SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Azizah Ngan Zaefrul Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Azizah Ngan Zaefrul Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Azizah Ngan Zaefrul

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12690
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Azizah Ngan Zaefrul Empty
PostSubject: Azizah Ngan Zaefrul   Azizah Ngan Zaefrul Icon_minitime26/2/2009, 7:58 pm

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ



KECUAIAN akibat terlalu mempercayai orang lain, akhirnya
mengundang padah kepada aktres Azizah Mahzan, 45, apabila gambar
koleksi peribadi yang disimpan di dalam ‘thumbdrive’nya dimanipulasi
oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Baru-baru ini, gambar-gambar intimnya dengan pelakon Zaefrul Nordin,
43, disebarkan di internet lalu Azizah dihentam habisan-habisan
menunjukkan ramai yang menentang perlakuan dua pelakon drama episod siapa
Q 2 itu.
Bukan itu sahaja, Azizah berkata gambar peribadinya yang lain turut disebarkan seolah-olah mencabuli privasinya.
Lebih mengharukan, aktres yang mesra dengan panggilan Kak Zi ini
telah dipandang serong oleh penduduk di Kampung Tampin ketika dia
terlibat dengan sesi pengambaran sebuah drama.
"Saya berasa malu apabila dipandang serong oleh penduduk kampung di tempat saya melakukan pengambaran drama ini.
"Diikutkan, gambar-gambar tersebut hanya disebarkan di internet.
Jadi, saya pasti dikalangan makcik-makcik di sana mungkin tidak tahu
tentang internet.
"Tetapi akhirnya mereka boleh tahu juga tentang gambar-gambar itu setelah beberapa akhbar menyiarkan gambar saya dan Zaefrul.
"Daripada orang tak tahu tentang hal ini, mereka sudah tahu
termasuklah orang di Ulu Tembeling," komen Azizah selepas beberapa lama
mendiamkan diri.
Jika Zaefrul sebelum ini memberikan alasan dia terlupa batasan
kerana menganggap aktres itu ibarat kakaknya, Azizah pula akui dia
berasa teraniaya tetapi dalam masa yang sama pasrah dengan apa yang
terjadi.
"Saya rasa teraniaya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menyebarkan gambar itu.
"Apa yang saya tahu, gambar-gambar itu diambil daripada ‘thumbdrive’ saya.
"Apabila kawan-kawan saya ingin melihat gambar yang kami ambil di
Langkawi itu, tanpa teragak-agak terus saya memberikan ‘thumbdrive’
yang mengandungi banyak koleksi gambar saya itu.
"Selain itu ada juga yang bertanya, ‘Akak, boleh tak saya nak
dapatkan salinan gambar untuk dibuat ‘props’’. Saya pula jenis jujur,
jadi saya terus kata, ‘Ambillah ‘thumbdrive’ ni dan pilihlah gambar
yang sesuai’.
"Bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebarkan
gambar-gambar itu kerana menganggap diri saya tidak bermusuh dengan
sesiapa.
"Saya ni jenis kalau orang datang lambat atau sebagainya, saya akan
tegur depan-depan. Saya tak tahulah jika ada yang berdendam dengan saya.
"Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang sengaja menyebarkan
gambar itu dengan niat hendak memalukan saya. Saya terima dan pasrah
dengan apa yang berlaku," luah Azizah ketika dihubungi semalam.
Dimaklumkan, kebanyakan gambar intim Azizah dan Zaefrul dirakamkan
ketika mereka meluangkan masa bersama rakan artis dan krew produksi
yang terlibat dengan pengambaran drama bersiri siapa Q di Langkawi.
Menurut Azizah, antara gambar intim seperti dia duduk di atas riba
Zaefrul hanyalah gambar yang diambil untuk dijadikan ‘props’ drama siapa
Q 2 kerana di dalam drama itu mereka melakonkan watak sepasang suami
isteri.
Kebanyakan gambar yang diambil melibatkan Azizah dan Zaefrul juga
diambil secara ‘candid’ dan disebabkan itu, dia menganggap orang lain
boleh memberikan pelbagai tanggapan sehingga mendakwa mereka mempunyai
‘hubungan’.
Diaju tentang dakwaan tersebut, sama seperti Zaefrul, Azizah turut menafikan hal itu.
"Saya tidak mempunyai ‘hubungan’ langsung dengan dia. Saya dah jelaskan sebelum ini. Jadi, orang nak saya buat apa lagi?.
"Takkan nak saya bersumpah seperti budak yang diliwat oleh Anwar Ibrahim itu. Tetapi, saya boleh bersumpah kalau mereka nak.
"Saya berani bersumpah kerana memang kami macam adik-beradik sahaja," jelasnya.
Azizah akui kontoversi yang melanda ini boleh menjejaskan karier
seninya lalu ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 25 tahun
ini berharap supaya orang lain berhenti dari menyebarkan gambar-gambar
itu.
"Saya bukan seorang cikgu untuk memberikan pengajaran kepada
sesiapa. Tetapi jika orang lain rasa hal ini salah dan mengaibkan,
mereka sepatutnya berhenti dari menyebarkan gambar-gambar itu.
"Jika mereka rasa tidak mahu memberikan orang lain tahu tentang hal
itu, gambar-gambar itu tidak sepatutnya disebarkan sehingga keluar di
akhbar.
"Misalnya dulu jika saya mendapat gambar artis lain yang mengaibkan,
saya tak pernah sebarkan. Saya fikir kalau buat macam tu hanya tambah
dosa. Dosa saya yang sebelum ni pun sudah banyak dan belum terampun....
"Jadi, selepas ini saya tak nak terlibat lagi dengan hal ini.
Biarlah media nak tulis apa-apa tentang saya bagi melariskan akhbar dan
majalah mereka.
"Saya akui yang semuanya datang daripada kesilapan saya yang
terlupa, tidak kisah dan mempercayai orang lain sehingga tidak
menyangka hal sebegini akan berlaku.
"Selain itu, saya juga mengakui kesalahan saya yang lupa diri dan
lupa kepada Tuhan. Tetapi, orang lain yang menyebarkan gambar serta
merekacipta pelbagai andaian dan syak wasangka juga perlu ingat tentang
kesalahannya dengan Tuhan. Hal itu lagi teruk, tetapi saya akui yang
saya bukan Tuhan.
"Jika saya kata tiada apa-apa, jadi tiadalah. Kami memang tidak
mempunyai apa-apa ‘hubungan’ walau seintim mana pun gambar kami
diambil," tegas Azizah.
Tambahnya, dia juga sudah serik memberikan komen kerana orang akan tersalah anggap dan memutarbelitkan komen yang diberikan.
"Saya rasa malas nak bercakap dengan sesiapa pun sebab saya sudah jelaskan tentang gambar tersebut sebelum ini.
"Saya tak suka cakap perkara yang sama. Apabila saya cakap macam ni,
korang cakap macam ni. Jadi, saya rasa malas nak memberikan apa-apa
komen lagi.
"Saya tak minta pun orang lain kasihankan saya. Saya tak rasa rugi apa-apa pun.
"Tetapi, orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu mesti
rasa bahagia dan selepas ini bukan saya sahaja yang akan menjadi mangsa
malah mungkin ramai artis lain lagi yang kena.
"Tiada apa-apa yang saya boleh katakan termasuk menafikan gambar tentang gambar tersebut.
"Saya lebih suka biarkan apa yang orang nak kata dan jangka apa-apa tentang gambar itu.
"Jika orang itu rasa gembira apabila melihat gambar itu dan menceroboh kehidupan privasi orang lain, terpulanglah.
"Saya bukannya jenis sukakan publisiti di dalam industri seni ini.
Jadi, saya tak nak terlibat dengan apa-apa yang melibatkan publik dan
publisiti.
"Saya tidak mahu memberi apa-apa komen dan hanya biarkan apa yang
berlaku ini dengan mereka," ulas Azizah yang turut merasakan dirinya
‘disabotaj’.
Jelas Azizah, selepas ini, dia akan lebih mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.
"Kalau orang meminta gambar saya untuk dijadikan ‘props’ dan
sebagainya, saya nak mereka ambil sendiri gambar itu dan tidak akan
sekali-kali dengan mudahnya memberikan ‘thumbdrive’ saya kepada orang
lain," akhirinya yang masih berkawan dengan Zaefrul dan isteri selepas
hal ini terjadi.
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 41
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12323
Reputation : 10
Number of posts : 1288

Azizah Ngan Zaefrul Empty
PostSubject: Re: Azizah Ngan Zaefrul   Azizah Ngan Zaefrul Icon_minitime31/10/2009, 10:36 pm

hal...lain kali tidak payah amik gambar n simpan....kan dah kena...siapa susah??diri sendiri juga....
Back to top Go down
 

Azizah Ngan Zaefrul

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: