SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Soalan Lazim - Saman Ekor Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Soalan Lazim - Saman Ekor Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Soalan Lazim - Saman Ekor

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18515
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Soalan Lazim - Saman Ekor Empty
PostSubject: Soalan Lazim - Saman Ekor   Soalan Lazim - Saman Ekor Icon_minitime31/7/2011, 12:12 pm

Soalan-soalan lazim mengenai keputusan Kerajaan menangguhkan sementara sekatan urusniaga bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari 2011.

Berikutan pengumuman Kerajaan untuk membenarkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu dengan menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam), Jabatan telah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam. Berikut ialah soalan-soalan lazim yang berkaitan;





Bil Perkara Jawapan
1. Apa itu saman ekor ? Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.
2 Apa perbezaan antara saman ekor dan saman-saman lain? Saman ekor ialah saman yang dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman selain daripada saman ekor merupakan gantian saman mahkamah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri).
3 Siapa yang mengeluarkan saman ekor? Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.
4 Saya telah menerima saman ekor, apakah yang perlu saya lakukan? Sekiranya anda menerima saman ekor atau Notis Pol.170A, anda hendaklah mengemukakan butiran pemandu kenderaan semasa kesalahan tersebut dilakukan.
5 Apakah butiran yang perlu dikemukakan? Butiran yang perlu dikemukakan adalah seperti yang diminta dalam notis Pol. 170A ialah:
Nama dan alamat pemandu;
No. kad pengenalan pemandu;
No. lesen pemandu;
No. telefon
Jantina pemandu;
Tarikh lahir pemandu;
Warganegara pemandu; dan
No. Pasport.
6 Bagaimana penerima saman ekor boleh memberi maklumat yang dikehendaki? Penerima saman ekor boleh mengemukakan maklumat pemandu yang berkenaan dengan melengkapkan notis yang diterima dan mengemukakannya semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Selain itu, penerima saman juga boleh hadir di Balai Polis yang berdekatan bagi mengemukakan maklumat.
7 Apakah akan berlaku sekiranya saya tidak memberi maklumat yang dikehendaki? Penerima saman ekor akan dikategorikan sebagai melakukan kesalahan kerana ingkar notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini boleh menyebabkan tuan sebagai pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan disenarai hitam oleh JPJ.
8 Mengapakah tempoh 6 bulan diberi untuk menyelesaikan saman tertunggak? Kerajaan pada 11 Ogos 2010 telah memberikan kelonggaran sehingga 28 Februari 2011 bagi memberi tempoh untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak termasuk saman ekor. Dalam tempoh ini, tindakan senarai hitam ditangguhkan bagi membolehkan pemilik kenderaan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).Selain itu, pesalah trafik juga tidak akan dikenakan sebarang mata demerit bagi saman-saman yang diselesaikan dalam tempoh ini.Saman-saman boleh diselesaikan secara ansuran atau sekali gus.
9 Apakah yang dimaksudkan pembayaran saman secara ansuran? Sekiranya individu mempunyai lebih daripada 1 saman, pembayaran saman secara ansuran boleh dibuat. Misalnya, jika individu mempunyai 5 saman, individu boleh memilih untuk menyelesaikan bilangan saman mengikut kemampuan sama ada menyelesaikan 1 saman atau lebih dalam satu-satu masa.
10 Saya telah membayar saman sebelum 11 Ogos 2010, bolehkah saya mendapat semula bayaran saman yang telah saya jelaskan? Anda tidak boleh menuntut semula bayaran saman yang telah dijelaskan kerana saman-saman tersebut tidak dilupuskan. Kerajaan hanya memberi kelonggaran untuk tujuan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
11 Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Memandu yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran? Lesen Memandu hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 1 tahun sahaja sekiranya terdapat saman tertunggak
12 Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran? Lesen Kenderaan Motor (LKM) hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 6 bulan sahaja.
13 Bolehkan Lesen Kenderaan Motor diperbaharui 2 bulan lebih awal sebagaimana amalan biasa sekiranya terdapat saman tertunggak? Adakah kelonggaran masih diberikan? Lesen Kenderaan Motor boleh diperbaharui 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kelonggaran masih diberikan kepada individu yang mempunyai saman tertunggak untuk membaharui Lesen Kenderaan Motor 2 bulan sebelum tarikh tamat. Walau bagaimanapun, tempoh sah laku Lesen Kenderaan Motor yang diberikan hanya untuk 6 bulan sahaja.
14 Apa akan berlaku kepada penerima saman yang tidak menyelesaikan saman tertunggak sebelum 1 Mac 2011? Tindakan senarai hitam dan mata demerit akan diaktifkan semula selepas tempoh kelonggaran tamat iaitu mulai 1 Mac 2011. Individu yang memiliki saman tertunggak tidak akan dibenarkan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sehinggalah semua saman tertunggak diselesaikan.
15 Apakah faedah sekiranya saman dibayar dalam tempoh kelonggaran? Individu yang membayar saman dalam tempoh kelonggaran tidak dikenakan mata demerit.
16 Di mana saya boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu saya? Jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu anda telah disenarai hitamkan, pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja.
17 Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan MyEg untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam? Pada masa ini, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja.
Walau bagaimanapun, Jabatan akan menyediakan perkhidmatan pembayaran saman di portal MyEG pada masa akan datang.
18 Sehingga bila kelonggaran pembaharuan ini diberikan? Kelonggaran untuk boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu bagi yang telah disenarai hitam diberikan sehingga 28 Februari 2011.
19 Apakah kuasa JPJ untuk menyenarai hitam saman yang dikeluarkan oleh PDRM? Di bawah Seksyen 17 (1)(d) dan Seksyen 29 (1A) Akta pengangkutan Jalan 1987, JPJ mempunyai kuasa untuk enggan memberi Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sekiranya terdapat sesuatu perkara yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM.
20 Jika saya diberi kelonggaran untuk membaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu, adakah senarai hitam kenderaan saya dilupuskan? Tidak. Kenderaan anda masih lagi berstatus
senarai hitam walaupun pembaharuan cukai jalan dibenarkan.
21 Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan dikenakan mata KEJARA? Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini (11 Ogos 2010 hingga 28 Februari 2011) tidak akan dikenakan mata KEJARA.
22 Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan diberi apa-apa diskaun bayaran kompaun?
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini tidak akan diberi apa-apa diskaun.
23 Di mana saya boleh semak senarai hitam? Semakan senarai hitam boleh dibuat melalui MyEg, Portal JPJ atau melalui kaunter JPJ berdekatan.
24 Adakah senarai hitam saya akan dilupuskan jika saya membuat bayaran ke atas saman-saman yang telah disenarai hitam? Ya. Senarai hitam atas saman Polis dan JPJ akan dilupuskan setelah semua saman-saman diselesaikan.
25 Bagaimana cara untuk saya memastikan kenderaan saya tidak disenarai hitam? Anda perlu menyelesaikan semua saman-saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ/Polis dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan tidak disenarai hitamkan
26 Saya mempunyai beberapa saman Polis yang belum diselesaikan dan dalam masa yang sama saya mempunyai 2 buah kereta yang akan tamat Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada bulan Okober dan bulan November ini. Bolehkah saya mendapat kelonggaran pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kedua-dua kereta saya ini? Boleh. Anda boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) kedua-dua kereta anda. Tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang dibenarkan ialah 6 bulan sahaja untuk setiap kenderaan.
27 Saya telah disenarai hitam oleh JPJ atas sebab saman Polis yang tidak diselesaikan. Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu saya tamat pada 28 Februari 2011. Bolehkah saya dapat kelonggaran untuk membayar cukai jalan dan lesen saya pada 28 Februari 2011 tanpa menyelesaikan saman-saman saya? Boleh. Anda dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Memandu untuk tempoh 12 bulan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh 6 bulan.
28 Saya mempunyai 10 saman, sebahagian daripada saman tersebut tidak dilakukan oleh saya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Tuan perlu membuat semakan saman di kaunter-kaunter Polis atau JPJ berhampiran.
29 Apa akan berlaku selepas 28 Februari 2011? Tiada lagi kelonggaran untuk pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu bagi orang ramai yang telah disenarai hitam.
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu hanya akan dibenarkan jika kenderaan atau orang tersebut tiada mempunyai senarai hitam.
Mana-mana bayaran saman yang dibuat selepas tarikh tersebut akan dikenakan mata KEJARA.
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 02 Disember 2010 14:02

source->> http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=94%3Asoalan-lazim-saman-ekor&catid=20%3Apenguatkuasaan&Itemid=45&lang=ms
Back to top Go down
 

Soalan Lazim - Saman Ekor

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: