SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 44
location : keningau
Points : 11309
Reputation : 1
Number of posts : 115

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 11:54 am

"HATI saya sudah hancur... sukar untuk menerimanya kembali," demikian luahan pelakon terkenal, Abby Abadi, mengenai perkembangan terkini rumah tangganya yang berantakan berikutan kes tangkap khalwat membabitkan suaminya dan seorang pelakon remaja, baru-baru ini.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan, 31, mengakui beliau sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap suaminya selepas diperlakukan begitu dahsyat sekali sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Lama sangat saya berada dalam keadaan ini hingga ke satu peringkat hati saya sudah 'mati' untuknya. Langsung tidak ada apa-apa perasaan terhadapnya. Kata putus dari saya, memang tidak boleh terima dia lagi. Saya tidak boleh lagi baik dengan dia dan menjadi teman hidupnya macam dulu.

"Cukuplah, saya tidak mahu lalui pengalaman itu. Saya yakin boleh hidup sendiri dengan anak-anak,” katanya dalam pertemuan bersama B*Pop, minggu lalu.

Malah, Abby dan tiga anaknya - Mohamad Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 3 bulan - turut mengharapkan kedatangan tahun baru tidak lama lagi membawa sinar baru kepada mereka sekeluarga.

"Sedih mengenangkan anak-anak yang masih kecil bila berlaku keadaan ini. Mereka tidak mengerti apa-apa. Namun, saya yakin boleh mengharungi kehidupan mendatang walaupun hanya tinggal kami tiga beranak.

"Yang penting, kedatangan tahun baru kali ini saya mahu menjadi 'orang baru', semua serba baru. Saya mahu 'refresh' banyak perkara. Saya tidaklah terlalu merancang tetapi saya mahu lebih fokus kepada kerjaya, dengan harapan diberikan lebih banyak ruang dan peluang tahun depan,” katanya.

Sambil menyifatkan kehidupannya sepanjang tahun ini cukup mencabar, beliau berkata, cukuplah apa yang sudah dilaluinya dan berharap apa saja peristiwa hitam yang menimpanya sebelum ini tidak akan berulang lagi.

"Cukuplah, saya tidak mahu lalui lagi apa yang saya lalui sepanjang 2008. Saya mahu tutup terus segala kenangan sepanjang tahun ini dan tidak mahu ingat-ingat lagi. Tahun 2009 menjelang tiba dengan semangat baru dan saya akan terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang," katanya.

Yakin boleh hidup sendiri

Pernah bercerai buat kali pertama dua tahun lalu, juga disebabkan kehadiran orang ketiga, dan kini sedang memfailkan perceraian buat kali kedua, antara peristiwa yang menjadikan kehidupan pelakon jelita ini cukup berwarna-warni.

Malah, kedua-dua peristiwa itu tanpa disedarinya, menjadikan beliau lebih cekal dalam mengharungi kehidupan.

"Apapun terjadi, hidup perlu diteruskan. Tidak bermakna bila berlakunya perceraian, hidup kita juga akan terhenti. Selepas bercerai buat kali pertama dulu, banyak benda saya pelajari walaupun tempoh perceraian itu cukup singkat.

"Ia menjadikan saya lebih tabah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan. Saya yakin boleh hidup sendiri dan anak-anak. Sudah pasti anak-anak akan sentiasa bersama saya. Kehadiran mereka sudah cukup membahagiakan saya," katanya.

Ditanya bagaimana boleh menerima kembali suaminya ketika bercerai kali pertama dulu, Abby berkata, keputusan itu didorong perasaan sayang terhadap pelakon berkenaan, namun ia tidak akan berulang untuk kali kedua.

"Cukuplah sekali itu saja. Dia tidak pernah menghargai saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Ingatkan selepas kejadian itu, dia akan ambil iktibar tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Cukuplah peluang yang sudah saya berikan kepadanya," katanya.

Terkejut baca ruangan gosip

Ibu muda ini turut memberitahu, betapa beliau terkejut membaca ruangan gosip dalam Metro Ahad, baru-baru ini mengenai seorang artis wanita yang sedang kemurungan disebabkan masalah peribadinya berfoya-foya di pusat hiburan bersama teman lelaki barunya.

Katanya, walaupun tidak dinyatakan secara terperinci identiti artis berkenaan, namun berdasarkan keterangan yang tertera dalam ruangan gosip itu, ia seolah-olah dituju kepada dirinya.

"Saya cuba menghubungi seorang teman wartawan (Harian Metro) untuk bertanya siapakah artis yang dimaksudkan. Bagaimanapun, jawapan diterima agak mengecewakan. Secara jujurnya saya mengakui, memang saya terasa ia (gosip) dituju kepada saya.

"Pada mulanya, memang saya malas mahu layan tetapi selepas beberapa teman rapat dan saudara mara menelefon untuk bertanya kebenaran gosip itu, mahu atau tidak terpaksa ambil tahu kerana ini membabitkan nama baik saya," katanya.

Namun, Abby menafikan beliau adalah artis yang dimaksudkan itu, malah tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti negatif seperti tertulis dalam gosip berkenaan.

Sudah dapat kekuatan semula

"Saya tidak pernah merokok, minum (arak) jauh sekali. Saya tahu batasan agama. Yang penting, kalau benarlah saya tertekan sekalipun, ada banyak cara lain untuk mengatasinya, bukan melakukan perbuatan yang ditegah agama.

"Sebab itulah saya tampil memberikan kenyataan ini kerana mahu membersihkan nama baik saya. Saya mahu keluarga, teman-teman dan peminat percayakan saya. Kalau ada yang masih mempertikaikannya, saya cabar mereka tunjukkan bukti," katanya yang sedikit kesal.

Katanya, tidak mungkin beliau melakukan perbuatan negatif itu kerana menyedari kedudukannya sebagai seorang ibu, yang perlu menjadi contoh terbaik kepada tiga anaknya yang masih kecil.

"Banyak orang cakap saya murung sedangkan saya tidaklah rasa begitu. Alhamdulillah, saya sudah dapat menerima hakikat, malah mempunyai kekuatan mengharungi keadaan getir ini berkat sokongan keluarga dan teman rapat," katanya sambil berpesan supaya penulis gosip terbabit lebih bertanggungjawab terhadap penulisannya.

"Penulis gosip itu perlu berani mendedahkan siapa artis itu supaya orang ramai tidak mengaitkannya dengan saya. Sekarang maruah saya sedikit tercalar disebabkan gosip itu. Saya tidak kisah kalau gosip sekadar mengusik, bergurau atau mengkritik saya. Tetapi, kalau gosip menghentam dan menyentuh maruah saya, saya tidak boleh diamkan. Sebab itulah saya terpaksa tampil memberi penjelasan," katanya.

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Abby10
Back to top Go down
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12413
Reputation : 7
Number of posts : 3450

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 11:56 am

no komenla, tp kesian aku dgn c abby ni, sadis.......huhuhuh
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 44
location : keningau
Points : 11309
Reputation : 1
Number of posts : 115

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 11:59 am

zhariffz wrote:
no komenla, tp kesian aku dgn c abby ni, sadis.......huhuhuh

KESIAN KAN...
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 11820
Reputation : 3
Number of posts : 2753

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 12:01 pm

pa2 pn..
waa respek ngan pilihan abby..
yg pntg dia xpth semangat..
heheheh
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12413
Reputation : 7
Number of posts : 3450

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 12:02 pm

yoR_eeL wrote:
zhariffz wrote:
no komenla, tp kesian aku dgn c abby ni, sadis.......huhuhuh

KESIAN KAN...


yup bro, kesian o........tp aku klu kes mcm ni, plg kesian dgn anak2 dorg, adei.......
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 44
location : keningau
Points : 11309
Reputation : 1
Number of posts : 115

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 12:08 pm

yup bro, kesian o........tp aku klu kes mcm ni, plg kesian dgn anak2 dorg, adei.......[/quote]

YA BA BRO...BAYANGKAN KLU DORANG CARI DADDY DORANG..APALAH C ABBY MO JAWAB AH...DUII..CIAN..
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 44
location : keningau
Points : 11309
Reputation : 1
Number of posts : 115

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 12:10 pm

babylie89 wrote:
pa2 pn..
waa respek ngan pilihan abby..
yg pntg dia xpth semangat..
heheheh

ya..betul tu..tapi bukan senang tau mo lupa kenangan manis. kalau meninggal lain cerita lah...kalau yang ko nampak2 dia dengan orang lain..adusss....
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 37
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12161
Reputation : 9
Number of posts : 3111

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 1:57 pm

sabar lah abby pasti ada hikmahnya juga Sad
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
hantukubur
MODERATOR
hantukubur

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : KK
Tag ID: : SFC 03473
Points : 11639
Reputation : 0
Number of posts : 1331

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 7:25 pm

kesian abby... norman hakim tidak mau aku mau...kah kah kah glamour terus ooo
Back to top Go down
http://hantukubur-gigabyte.blogspot.com/
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12413
Reputation : 7
Number of posts : 3450

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 7:35 pm

hantukubur wrote:
kesian abby... norman hakim tidak mau aku mau...kah kah kah glamour terus ooo


uina bro, slps bini c bell & org ketiga, c abby pun ko mau angkat bro??mataiii........hahahahaha
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14816
Reputation : 25
Number of posts : 6310

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 10:07 pm

yang berlaku mgkin ada hikmah di sebaliknya...
apa guna hidup sebumbung kalau tidak dihargai sbg isteri?
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12678
Reputation : 13
Number of posts : 16246

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime18/12/2008, 10:26 pm

durg nie sah uda bcerai kn..td kt berita tnguk..bkn lg suami isteri..
Back to top Go down
Silent_Night
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Silent_Night

Male
Age : 36
location : Keningau-Kota Kinabalu
Tag ID: : 3910
Points : 11626
Reputation : 1
Number of posts : 1137

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime19/12/2008, 2:08 am

relax Yg penting hidup mau terus bah.....
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 44
location : keningau
Points : 11309
Reputation : 1
Number of posts : 115

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime19/12/2008, 8:43 am

hantukubur wrote:
kesian abby... norman hakim tidak mau aku mau...kah kah kah glamour terus ooo

bagus kalau c abby mo ko...wakaka..jan mara ah...
Back to top Go down
thenone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
thenone

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : sfc 03675
Points : 12135
Reputation : 16
Number of posts : 1587

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime7/1/2009, 12:58 am

aq xda komen psal ni...tp aq cian kat kak abby ni.....
Back to top Go down
Sponsored content




'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Empty
PostSubject: Re: 'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI   'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI Icon_minitime

Back to top Go down
 

'Saya mahu tutup kenangan lalu'...ABBY ABADI

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: