SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saman Ekor JPJ (silent killer) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saman Ekor JPJ (silent killer) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Saman Ekor JPJ (silent killer)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14722
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime9/3/2011, 9:09 pm

Saman Ekor JPJ (silent killer) Speed+trap

masih ramai yang masih kabur dan tidak memahami sepenuhnya hak anda sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan semua fahaman politik.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan.

Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan
hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik
kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.

Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh
Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 09/3/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak.

Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran.

Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI.

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14
hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Berikut di dibawah adalah video berkaitan:



Jadi, selepas ini, kami harap rakyat akan buka mata untuk mengambil tahu tentang apa hak anda dan bagaimana anda boleh menuntut hak anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda disabitkan dengan saman ekor.Apa pendapat anda mengenai hak anda ini?

Source: www.beritasemasa.com

Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18497
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime9/3/2011, 10:59 pm

oiiiyyooo...bgtu rupanya...thanks 4 info taiko....mmg brguna ni utk pgetahuan.. Thank you
Back to top Go down
RedMachine
REGULAR
REGULAR
RedMachine

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : papar,KK(sepangar bay
Tag ID: : 11857

Points : 10876
Reputation : 10
Number of posts : 454

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime9/3/2011, 11:19 pm

like...jd means x salah la klu x bayar saman tu kan...
Back to top Go down
keba
ELITE
ELITE
keba

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 34
location : Kemaman - Kota Bharu
Website : contact 01119778382
Tag ID: : SFC08063
Points : 14909
Reputation : 69
Number of posts : 3981

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime10/3/2011, 12:08 am

thanx bro..tp kalau xbyr saman, ape jd??
tkt jgk kalau diorg kluarkn waran tgkap
Back to top Go down
nyamuk
WEBMASTER
nyamuk

Male
Countries/State : Oregon
Age : 34
location : sarang nyamuk
Tag ID: : SFC 08429
Points : 13934
Reputation : 18
Number of posts : 3034

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime10/3/2011, 1:56 am

tempoh yg diberikan terlalu singkat..mcmana dgn org yg betul2 susah? apa akan terjadi kpd org2 yg menggunakan kereta sebagai pengangkutan untuk mencari rezeki jika mereka blacklist? bukan itu menyusahkan rakyat...klu kereta nda dpt renew @ lesen nda dpt renew, mcmana mau cari duit bikin byr tu saman...ccm kereta lagi tiap2 bulan...perbelanjaan lain lagi....dorg teda fikir ka ni semua?? klu org kaya, nda kisah la...dorg ada duit bole byr la...tp mcmana dgn rakyat yg berpendapatan rendah yg gaji cukup2 mkn ja?? palui btul!! silap2 PRU akan dtg ni berubah ni gara2 hal ni saja..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime10/3/2011, 8:00 pm

sebaik2nya pihak berkuasa yang terlibat dengan hal ini perlu membuat post-mortem dulu lah sebelum melakukan sesuatu tindakan di luar kuasa mereka...dan seterusnya memikirkan strategi yang lebih berkesan yang mesra rakyat dan mendukung Gagasan 1Malaysia, supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan situasi 'win, win'
Back to top Go down
1000hp VR4
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : KOTA KINABALU
Points : 10362
Reputation : 1
Number of posts : 7

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime10/3/2011, 8:12 pm

rambo JPJ manusia paling s**l di jalanraya...Pernahkah kamu ditahan kerana tak memakai tali pinggang tetapi JPJ yang menahan menggunakan Proton Waja juga tak memakainya. Oleh sedikit pertengkaran 4 ekor JPJ itu juga hendak membawa bertumbuk...Apakah tindakan Pengguna jalan boleh lakukan dalam kes begini ke JPJ Negeri Sabah.
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime10/3/2011, 9:03 pm

1000hp VR4 wrote:
rambo JPJ manusia paling s**l di jalanraya...Pernahkah kamu ditahan kerana tak memakai tali pinggang tetapi JPJ yang menahan menggunakan Proton Waja juga tak memakainya. Oleh sedikit pertengkaran 4 ekor JPJ itu juga hendak membawa bertumbuk...Apakah tindakan Pengguna jalan boleh lakukan dalam kes begini ke JPJ Negeri Sabah.
yang ini kes lain lagi ni bro, boleh saman diorang balik kerana cuba untuk menimbulkan pergaduhan...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18497
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime10/3/2011, 9:16 pm

1000hp VR4 wrote:
rambo JPJ manusia paling s**l di jalanraya...Pernahkah kamu ditahan kerana tak memakai tali pinggang tetapi JPJ yang menahan menggunakan Proton Waja juga tak memakainya. Oleh sedikit pertengkaran 4 ekor JPJ itu juga hendak membawa bertumbuk...Apakah tindakan Pengguna jalan boleh lakukan dalam kes begini ke JPJ Negeri Sabah.

wadede...talampau sudah tu klu bgtu bro...smpai mo bwa brtumbuk ar..klu sy kasi cam tu muka trus bila jmpa d luar time dia x brtugas..kasi penumbuk sma dia...wakakakak...
Back to top Go down
Zakey
SENIOR
SENIOR
Zakey

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Sabah - Sarawak
Tag ID: : SFC 07843
Points : 11304
Reputation : 1
Number of posts : 512

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime13/3/2011, 11:05 pm

Info yg cukup berguna bro...gOOd jOb... Bagus
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime14/3/2011, 6:25 am

Zakey wrote:
Info yg cukup berguna bro...gOOd jOb... Bagus
kalau bagus bro, share sama kawan2x di mana2 laman web sosial, like fb, twitter etc...
pernah kena saman ekor ka bro?
Back to top Go down
Zakey
SENIOR
SENIOR
Zakey

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Sabah - Sarawak
Tag ID: : SFC 07843
Points : 11304
Reputation : 1
Number of posts : 512

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime17/3/2011, 1:31 am

im wrote:
Zakey wrote:
Info yg cukup berguna bro...gOOd jOb... Bagus
kalau bagus bro, share sama kawan2x di mana2 laman web sosial, like fb, twitter etc...
pernah kena saman ekor ka bro?
kompom share punya bro...
blum pernah lg bro...minta2 nda kena la bro....
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime17/3/2011, 11:25 am

hehe, sama la kita tu bro, biasalah diorang tu, kena cukupkan kuota saman baru senyap lagi tu...
Back to top Go down
Sponsored content




Saman Ekor JPJ (silent killer) Empty
PostSubject: Re: Saman Ekor JPJ (silent killer)   Saman Ekor JPJ (silent killer) Icon_minitime

Back to top Go down
 

Saman Ekor JPJ (silent killer)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: