SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tips mahu beli kereta terpakai (used car)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14722
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Empty
PostSubject: Tips mahu beli kereta terpakai (used car)   Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Icon_minitime23/10/2010, 1:04 pm


Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Used-car
umum kita ketahui ramai yang berminat untuk menggunakan kenderaan sendiri. Setelah sekian lama menaiki basikal, motorsikal mesti ada keinginan untuk memiliki kereta sendiri.. Tujuan bagi memiliki kereta sendiri terpulang kepada individu itu sendiri.. Contohnya ada yang mengatakan mereka tak nak kena hujan, senang nak bawa makwe dating, nak bawa ibubapa jalan – jalan.. nak modified kereta lumba dijalanan.. semua ada sebab tersendiri..

Selain dari soal harga kenderaan yang telah dipersetujui, dah cuba pandu uji dan anda berkenan pada kenderaan tersebut, dan kenderaan tersebut akan di hantar ke PUSPAKOM untuk tujuan pemeriksaan Pinjaman Kewangan dan Tukar Hak Milik (TKM). Anda juga boleh memeriksa kenderaan tersebut dahulu..
Ini adalah untuk mengetahui sama ada kereta yang anda hendak beli bebas dari kemalangan.. Ade sesiapa yang hendak beli kereta yang pernah terjadi kemalangan? Kalau ada abaikan entry ini..
Untuk pengetahuan perkara utama bagi sesebuah kenderaan yang menjalani pemeriksaan kewangan dan Tukar hak milik sangat mudah, perkara tersebut ialah:-
Bagi pemeriksaan Kewangan


  • Pemeriksaan Identiti (nombor enjin dan nombor casis)

  • Potong dan Sambung.


Bagi Pemeriksaan Tukar Hak Milik


  • Pemeriksaan Identiti (Nombor casis dan nombor enjin)

  • Potong Sambung

  • Kadar ketelusan Cahaya. Sama ada kenderaan bercermin cerah atau gelap.

Jadi bagi kedua – kedua jenis pemeriksaan tadi kita tumpukan kepada pemeriksaan potong dan sambung, sekiranya terdapat kesan potong atau sambung pada satu atau 2 bahagian di pillar kenderaan (tiang kat tingkap) sama ada kiri dan kanan, kemalangan kecil kecilan di mana – mana bahagian fender, front panel atau bahagian depan atau belakang kemek2 akibat kemalangan kebiasaan nya kesan kemalangan itu tidak akan ditulis pada keputusan pemeriksaan yang dipanggil VR1 pemeriksaan kewangan ataupun VR1 Sijil Tukar Hak milik. ‘mungkin’ ini adalah untuk mengelakan harga kenderaan tersebut jatuh.

Bagaimana kita nak tahu kereta yang kita nak beli tu tidak pernah mengalami kemalangan? emmm cara yang paling mudah ialah dengan memanggil kawan-2 yang arif dalam bidang ini.. kalau ade tukang – tukang ketuk kenderaan, pomen – pomen yang bijaksana.. tapi kalau nak tengok sendiri, pun boleh.. apa yang aku terangkan ialah cara yang mudah sahaja dan tidak perlu menggunakan alatan canggih.. biji mata yang terang , sebatang lampu suluh dan sebatang test pen! 2 alat yang moden ini boleh men’detect ‘ sama ada kenderaan yang anda nak beli bermasalah atau tidak. Mudah bukan…

Pertama sekali kita tengok nombor Chasis Kenderaan. Ini bagi tujuan kenderaan bermasalah ye.. bukan untuk tujuan pengesahan Identiti.

Tips mahu beli kereta terpakai (used car) ChasisNumber-1

Guna test pen tadi dan gores sedikit sama ada terdapat kesan simen yang menutup kesan kemalangan lama, kalau taknak gores perhatikan kesan cat.. sekiranya ada simen pada bahagian cowl panel cat nya agak terang dan tidak sekata, atau perhatikan spot welding pada bahagian cowl panel tadi.. sama ada jelas kelihatan atau tak, terusik atau tidak, sekiranya ada kesan spot welding diganggu sama ada kereta tersebut telah ditukar cowl panel (masuk no casis kereta curi/ tukar kereta) ataupun kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan ngeri berlanggar secara berhadapan.. sebab kejadian ini berlaku apabila enjin terperosok kedalam menghentam cowl panel (tapak nombor casis).
Kedua, Buka getah Pada pillar setiap pintu.
Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Pillar2
Buka getah ni dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak nugget or spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalahle, boleh juga gores tengok samada ada kesan simen atau tak.. disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut. Jadi pastikan kesan kimpalan dari kilang masih jelas kelihatan. Untuk gores dengan testpen pastikan owner bagi.. kang tak pasal2 kena marah.

Banyak cara lagi nak mengesan samada kenderaan itu pernah mengalami kenderaan ini dan paling penting kalau boleh tengok bahagian bawah kenderaan.

Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Bahagian-bawah
Bukan apa.. walau cantik macamana pun proses potong sambung yang dibuat di kawasan bengkel keadaanya boleh tahan setahun sahaja, kemudian di bahagian latai tersebut pasti akan berkarat dan reput, disitu kita boleh mengetahui samada lantai kereta pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan anda pergi sekali ke Puspakom Untuk membuat pemeriksaan untuk mengetetahui keadaan kenderaan anda secara jelas. Elakan amalan Rasuah.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Eddie
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : Malaysia
Age : 47
location : Pitas~Kundasang~Lahad Datu, Sabah.
Tag ID: : SFC 08969
Points : 11115
Reputation : 4
Number of posts : 394

Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Empty
PostSubject: Re: Tips mahu beli kereta terpakai (used car)   Tips mahu beli kereta terpakai (used car) Icon_minitime23/10/2010, 1:24 pm

bgus jg info ni...TQ tyco...agak2, dorg x marah ka tu klu kena gores tu krta ah ? hahahahahahahaaa Tips mahu beli kereta terpakai (used car) 918109 Tips mahu beli kereta terpakai (used car) 918109 Tips mahu beli kereta terpakai (used car) 918109 ...x psl2 nnt m'ganti kita...heheheheheee Tips mahu beli kereta terpakai (used car) 930146 Tips mahu beli kereta terpakai (used car) 930146 Tips mahu beli kereta terpakai (used car) 930146 ...
Back to top Go down
 

Tips mahu beli kereta terpakai (used car)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: