SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lemas dalam kereta ibu  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lemas dalam kereta ibu  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lemas dalam kereta ibu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15059
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime7/7/2011, 9:38 am

SEREMBAN: Remuk hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang juga murid tahun empat mati akibat lemas selepas tertinggal selama lebih enam jam di dalam kenderaan miliknya, di Sekolah Rendah Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian disedari kira-kira jam 2 petang apabila mangsa, Izzah Athirah Mohd Khir, 10, dilihat masih berada di dalam kereta Perodua Alza berkenaan yang diletakkan di perkarangan kawasan sekolah terbabit.


Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Rembau berkata, anak kelima daripada lapan beradik itu pergi ke sekolah berkenaan dengan menaiki kereta dipandu isterinya, Haliza Talib, 44, kira-kira jam 6.30 pagi. “Sejurus tiba kira-kira jam 7.30 pagi, isteri saya yang juga guru di sekolah sama mahu cepat mengajar dan mengarahkan keempat-empat anak keluar dari kereta.

“Namun, Izzah (anak) dikatakan enggan keluar kereta kerana tidak memakai kasut. Selepas tamat waktu sekolah kira-kira jam 2 petang, isteri saya terkejut melihat Izzah seperti tidak sedarkan diri dan badannya terkulai. “Isteri segera menghubungi ambulans dan Izzah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensiki, semalam.


Menurut Mohd Khir, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.


Beliau berkata, dia sebelum itu sedang menghadiri mesyuarat di sekitar Port Dickson dan mengetahui kejadian berkenaan ketika dihubungi rakan sepejabatnya, kira-kira jam 3.30 petang.

“Saya diberitahu Izzah terperangkap di dalam kereta dan masih tidak mengetahui dia sudah meninggal dunia.


“Namun, apabila tiba di hospital, saya terkejut apabila dimaklumkan Izzah sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya yang reda dengan insiden memilukan itu. Kata Mohd Khir yang menetap di Taman Pinggiran Senawang, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara kecuali sempat meminta kunci Proton Iswara miliknya untuk mencari kasut, sebelum kejadian berlaku.


“Izzah bangun awal berbanding biasa dan memberitahu mahu mencari kasutnya. Saya tidak menyangka ia petanda pemergiannya yang sudah ditetapkan Ilahi,” katanya.


Menurutnya, jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yayasan Sofa, Rembau, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kecuaian penjaga dalam penjagaan anak.


“Siasatan awal mendapati mangsa berada di dalam kereta itu yang berkunci dan tingkapnya tertutup. Ibu mangsa dipercayai terlupa untuk menjenguk sebelum mendapati kanak-kanak berkenaan sudah tidak sedarkan diri,” katanya. Pada 22 Mei lalu, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.


Dalam kejadian itu, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak tertinggal dalam kereta ketika bapanya tergesa-gesa untuk mengusung jenazah kerana menyangkakan dia sudah turun untuk ke rumah sepupunya itu.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18501
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Re: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime7/7/2011, 2:55 pm

kecuaian penjaga dalam penjagaan anak.

gara2 hal yg dianggap kecil dan remeh...mnyebabkn kmatian anak sndiri...
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16592
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Re: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime7/7/2011, 4:17 pm

kecuaian membawa padah...elakkan cuai kerana menyesal tidak sudah...
Back to top Go down
dzeta88
SUPERIOR
SUPERIOR
dzeta88

Female
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : lahad datu
Tag ID: : SFC 05696
Points : 13779
Reputation : 11
Number of posts : 2716

Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Re: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime7/7/2011, 6:31 pm

kesian... tak da oksigen.. d tutup kalik semua tingkap
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15024
Reputation : 41
Number of posts : 3863

Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Re: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime7/7/2011, 8:46 pm

smnjak dua mnjak ni makin ramai ibu bapa yg lengai...kena spray nyamuk kali ibu bapanya tu
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 12803
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Re: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime7/7/2011, 9:03 pm

mmg ksian klu dpt brita macam ni,malang tidak berbau.....
Back to top Go down
Sponsored content




Lemas dalam kereta ibu  Empty
PostSubject: Re: Lemas dalam kereta ibu    Lemas dalam kereta ibu  Icon_minitime

Back to top Go down
 

Lemas dalam kereta ibu

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: