SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Alfa Romeo 147 lebih macho Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Alfa Romeo 147 lebih macho Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Alfa Romeo 147 lebih macho

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Alfa Romeo 147 lebih macho Empty
PostSubject: Alfa Romeo 147 lebih macho   Alfa Romeo 147 lebih macho Icon_minitime30/5/2007, 4:21 am

Image hosted by servimg.com

Menjadi model teras paling disanjung peminat Alfa hingga yang terpakai pun masih ada harga di pasaran


ANDA mungkin menerima saman kerana memandu laju Alfa Romeo 147. Malah, jika peraturan menggantung lesen dikuatkuasakan kerana memandu melebihi had laju, peluang untuk anda terjebak juga terbuka luas.

Dugaan untuk tidak memandu laju dengan Alfa 147 memang sukar hendak dibendung. Ini kerana kereta itu sendiri memang nampak laju, mantap dan selamat walaupun ketika sedang diparking.

Alfa 147 adalah antara model terakhir yang dibawa masuk pengimport Alfa Romeo sebelum ini, tetapi hingga kini 147 tetap menjadi model teras yang paling dipuja dan disanjung peminat Alfa, hinggakan yang terpakai pun masih ada harga, satu pencapaian agak baik bagi kereta continental.

Bagi mengembalikan kegemilangan jenama Alfa Romeo, Sime Darby Auto Italia Sdn Bhd, pengedar kenderaan ini di Malaysia melabur berjuta-juta ringgit bagi memastikan sokongan alat ganti dan khidmat lepas jualan turut semantap keretanya. Maka dengan ini, tidak ada lagilah cerita duka lama jika menggunakan kereta sebegini, kita sengaja menghulur kepada untuk disembelih pusat servis.

Kenapa orang minat sangat dengan model ini?

Alasannya mudah. 147 memang menarik, rekaannya yang seksi tetapi macho sesuai untuk wanita dan pria. Di kalangan rangkaian model Alfa, 147 paling menyerlah...mungkin diikuti rapat oleh 156, biarpun sebenarnya Alfa turut digemilangkan dengan model seperti Alfa 147 GT umpamanya. Meskipun saiznya kompak tetapi model lima pintu ini dapat memuatkan empat dewasa dan satu budak dengan selesa dan paling penting biarpun kompak tapi kereta ini sangat berkuasa.

Selain rupa yang sangat cantik, kehebatan kenderaan Alfa Romeo termasuklah 147 ialah pelbagai gadjet yang menjadikan kereta ini selamat. Alfa 147 ini ditampilkan dengan dua beg udara, ABD & EBD, cruise control, amaran jarak parking, kerusi kulit dan ciri yang paling berguna iaitu program penstabil elektronik (ESP). Jadi, jangan bimbang kereta ini payah nak membuang.

Kegemilangan Alfa Romeo, ahli kumpulan Fiat SpA terserlah sehingga ia turut menjadi ikutan banyak pengeluar kereta lain di dunia. Antara yang teruja dengan Alfa termasuklah kereta nasional Proton, hinggakan Perdana V6 varian terbaru turut mempunyai sentuhan rapat dengan Alfa hinggakan ramai memanggilnya, Alfadana.

Sebenarnya, apabila dah terlalu banyak model kereta, tidak dapat dielakkan untuk rekaan bagi mana-mana pengeluar hampir menyamai kereta lain. Persamaan dalam rekaan memang sukar hendak dielakkan, tapi ada pengeluar kereta lain yang meniru konsep pengeluaran kereta sport seperti Alfa untuk rakyat terbanyak. Ini memang tidak sesuai. Alfa mengeluarkan kereta sedan sport kerana ia ada peminat tersendiri di seluruh dunia, pasarannya meluas.

Berbalik kepada Alfa Romeo 147, antara perkara paling menarik ialah kekemasan dan cermatnya jurutera automotif Itali dalam menghasilkan kereta. Paling inovatif ialah kelopak pintu belakang yang tidak terlihat di pintu. Sekali pandang, ramai akan kata ia adalah kereta tiga pintu. Sebenarnya ia kereta hatchback lima pintu. Kelopak pintu belakang terletak di atas bucu pintu. Inilah ciri paling utama yang membezakan Alfa Romeo dengan mana-mana kereta lain di dunia.

Maka tidak hairanlah apabila penekanan yang diberikan kepada aspek rekaan ini membuahkan hasil, apabila model ini dinobatkankan Kereta Terbaik Eropah pada 2001.

Memandu 147 ialah satu lagi pengalaman unik. Ia adalah kereta yang dilengkapkan dengan kotak gear manual dan automatik. Di sinilah letaknya satu lagi inovasi yang membezakan kereta ini menerusi sistem Selespeed, tiada cekam (klac). Menerusi kotak gear sequential, menaikkan gear hanya tolak tombol ke tanda (+) dan turunkan gear (-), atau gunakan saja picu di belakang stereng iaitu kiri (-) dan kanan (+).

Tetapi, jika anda hanya mahu memandu secara automatik biasa, tekanlah butang (City) dan kereta ini beroperasi macam kereta auto biasa, cuma kuranglah kenikmatan pemanduan sebenar.

Bahagian dalaman memang mewah dan kerusi disalut dengan fabrik selesa. Cuma kerusi belakang agak kecil dan jika dalam perjalanan jauh, orang belakang boleh tahanlah rasa penatnya.

Sepadan dengan tarafnya sebagai kereta sport mewah, sterengnya disalut kulit dan ada butang kawalan volume radio, pemilih saluran dan pemain CD. Papan pemuka memberikan pelbagai maklumat seperti radio, penggunaan minyak, kelajuan dan suhu luaran dan dalaman.

Sebagai kereta sport, janganlah jangka ada banyak kotak atau ruang letak cawan atau barang. Tetapi, dua bekas letak cawan dan kotak glove sudah memadai, sepadan macam kebanyakan kereta lain.

147 memang pelaburan yang berbaloi bagi mereka yang mahukan kereta sport dari Itali pada harga yang tidak keterlaluan tetapi dikeluarkan daripada pengeluar terkemuka dan sudah lama mencipta nama seperti Alfa Romeo.


P/s:Petikan daripada berita harian oleh Abdul Halim Yusoff
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
 

Alfa Romeo 147 lebih macho

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: