SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 11291
Reputation : 1
Number of posts : 115

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 9:30 am

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Rita10

RITA Rudaini, 32 enggan untuk tampil membuat sebarang kenyataan berhubung dengan perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 21 dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku sudah bernikah hampir 10 bulan dan buat sementara untuk mendiamkan diri sehinggalah keadaan menjadi reda.

“Rita tidak berhasrat untuk membuat sebarang sidang media bagi menjelaskan isu perkahwinannya dalam jangka masa terdekat ini kerana dia tidak mahu menambahkan lagi kekecohan yang berlaku. Buat masa ini dia lebih senang berdiam diri kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

“Setakat ini memang dia tidak ada langsung perancangan untuk mengadakan sidang media. Kemungkinan Rita hanya bersedia untuk memberi kenyataan tahun depan,” jelas sumber itu lagi.

Rita dan Aidil berkenalan pada penghujung 2006. Perkenalan itu diaturkan seorang rakan Rita yang mengetahui minatnya terhadap sukan bola sepak tempatan. Bagaimanapun pertengahan tahun ini hubungan pasangan itu dilaporkan retak tetapi Rita enggan mengulas lanjut dengan alasan perlu menjaga hati banyak pihak.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya kerana bimbang ia akan mengguris banyak pihak. Maklumlah manusia ini rambut saja sama hitam tetapi hati lain-lain. Saya sedar sebagai artis, segala perkembangan diri termasuk hal peribadi perlu dikongsi dengan peminat.

“Namun kali ini saya mohon agar cerita yang sedang hangat diperkatakan ini disimpan saja. Sama ada benar kami sudah putus atau masih bercinta, biarlah saya dan dia saja yang tahu kerana perkara ini membabitkan kami dan keluarga,” katanya.

Kenyataan itu pernah disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada 12 Jun lalu. Ini bermakna ketika menafikan hubungan itu, Rita sebenarnya sudah menjadi isteri kepada Aidil Zafuan tetapi pelakon ternyata bijak menyembunyikan status terbarunya daripada pengetahuan sesiapa.

Rita yang berasal dari Kangar, Perlis dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem antaranya Mendam Berahi, Mistik, Mami Jaru, Cinta serta puluhan drama pernah berkahwin dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999.

Bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 2001, tetapi pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Selepas 10 bulan menyembunyikan rahsia perkahwinannya itu, ia akhirnya terbongkar apabila keluarga Mohd Aidil Zafuan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan kedudukan sebenar status anak lelaki mereka.

Rita dan Mohd Aidil Zafuan bernikah di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu dan agak menyedihkan ia berlangsung tanpa pengetahuan keluarga di pihak lelaki. Seperti kata Abdul Razak Salleh, 59, bapa kepada Aidil, hanya anaknya dan Rita saja mempunyai jawapan kenapa mereka merahsiakan perkahwinan itu.

Kini kedua-duanya menjadi buruan media yang mahukan jawapan kenapa perkahwinan itu harus disembunyikan. Namun bukan saja Aidil tetapi Rita juga gagal dihubungi. Keluarga Aidil dalam sidang media tergempar yang diadakan di kediaman kakaknya di Coral Heights, Seremban, Rabu lalu, berkata mereka sendiri gagal menghubungi Aidil selepas mendapat tahu mengenai perkahwinannya daripada kakak sulungnya Ruziana, 37, pada 14 Disember lalu.

Begitu juga dengan Rita, sehingga kini aktres itu langsung tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun menjawab panggilan telefon. Mungkinkah kerana tentangan keluarga menyebabkan pasangan itu nekad berkahwin dan merahsiakan perkahwinan mereka? Jarak umur 11 tahun juga kononnya menjadi punca keluarga tidak merestui perhubungan yang terjalin sejak beberapa tahun yang lalu.
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 11291
Reputation : 1
Number of posts : 115

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 9:33 am

IBU TERKILAN

SEREMBAN: “Kami tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini,” kata ibu pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Azizah Arshad, 56.

Justeru, dia yang sedih dengan tindakan Mohd Aidil mengharapkan prestasi anaknya dalam bola sepak tidak terjejas kerana sudah menjadi periuk nasinya dan keluarga.

Azizah bagaimanapun menyifatkan perkahwinan itu sebagai takdir kerana rezeki serta jodoh seseorang adalah ketentuan Tuhan.

Apapun, dia kesal dengan perbuatan mereka mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan, malah sanggup menjalankan pernikahan di selatan Thailand.

“Suka tak suka terpaksa terima kerana itu pilihan yang sudah dia buat walaupun dalam hati kami hanya Tuhan yang tahu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Azizah bersama suami, Abd Radzak Saleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulung mereka, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat dekat sini.

Hadir sama anak mereka, Mohd Zafran, 34, dan adik kembar Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, 21.

Mohd Aidil melangsungkan pernikahan dengan Rita Rudaini di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya, termasuk Mohd Zaquan Adha yang sering bersamanya dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan.

Tindakan mereka menyembunyikan pernikahan itu akhirnya dapat dihidu Ruziana yang akhirnya memaksa Mohd Aidil membuka mulut bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Perkara itu disahkan Abd Radzak yang mengatakan pihaknya mengetahui pernikahan mereka pada 14 Disember lalu melalui sijil nikah yang ditunjukkan Ruziana.

Mereka sekeluarga terkejut dengan perkara terbabit serta tidak menyangka sama sekali ia boleh berlaku.

Abd Radzak yang juga bekas tentera menjelaskan ahli keluarganya tidak pernah diberitahu mengenai Mohd Aidil mahu berkahwin dengan Rita Rudaini, malah perbincangan kedua-dua keluarga pihak tidak pernah diadakan.

Selain itu, Mohd Aidil sentiasa berada di rumahnya di Sikamat kerana beraksi dalam skuad bola sepak Negeri Sembilan dan sesekali mewakili negara dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Sebelum kami mendapat tahu mengenai berita pernikahan itu, Rita Rudaini ada datang ke sini pada 13 Disember untuk mendapatkan pandangan dan tidak pernah menyebut pasal kahwin.

“Tetapi kami tidak menyangka mereka berdua ketika itu sudah bernikah,” katanya yang kelihatan agak tertekan dan mengakui mengganggu kesihatannya.

Abd Radzak mengakui hubungan intim anaknya dengan artis terbabit pernah didedahkan dalam akhbar beberapa tahun lalu, tetapi sudah membuat penafian.

Dia kini menyerahkan kepada keluarga Rita Rudaini untuk tindakan lanjut, sama ada mengadakan majlis keramaian dan bagi keluarganya tiada sebarang perancangan pada masa ini.

“Kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak keluarga perempuan kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang berlaku sebagai hak peribadi pemain itu.

“Saya harap mereka berdua bahagia,” katanya yang mahu tumpuan Mohd Aidil yang juga pemain pertahanan terhadap bola sepak Negeri Sembilan tidak terjejas.
Back to top Go down
r3dskai
MODERATOR
r3dskai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 31
location : kk
Points : 13000
Reputation : 15
Number of posts : 1836

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 9:39 am

bro yor_eel..ko jg la harapan kalo cerita2 hangat ni.. Very Happy
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 11965
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 9:47 am

tak sangka diam-2 dah kawin rupanya si rita rudaini ini.
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 11291
Reputation : 1
Number of posts : 115

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 10:00 am

r3dskai wrote:
bro yor_eel..ko jg la harapan kalo cerita2 hangat ni.. Very Happy

tatap...kasih info2 untuk jadikan teladan ba..actually sis..not bro....yang yoreel bru bro..hehehe..
Back to top Go down
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 11291
Reputation : 1
Number of posts : 115

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 10:02 am

shalina7981 wrote:
tak sangka diam-2 dah kawin rupanya si rita rudaini ini.

bulan februari lalu lagi dorang kawin tapi diam2...mungkin malu kot sebab dia da 32 thn...husband dia baru 21st...
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14798
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime19/12/2008, 1:17 pm

alalala... sungguh tak sesuai nya...
mcm ibu dgn anak ..... pale
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 11928
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime23/12/2008, 9:29 pm

Sudah jodoh apa mau dkata lagi kannnnn..... dont know
Back to top Go down
jay-jay
SENIOR
SENIOR
jay-jay

Male
Countries/State : Australia
Age : 34
location : keningau--->k.k
Tag ID: : sfc 03683
Points : 11558
Reputation : 0
Number of posts : 908

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime23/12/2008, 9:35 pm

huhuhuhu
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11636
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime24/12/2008, 9:39 am

napa ah dia mo tapuk² kawin...
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12050
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime24/12/2008, 3:35 pm

otai_queen wrote:
alalala... sungguh tak sesuai nya...
mcm ibu dgn anak ..... pale

sokong..sokong....
Back to top Go down
Silent_Night
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Silent_Night

Male
Age : 36
location : Keningau-Kota Kinabalu
Tag ID: : 3910
Points : 11608
Reputation : 1
Number of posts : 1137

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime25/12/2008, 5:57 pm

relax hehehe,,,rita nie dah kahwin ke?...erm..tak taw aku..
Back to top Go down
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 12781
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime25/12/2008, 6:02 pm

umur bkn pnghalang klu cinta suda mlekat,lgpun rita tu msi ok apa.....
Back to top Go down
surveillance
FRESHIE
FRESHIE
surveillance

Male
Age : 104
location : Labuan F.T
Points : 11222
Reputation : 0
Number of posts : 48

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime25/12/2008, 6:21 pm

Aduh punah harapan..kawin pla sudah si rita ni.. Sad
Back to top Go down
http://www.tazmaniacarnetwork.blogspot.com
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14798
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime25/12/2008, 8:13 pm

mad wrote:
umur bkn pnghalang klu cinta suda mlekat,lgpun rita tu msi ok apa.....

mmg la tersangat la ok..
tapi si rita kan udah janda... opps
Back to top Go down
thenone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
thenone

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : sfc 03675
Points : 12117
Reputation : 16
Number of posts : 1587

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime7/1/2009, 12:55 am

topic hangat ni...huhuhuhu.....mcm mau baca lagi lah...
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 40
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12293
Reputation : 10
Number of posts : 1288

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime12/11/2009, 3:46 pm

emm....kalau btl ni, baguslha tapi kalau stakat kahwin jak tidak nikah...besa ni....
Back to top Go down
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 33
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17590
Reputation : 16
Number of posts : 6512

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime12/11/2009, 9:52 pm

jodoh semua di tangan-NYA...
so hope rita and aidil bahagia selamanya...
Back to top Go down
Intan Nuraini
SENIOR
SENIOR
Intan Nuraini

Female
Age : 32
location : labuan
Points : 12038
Reputation : 0
Number of posts : 592

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime25/11/2009, 6:09 pm

erm... dia kahwin diam2wx... takpalah.... sekarang kan kita dah tahu.. tapi kalau sembunyikan benda ni dari pihak media ok... tapi kenapa nak sembunyikan dari ibu bapa sendiri?? tapi tak palah... dengar2x rita dan suami dah ada anak kan....
Back to top Go down
Sponsored content




Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Empty
PostSubject: Re: Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l   Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l Icon_minitime

Back to top Go down
 

Rita mengaku berkahwin dengan Aidil Zafuan hampir 10 bulan l

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: