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Prince GTR Proto

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12514
Reputation : 0
Number of posts : 145

Prince GTR Proto Empty
PostSubject: Prince GTR Proto   Prince GTR Proto Icon_minitime15/7/2007, 7:08 pm

Prince GTR Proto Gtr11


Prince GTR Proto Gtr9


Prince GTR Proto Gtr8

Prince GTR Proto IMG_2959



Prince GTR Proto IMG_2951


Prince GTR Proto Gtr3



Prince GTR Proto Gtr1


Prince GTR Proto Gtr7

Nissan Skyline, namanya sahaja sudah melambangkan ia sebuah kereta sports ulung dari Jepun. Sejak popularitinya bermula menerusi nama Datsun, Skyline menjadi model contoh yang berjaya dan terus berjaya dalam setiap variasi model yang diperkenalkan. Ia bukan sahaja berjaya di dalam negaranya sendiri, malah untuk menidakkan persepsi bahawa kuasa kuda kereta Jepun sering dianggap sebagai ‘berlebih-lebihan’ oleh pengeluar, Nissan menghantar model GT-R untuk diuji di litar Nurburgring di Jerman untuk mencatat rekod kepantasan yang luar biasa. Untuk pengetahuan anda juga, Litar Nurburgring cukup popular di kalangan pengeluar kereta dan motosikal menguji produk mereka supaya mendapat pengiktirafan sejagat. R-34 tersebut dikenali sebagai Nur Spec.

Namun untuk melahirkan model 4WD sports penuh semata-mata adalah tidak adil di kalangan pembeli yang kurang berkemampuan untuk memiliki Skyline. Model GTS, GTT, GTS-T, neo dan model-model 4 pintu bertransmisi automatik turut diperkenalkan. Ia menjadi batu loncatan dan platform bagi mereka yang mahukan kerja-kerja modifikasi dijalankan untuk mendapat kuasa GTR yang hebat itu. Begitupun, sebagaimana model M3 yang jauh lebih ‘gemuk’ dibandingkan dengan Ci SMG, tidak dapat tidak, mengubahsuai penuh GTS kepada GT-R adalah satu kerja yang rumit, tetapi berbaloi jika anda berjaya menyempurnakannya.

Paparan cover story kali ini adalah satu contoh sebuah kereta yang mana anda sendiri perlu tahu bahawa harganya kini (pada body standard) ialah sekitar RM85 ribu ke atas. Dimiliki seorang bekas pelajar dari negara matahari terbit yang telah membeli kereta ini dalam kondisi pasang siap dari model GTS kepada GTR. Uniknya juga, model ini telah diubahsuai 100 peratus di Jepun dengan mengikut spesifikasi asal GT-R bagi model R33.

Modifikasi, seperti yang anda jangka, haruslah bermula dengan enjin 2.6 liter (berpa ringgit roadtax ni ha?) yang dipadankan bersama dengan paip salur aluminium intercooler HKS yang dikeluarkan khas untuk model ini. Turbin-turbin asal tidak ditukar kerana pemilik mahukan keretanya berada dalam keadaan standard GT-R. Salinan berikutnya ialah pam petrol, sepasang HKS SSQV (jangan bimbang, di Jepun tiada SSQV cap ayam), palam pencucuh Denso Iridium Power dan penapis udara HKS. Sistem ekzosnya telah dibuat secara custom (juga di Jepun) dengan paip hadapan asal GTR dengan paip stainless steel dan peredam bunyi HKS.

Selesai sahaja di bahagian enjin, GTR jadi-jadian ini telah memasuki fasa seterusnya iaitu pemanduan berhemah dengan suspensi yang lebih sopan. Apabila anda sedang membawa sejumlah kuasa kuda yang besar tentu sahaja sistem suspensinya memainkan peranan penting untuk mengelakkan dari terjerumus ke lembah yang tidak diingini. Adi (lupa pulak nak introduce owner kereta ni) telah memadankan suspensi HKS Damper Hyper Max II jenis boleh laras spesifikasi GT-R.

Dan sebelum anda terpengaruh dengan set suspensi ini percayalah tentang satu perkara, ia memang seronok untuk dipandu laju dan bukannya membawa mertua berhari raya di jalan-jalan kampung. Tetapi untuk menarik minat orang-orang kampung, rim Yokohama model 5 in telah dipasangkan bersama dengan tayar Yokohama di hadapan bersaiz 245 dan Nankang bersaiz 265 di belakang. Sebelum saya buat-buat lupa, rim Yoko ini mempunyai kelebaran di hadapan 8jj dan belakang 9jj.

Bahagian hadapan kereta ini telah disalin sepenuhnya dengan panel badan R-33 GT3 dengan fender sisi yang lebih kembang dari model asal. Ruang mesh bawahnya juga lebih lebar dengan sirip lips nipis dipasangkan pada bumper dengan sepasang spotlight oren. Ia membezakan terus model GTR dengan model selain daripadanya. Bahagian sisi kereta ini telah dipasangkan dengan skirting tepi Bomex dan spoiker belakang OEM GT-R yang banyak dipakai oleh budak-budak Putra. Model ini juga dipadankan standard dari kilang dengan sunroof dan bukan standard kilang ialah cermin sisi sukan aerodinamik.

Bahagian dalaman merupakan adunan ringkas dengan konsep salinan yang tepat. Panel pintu asal digantikan dengan panel pintu GT-R, sebuah turbo timer Greddy bertugas membunuh enjin bila perlu dan juga Blitz R-Vit yang sama tugasnya seperti RSM untuk memaparkan berapa kuat keretaku ini.

Dalam tak sedar, model R-33 ini sudah mencecah usia 11 tahun di pasaran. Namun barang harus diingat bahawa model ini hanya dibawa masuk ke Malaysia tahun lepas oleh pemiliknya. Ini bermakna, dalam gerannya ialah 1995/2005, membuktikan bahawa ianya adalah milik individu. Walaupun baru setahun memandu Skyline di Malaysia, Adi sudah terasa puas dan sudah sampai masanya beliau untuk membeli Ferrari. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Adi di talian hayat beliau. Namun begitu harus diingat, ianya bermula pada harga RM100 ribu dan untuk mereka yang serius sahaja. Nombor rahsianya ialah 012-304 5255.


Source : http://www.majalahkereta.com.my
Back to top Go down
 

Prince GTR Proto

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: