SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cafe Akhil Hayy distopkan... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cafe Akhil Hayy distopkan... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cafe Akhil Hayy distopkan...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Princess_Cutie01
REGULAR
REGULAR
Princess_Cutie01

Female
Age : 33
location : Sabah
Points : 12064
Reputation : 0
Number of posts : 384

Cafe Akhil Hayy distopkan... Empty
PostSubject: Cafe Akhil Hayy distopkan...   Cafe Akhil Hayy distopkan... Icon_minitime23/8/2009, 6:33 am

KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2009: Rancangan
Cafe Akhil Hayy yang ke udara di Astro Oasis akan dihentikan
yakni tidak disambung siarannya untuk musim ketiga kerana berdepan
dengan pergolakan yang melanda Ustaz Akhil Hayy selain seorang lagi
pelakon pembantunya telah ditahan pihak berkuasa atas satu kesalahan,
baru-baru ini.

Beliau
berkata, pihak Astro Oasis sedang mengkaji impak daripada pergolakan
yang melanda Akhil sejak akhir-akhir ini kerana ia turut menjejaskan
imej Astro Oasis serta programitu selepas bercerai dengan isterinya, Maizawati Zainal dan kemudian bernikah pula dengan penyanyi dan pelakon Waheeda.

Katanya, sebagai stesen TV berbayar, pihaknya perlu mengambil
kira maklum balas atau respon penonton yang rata-rata menunjukkan
sentimen tidak puas hati terhadap pergolakan yang melanda Akhil sebagai
ikon remaja muslim.

Ikuti soal murai.com.my jawab dengan Izelan, hari ini.


MURAI:
Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan Astro Oasis, apa komen
anda terhadap kontroversi yang menimpa ikon Astro Oasis iaitu Akhil
Hayy.


IZELAN: Segala yang berlaku itu adalah
masalah peribadi Akhil. Kewujudan Astro Oasis adalah sebagai satu
platform kepada penceramah seperti beliau memperkembangkan ilmu
pengetahuan yang ada. Astro Oasis sekadar memberi ruang dan peluang,
jadi pandai-pandailah penceramah termasuk Akhil membawa diri dan
menjaga nama baik Oasis dan diri beliau sendiri. Tapi apabila berlaku
pergolakan seperti sekarang, Akhil kenalah selesaikan masalah itu
sendiri.


MURAI: Adakah kontroversi Akhil mencemarkan nama baik Oasis?
IZELAN: Sehingga kini, Oasis masih lagi berpegang kepada saluran
yang memberi peluang untuk individu yang bergelar pendakwah mahupun
penceramah. Kejayaan Astro Oasis tidak bergantung semata-mata kepada
mana-mana individu seperti Akhil. Oasis merupakan saluran ilmiah dan
niat kami baik. Jadi, kalau sudah terpilih sebagai ikon mereka perlulah
jaga nama baik sendiri dan harus bertanggung jawab atas apa yang
berlaku. Kita pun tidak tahu, esok lusa mungkin perkara sebegini boleh
berlaku kepada orang lain pula. Adakah Astro Oasis perlu
dipersalahkan? Kami bertugas di stesen TV berbayar dan kami juga harus
akur dengan pendapat orang ramai atau penonton juga.

MURAI: Benarkah Astro Oasis sudah lama tahu segala cerita hangat tentang Akhil tapi mengambil sikap berdiam diri?
IZELAN: Kalau kami tahu, takkanlah kami teruskan program itu. Dulu
ia hanyalah gosip yang belum ada kesahihannya. Kita tak boleh
dengar gosip tanpa ada bahan bukti. Kita tidak ada hak untuk menghukum
seseorang yakni perlu bersikap adil. Selepas konflik
itu menjadi kes mahkamah dan telah diputuskan, barulah kami mengambil
tindakan untuk tidak meneruskan Cafe Akhil Hayy.


MURAI: Bagaimana dengan kontrak Akhil sebagai ikon Astro Oasis?
IZELAN: Sebenarnya kami tak ada kontrak dengan Akhil. Semuanya
berdasarkan tawaran program yang diberikan kepadanya. Selama ini pun,
bahagian produksi yang menentukannya. Astro Oasis hanya memberikan
pendapat. Lagi pun, pemilihan Akhil disebabkan dia ada ramai peminat di
kalangan remaja.


MURAI: Adakah selepas ini Oasis lebih berhati-hati memilih ikon?
IZELAN: Sebenarnya kami sentiasa berhati-hati. Lagi pun, kami
saluran yang banyak bekerjasama dengan persatuan tertentu seperti
JAKIM.

MURAI: Sebelum berlaku kontroversi, apakah kelebihan Akhil sehingga dipilih sebagai ikon Astro Oasis?
IZELAN: Akhil dipilih disebabkan dia mempunyai ramai peminat
lebih-lebih lagi di kalangan remaja. Alhamdulillah, dengan pemilihan
Akhil, Astro Oasis semakin banyak ditonton oleh anak-anak remaja.

MURAI: Sudahkah ada pengganti Akhil?
IZELAN: Ketika ini, Oasis ada banyak lagi perkara penting yang perlu
dititikberatkan. Banyak lagi agenda selepas ini. Kita tidak
mengharapkan pada Akhil seorang saja. Ramai lagi individu boleh
diberikan peluang. Buat masa sekarang, kami belum mengintai sesiapa dan
belum ada keperluan lagi.

MURAI: Adakah Astro Oasis serik untuk mengambil Akhil?
IZELAN: Kita kena fikirkan semua ini dengan bijak. Takkanlah selama
ini ceramah yang diberikan Akhil Hayy tidak mendatangkan faedah
langsung. Sekali lagi, Oasis akan bersikap adil dan suka menyiasat dulu.


MURAI: Tidakkah terlintas untuk mengambil bekas isteri Akhil, Maizawati untuk mana-mana program Oasis?
IZELAN: Saya ingin tegaskan bahawa Oasis lebih tertumpu kepada
penerbitan program dokumentari yang mengandungi ilmu Al-Quran dan
Hadis. Kalau Maizawati sesuai dengan program sebegini, Insya-Allah kami
akan ambil. Itu pun kalau ia sesuai dan penonton terima kehadirannya.
Bagaimanapun, saya tak mahu mengiyakan atau menafikannya. Apapun, kami
akan buat kajian dulu sebelum membuat pilihan atau memberikan tawaran.
Back to top Go down
Intan Nuraini
SENIOR
SENIOR
Intan Nuraini

Female
Age : 32
location : labuan
Points : 12058
Reputation : 0
Number of posts : 592

Cafe Akhil Hayy distopkan... Empty
PostSubject: Re: Cafe Akhil Hayy distopkan...   Cafe Akhil Hayy distopkan... Icon_minitime23/8/2009, 7:05 am

memang patut d tutup.. selesai kan masalah dulu..
Back to top Go down
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 33
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17610
Reputation : 16
Number of posts : 6512

Cafe Akhil Hayy distopkan... Empty
PostSubject: Re: Cafe Akhil Hayy distopkan...   Cafe Akhil Hayy distopkan... Icon_minitime24/8/2009, 9:13 pm

cafe tue ditutup disebabkan mslh2 yang telah menimpa ustaz akhill...
harap pas ni ianya akan diteruskan lah... Smile
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12168
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Cafe Akhil Hayy distopkan... Empty
PostSubject: Re: Cafe Akhil Hayy distopkan...   Cafe Akhil Hayy distopkan... Icon_minitime25/8/2009, 3:56 pm

Agree Bagus bye bubye,)
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 40
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12313
Reputation : 10
Number of posts : 1288

Cafe Akhil Hayy distopkan... Empty
PostSubject: Re: Cafe Akhil Hayy distopkan...   Cafe Akhil Hayy distopkan... Icon_minitime31/10/2009, 7:22 pm

tidak semua manusia tue sempurna kan??biar pun dia ustaz...tetap ada masalah...sabarlha..suma manusia sama....

Back to top Go down
Sponsored content




Cafe Akhil Hayy distopkan... Empty
PostSubject: Re: Cafe Akhil Hayy distopkan...   Cafe Akhil Hayy distopkan... Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cafe Akhil Hayy distopkan...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: