SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12429
Reputation : 18
Number of posts : 2464

Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Empty
PostSubject: Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat   Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Icon_minitime19/11/2008, 6:34 pm

18th November, 2008
TAWAU:
Perkarangan Wisma Persekutuan Tawau yang menempatkan pejabat Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) kelmarin dibanjiri ribuan masyarakat yang
tampil untuk memohon mahupun mendapatkan maklumat lanjut berhubung kad
pengenalan hijau yang kembali dikeluarkan oleh kerajaan.

Tinjauan New Sabah Times mendapati per-karangan bangunan itu mula
dibanjiri seawal jam 5.00 pagi dan difahamkan, mereka yang datang bukan
sahaja dari daerah ini tetapi juga dari daerah-daerah berdekatan seperti
Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Situasi itu secara tidak langsung memaksa pi-hak berkuasa lain seperti
Jabatan Pertahanan Aw-am (JPA) dan pihak polis berkawal menjaga
ketenteraman kawasan pejabat terbabit, dari tercemar dengan insiden yang
tidak diingini.

Pada 31 Oktober 2008 lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid
Albar dalam ken-yataannya memberitahu bahawa kerajaan akan mengeluarkan
semula kad pengenalan hijau ke-pada pemastautin sementara di negara ini
bermula 15 November 2008, setelah pengeluaran kad itu dihentikan pada
2004.

Bagaimanapun, kad pengenalan hijau itu hanya dikeluarkan kepada mereka
yang lahir dan memiliki sijil kelahiran Malaysia serta latar-belakang ibu bapa
mereka tidak dapat ditentukan.

Pengeluaran semula kad pengenalan hijau itu juga kata Syed Hamid akan
dapat mengatasi masalah sejumlah 38,672 orang yang tidak mempunyai kad
ganti dan kali ini, kad tersebut hanya perlu diperbaharui dalam tempoh lima
tahun berbanding dua kali setahun sebelum ini.

Seorang penduduk, Darwin Mohd. Enil, 36, ketika ditemubual di perkarangan
pejabat JPN Tawau tengah hari kelmarin memberitahu beliau telah pun berada
di hadapan pejabat terbabit sejak jam 5.00 pagi.

Katanya, beliau datang ke pejabat itu bagi menguruskan dokumen isterinya,
yang ketika ini hanya memegang sijil lahir sebagai dokumen pengenalan diri.

“Saya bersyukur kerana akhirnya kerajaan mengeluarkan semula kad
pengenalan hijau. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka yang lahir
di sini, tetapi tidak dapat membuat kad pengenalan disebabkan status ibu
bapa yang belum ditentukan,” katanya.

Bagi seorang pelajar pula, Rafti Mail, 16, be-liau yang datang seawal jam 6.00
pagi bersyukur kerana kerajaan akhirnya memberi peluang kepada golongan
seperti beliau untuk mendapatkan kad pengenalan, meskipun ia hanya
berstatus sementara.

Katanya, selama ini dia hanya menggunakan sijil lahir disebabkan bapanya
adalah pemegang kad pengenalan hijau, manakala ibunya pula memegang
passport.

“Saya rasa dengan adanya peluang sebegini, cita-cita saya untuk menjadi
peguam semakin cerah. Dulu tiada kad pengenalan, saya rasa malu dan
saya juga risau sebab takut tidak dapat mengambil SPM tahun hadapan.
Saya berterima kasih banyak-banyak pada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JPN Tawau ketika ditemui enggan ditemubual
berhubung situasi kebanjiran masyarakat di pejabat tersebut, ekoran tidak
mendapat kebenaran dari pihak atasan.

New Sabah Times difahamkan, urusan untuk pengeluaran kad pengenalan
hijau selepas ini tidak lagi akan dibuat di pejabat pada hari Isnin hingga
Jumaat, tetapi hanya pada Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 3
petang.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
hantukubur
MODERATOR
hantukubur

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : KK
Tag ID: : SFC 03473
Points : 11657
Reputation : 0
Number of posts : 1331

Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Empty
PostSubject: Re: Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat   Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Icon_minitime21/11/2008, 4:41 pm

Aku ingat kp hijau ni sdh lama pupus!! ada lah pulak lg kena produce..hairan hairan
Back to top Go down
http://hantukubur-gigabyte.blogspot.com/
jojo1234
SENIOR
SENIOR
jojo1234

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : tawau
Tag ID: : SFC 03994
Points : 11574
Reputation : 3
Number of posts : 513

Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Empty
PostSubject: Re: Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat   Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Icon_minitime24/11/2008, 10:52 am

aik...... truk betul.. yg datng di tawau ni entah ckap melayu pun tidak nie. yg ibu bapa pkai ic hijau lahir d tawau pun nda layak buat ic tu. amcam yng ibu dia paki pasport tu ble ambik??? ish3x..... kotroversi ni. hanya segelintir ja yg guna ni ic. skarang dia open p beribu pula yg ambil. amacam la JPN niiiii
Back to top Go down
Sponsored content




Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Empty
PostSubject: Re: Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat   Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: