SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
teguran pak jpj Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
teguran pak jpj Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 teguran pak jpj

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12199
Reputation : 3
Number of posts : 677

teguran pak jpj Empty
PostSubject: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime11/2/2008, 1:54 pm

SEJAK 1983, era permotoran negara mengalami perubahan ketara apabila banyak kenderaan terutama kereta mula memasang cermin gelap dan ia berlarutan sehingga sekarang.

Itu adalah sebahagian daripada penambahan, pengubahsuaian dan pemasangan pelbagai aksesori kenderaan terutama milik persendirian yang kadang kala dilihat semakin sukar dikawal berikutan permintaan tinggi terhadap aksesori terkini yang berada di pasaran.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebenarnya memberi kelonggaran dengan membenarkan pemasangan aksesori tetapi mesti mengikut syarat bertujuan memastikan kenderaan itu selamat dipandu.




Mungkin ramai pemilik kenderaan tidak mengetahui bahawa bukan semua aksesori yang dipasang mendatangkan faedah selain untuk kecantikan kerana ia juga mengundang padah jika tersilap percaturan dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pemilik seharusnya bijak membuat pilihan ketika memasang aksesori dengan memastikan ia bersesuaian dengan kemampuan kenderaan, selamat dan selesa digunakan, misalnya pemilihan rim dan tayar yang sesuai serta menukar enjin berkuasa lebih besar.


Aksesori tak ikut spesifikasi undang bahaya



BAGI sesetengah pemilik kenderaan khususnya golongan muda, memiliki kenderaan yang cantik dilengkapi pelbagai aksesori seolah-olah menjadi kebanggaan dan kegilaan di zaman serba moden ini.

Pemilik kenderaan sanggup berhabisan beribu ringgit semata-mata mahu memiliki kereta yang menarik perhatian tanpa menyedari mereka sebenarnya menempah bahaya dengan mengubahsuai, menambah aksesori tanpa kelulusan dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Memang diakui, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi kebenaran untuk mengubahsuai kenderaan atau menambah aksesori tetapi ia hanya merujuk kepada perkara yang tidak menjejaskan keseimbangan, keselamatan hingga membahayakan ketika dipandu.

Perkara ini membabitkan banyak perkara dan kebiasaannya pemilik kenderaan akan menukar saiz tayar, rim, memasang cermin gelap, mengubah suai ekzos dan memasang pelbagai aksesori lain antaranya termasuk air spoiler, skirt, bonet, lampu, penghadang angin.


Pembantu Pengarah Teknikal JPJ, Ir Mohamad Dalib, ketika mengulas senario itu berkata, kebanyakan pemilik kenderaan baru akan menukar tayar dan rim supaya kelihatan lebih cantik tanpa mengetahui jenis dan spesifikasi yang sesuai untuk kenderaan mereka.

Katanya, tayar kenderaan dianggap sebagai nyawa kepada pemandu kerana ia akan menentukan hala tuju keselamatan dan sehubungan itu, mereka perlu memastikan tayar yang ditukar bersesuaian dan menyemak kemampuan had laju maksimum dan ketahanannya.

“Jangan mudah tertipu untuk mendapatkan tayar yang menarik sedangkan ia sebenarnya adalah tayar celup, tayar korek dan tayar potong. Pemilik perlu tahu apa yang mereka mahu, mereka boleh rujuk pada buku panduan manual atau notis pada pintu kenderaan sebelah pemandu untuk menyemak jenis tayar dan spesifikasi yang sesuai.

“Penggunaan rim yang terlalu besar dan berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci,” katanya.

Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan ‘pick-up’ perlahan manakala tekanan lonjakan juga terjejas.

Mengenai pemasangan cermin gelap, pemilik perlu mematuhi arahan kadar ketelusan cahaya mengikut spesifikasi iaitu 70 peratus bagi cermin depan dan 50 peratus bagi cermin kiri dan kanan serta cermin belakang.

“Filem yang tersilap pasang atau tidak sesuai untuk cermin boleh menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam kenderaan berganda atau berkembar terutama pada waktu malam. Ini menyebabkan pandangan tidak jelas dan merbahaya ketika memandu.

“Secara peribadi, saya beranggapan mereka yang memasang cermin gelap sebenarnya cuba menyorok identiti dikenali, sepatutnya mereka berbangga kerana memiliki kenderaan mahal dan mewah.

“Sepatutnya mereka bangga memandu kereta mewah kerana hasil titik peluh sendiri, tetapi nak sorok dan ini boleh menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat,” katanya.

Bagi kereta tempatan jenis Proton Wira, Iswara dan Knight, JPJ membenarkan pemandunya memasang tirai belakang kerana ia termasuk dalam pakej aksesori dan penumpang di kiri dan kanan masih boleh dikenali secara terus.


Modifikasi tak kena tempat jejas jangka hayat kenderaan

MENGUBAHSUAI kenderaan sememangnya memberi kepuasan tetapi perlu dielakkan jika mendatangkan kerosakan, menjejaskan kesihatan atau kerugian dari segi kewangan, penggunaan serta kesan jangka panjang kepada jangka hayat kenderaan itu.

Contoh paling mudah ialah pengubahsuaian penyenyap bunyi akhir bertujuan menghasilkan bunyi yang dilepaskan melalui ekzos yang kuat.

Pembantu Pengarah Teknikal JPJ, Ir Mohamad Dalib, berkata di Malaysia lebih 40 peratus pemilik kenderaan menukar atau mengubah suai tangki penyenyap bunyi akhir kononnya untuk menghasilkan bunyi kuat serta menarik perhatian pengguna lain.

Bagaimanapun, berdasarkan peraturan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kenderaan empat roda iaitu 1.5L hingga 2.0L hanya dibenarkan menghasilkan bunyi atau melepaskan tahap asal tidak melebihi 85dB.

“Di Malaysia, ramai yang suka menukar penyenyap bunyi akhir sehingga ke tahap 110dB. Kebanyakan adalah pemilik kereta jenis Proton Iswara, Wira manakala kereta Perodua Kancil biasanya akan menukar ke tahap maksimum 90dB kerana hanya mempunyai tiga piston (omboh).

“Bayangkan, orang di dalam kabin (kereta) ketika kenderaan itu menaiki bukit. Bunyinya akan meningkat dua kali ganda dan ia mengganggu gegendang telinga disebabkan tekanan udara tempat tinggi. Semua itu perlu diambil kira kerana ia mengganggu kesihatan dan tumpuan kerana telinga berdengung,” katanya.

Kadar penggunaan minyak bagi kenderaan yang mengubahsuai penyenyap bunyi juga perlu diambil kira kerana kos penggunaannya meningkat sekali ganda berbanding menggunakan peralatan asal dan standard.

Semakin besar dB dihasilkan, semakin banyak petrol digunakan dan ia jelas satu pembaziran. Sebagai perbandingan, sebuah kereta Proton Wira yang menggunakan penyenyap bunyi asal mampu bergerak lebih 500 kilometer (km) bagi setiap tangki penuh dianggarkan RM85.

Sedangkan, kereta Wira yang menggunakan penyenyap bunyi diubahsuai hanya mampu bergerak kira-kira 250 km dengan jumlah petrol yang sama.

“Penyenyap bunyi standard mempunyai tiga saluran bersalut kabus kuning sedangkan penyenyap bunyi yang diubahsuai hanya mempunyai pembalut kabus kuning saja menyebabkan bunyi tidak ditapis dan terus keluar melalui ekzos. Ini yang dikatakan usah suai tak kena tempat,” katanya.

Pengguna juga diingatkan ketika membeli kenderaan terpakai supaya tidak ditipu penjual yang tidak memaklumkan keadaan sebenar kenderaan potong dan sambung.

Secara fizikalnya, kenderaan itu dalam keadaan baik tapi sebenarnya kenderaan itu tidak selamat digunakan dan tidak diiktiraf JPJ.

Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan ialah yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau menyebabkan kenderaan berbahaya apabila digunakan di jalan raya.
Back to top Go down
minica
SENIOR
SENIOR


Points : 12157
Reputation : 0
Number of posts : 717

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime11/2/2008, 3:26 pm

dalam Dimensi berita Minggu semlam
Back to top Go down
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13539
Reputation : 23
Number of posts : 7093

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime11/2/2008, 6:06 pm

huhu.... kepada sesiapa yg terasa kenderaan anda seperti di atas.... pandai pandai la kamu ....!! What a Face
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12199
Reputation : 3
Number of posts : 677

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime11/2/2008, 6:48 pm

ingat tu...kalo rim 13 boleh naik 14 jak jgn lebih-lebih. 8)
Back to top Go down
Rojakman
FRESHIE
FRESHIE


Male
Age : 46
location : Sabah
Points : 11895
Reputation : 0
Number of posts : 64

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime11/2/2008, 8:37 pm

Aku mmg terasa! hehehe..... apa pun jawapan, ikut translation masing-masing. To me, law is made as guideline, bukan jalan utama untuk menghukum org tak tentu pasal, undang-undang/ kuasa JPJ sendiri pun bertindih dengan Polis trapik. Hal ni suda sia suarakan/ postkan dlm Daily Express, ndak terjawab sehingga hari ni.
Back to top Go down
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13539
Reputation : 23
Number of posts : 7093

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime11/2/2008, 11:03 pm

huhu.... ngam la tu bro.... bah ko post la lagi sampai ada jawaban.... baru terjawab persoalan.... hehe!! Very Happy
Back to top Go down
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12290
Reputation : 0
Number of posts : 1635

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime12/2/2008, 9:28 am

scorpions wrote:
ingat tu...kalo rim 13 boleh naik 14 jak jgn lebih-lebih. 8)

Layan la rim jipun...ringan... What a Face
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12290
Reputation : 0
Number of posts : 1635

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime12/2/2008, 9:30 am

Rojakman wrote:
Aku mmg terasa! hehehe..... apa pun jawapan, ikut translation masing-masing. To me, law is made as guideline, bukan jalan utama untuk menghukum org tak tentu pasal, undang-undang/ kuasa JPJ sendiri pun bertindih dengan Polis trapik. Hal ni suda sia suarakan/ postkan dlm Daily Express, ndak terjawab sehingga hari ni.

Ya..memang bertindih...kuasa JPJ terhad..kuasa trafik menyeluruh..
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12006
Reputation : -1
Number of posts : 6286

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime12/2/2008, 12:01 pm

junraz wrote:
scorpions wrote:
ingat tu...kalo rim 13 boleh naik 14 jak jgn lebih-lebih. 8)

Layan la rim jipun...ringan... What a Face

Rim taiwan pun ringan jua..hehe..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13611
Reputation : 34
Number of posts : 5595

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime12/2/2008, 7:39 pm

rim malaysia pun ringan mahhh, JRD!! hehehe


saya rasa si les terasa itu... (bunyi eksos yang kuat, hehe)
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12199
Reputation : 3
Number of posts : 677

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime12/2/2008, 8:06 pm

dia tak kira ringan geng dia tengok saiz je dah salah.btw hantar lagi benda tu kat tv3 pulak melaui email.mana tau boleh dincangkan oleh tv3
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12006
Reputation : -1
Number of posts : 6286

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime12/2/2008, 8:35 pm

scorpions wrote:
dia tak kira ringan geng dia tengok saiz je dah salah.btw hantar lagi benda tu kat tv3 pulak melaui email.mana tau boleh dincangkan oleh tv3

Bah bro pion..di atur..di layan..baru kitani MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12033
Reputation : 0
Number of posts : 2370

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime13/2/2008, 7:56 pm

scorpions wrote:
ingat tu...kalo rim 13 boleh naik 14 jak jgn lebih-lebih. 8)
klu naik 15' bro??
terasa laini??? What a Face
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12512
Reputation : 0
Number of posts : 145

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime13/2/2008, 8:59 pm

ikutlah peraturan pak JPJ ni
semua ada musibah sebaliknya
demi keselamatan nyawa anda
Back to top Go down
anakjomo
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Age : 51
Points : 12248
Reputation : 0
Number of posts : 1303

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime14/2/2008, 8:59 am

ya bah ikut ja peraturan tu...he..he..mana yang mampu di ikut ...
yang dak termampu tu ..he..he..tanggung ja sendiri ..wakakaka...
Back to top Go down
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12290
Reputation : 0
Number of posts : 1635

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime14/2/2008, 11:08 am

Nieto wrote:
rim malaysia pun ringan mahhh, JRD!! hehehe


saya rasa si les terasa itu... (bunyi eksos yang kuat, hehe)

Rim JRD waja first model berat tu...
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12033
Reputation : 0
Number of posts : 2370

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime14/2/2008, 1:31 pm

yala, pasni ekut suda peraturan... respek
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12199
Reputation : 3
Number of posts : 677

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime14/2/2008, 6:59 pm

hehe dari kita jak ni.pandai pakai panlah kita simpan.aku pun pakai 14 jugak. Very Happy
Back to top Go down
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12290
Reputation : 0
Number of posts : 1635

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime14/2/2008, 9:34 pm

Di sabah ni jarang la dia org kacau pasal rim2 besar...
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
wanB1
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
wanB1

Male
Age : 42
location : kota kinabalu,papar,bongawan
Points : 11959
Reputation : 0
Number of posts : 1652

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime18/2/2008, 6:39 pm

ala bukan semua fakta d atas tu betul semuanya..klu kaji lebih mendalam terutama pada yg biasa beli majalah kereta..ubahsuai keta ni klu ikut matlamat sebenarnya adalah nk menjadikan kereta kita lebih sempurna dari pada spesifikasi asal dsamping mencantikkan lg kereta..mmg xdnafikan ada gk keburukan terutamanya ubahsuai yg membabi buta cth penukaran enjin yg x sempurna,enjin tukar,tp sistem brek dn suspensi masih pada spesifikasi enjin asal,sebab lh eksiden..so klu nk modified tu semua aspek perlu dkaji..
Back to top Go down
budaknakal66
REGULAR
REGULAR
budaknakal66

Age : 39
location : Kajang
Points : 12237
Reputation : 0
Number of posts : 429

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime18/2/2008, 7:58 pm

yer..btol tu.....aku skong ngn wanB1...
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12199
Reputation : 3
Number of posts : 677

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime18/2/2008, 8:44 pm

tapi kalo korang rajin nak buat statistik sebenarnya yang ekcden tu kebanyakan keta biasa,tak modi apa pun
Back to top Go down
wanB1
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
wanB1

Male
Age : 42
location : kota kinabalu,papar,bongawan
Points : 11959
Reputation : 0
Number of posts : 1652

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime19/2/2008, 7:57 pm

yup btl tu scorpion..lgpun mcm yg aku ckp kemarin,kita modi keta ni sebenarnya nk jadikan keta kita lebih baik,korang tgk la spesifikasi keta2 standart..dgn suspension yg menyedihkan,enjin yg lembab..sistem ekzos yg jpj kata kononnya megikut piawai diorang..tp klu dkaji semua tu bukan betul pn..klu semua keta perfect xde la org nk ubahsuai lg..yg bnyak eksiden pun keta standart,forum ni patut org jpj tgk sket,jgn tau nk saman org ja.. gun
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12033
Reputation : 0
Number of posts : 2370

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime19/2/2008, 8:15 pm

mara nmpak wanB1, pena kena saman ka??
tp aku sokong pendapat ko 2...byk kebenarannya...
kereta standard lg byk berlaku eksiden berbanding kereta modified...
Back to top Go down
wanB1
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
wanB1

Male
Age : 42
location : kota kinabalu,papar,bongawan
Points : 11959
Reputation : 0
Number of posts : 1652

teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime20/2/2008, 4:47 pm

bukan mara codeng tp geram btl dgn phak berkuasa konon2 ni..itu nda buleh..ini nda buleh..nda heran la motorsport msia ni tlampau jauh ketinggalan,jgn p jauh la..tgk indon jak pn kita sudah kalah ma..sudah la main bola pn kalah..motorsport pn kalah..klu ikut negara kita lg maju dr diorang tp sebab undang2 yg telampau nda masuk akal ni kita jauh ttinggal..tp yg heran kjaan mati2 mau kasi maju kita pnya motorsports..buat litar juta2..market brang perfomance luas..tp undang2 hancur..apa mcm mau jalan ini bisnes..
fikir fikirkan...ps..buat litar juta2 tp balik2 yg dpt race org luar.. rambo
Back to top Go down
Sponsored content




teguran pak jpj Empty
PostSubject: Re: teguran pak jpj   teguran pak jpj Icon_minitime

Back to top Go down
 

teguran pak jpj

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 4Go to page : 1, 2, 3, 4  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: