SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
RM15,000 diletak dalam kereta lesap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
RM15,000 diletak dalam kereta lesap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 RM15,000 diletak dalam kereta lesap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15051
Reputation : 31
Number of posts : 1806

RM15,000 diletak dalam kereta lesap Empty
PostSubject: RM15,000 diletak dalam kereta lesap   RM15,000 diletak dalam kereta lesap Icon_minitime6/12/2012, 5:55 pm

KUANTAN - Seorang peniaga berputih mata apabila wang RM15,000 yang ditinggalkan dalam kereta dikebas pencuri dalam kejadian pecah kereta di di Jalan Abdul Aziz, di sini, petang kelmarin.

Wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank itu diletakkan di bawah tempat duduk penumpang depan sebelum pemandunya meninggalkan kereta tersebut untuk ke sebuah restoran berhampiran.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, mangsa berusia 41 tahun itu mengeluarkan wang tersebut kira-kira jam 1 petang di sebuah bank di bandar ini sebelum singgah di lokasi kejadian untuk makan tengah hari.

Menurutnya, selepas satu jam, mangsa kembali ke keretanya dan mendapati cermin tingkap bahagian penumpang depan dipecahkan.

“Hasil pemeriksaan lelaki itu mendapati, wang yang dimasukkan dalam sampul dan disimpan di bawah tempat duduk penumpang depan lesap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nordin berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek sudah merancang sebelum bertindak dan berkemungkinan gerak geri mangsa sudah diperhatikan sebelum diekori.

“Perbuatan mangsa meninggalkan wang dalam kereta memberi kesempatan kepada penjenayah untuk bertindak memecahkan cermin tingkap dan melarikan wang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis kini giat memburu suspek terlibat.

Susulan kejadian itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak meninggalkan wang atau sebarang barang berharga dalam kenderaan.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu akan membuka peluang kepada penjenayah untuk bertindak manakala mangsa akan mengalami kerugian.

“Jika wang yang dibawa bagi tujuan tertentu, sewajarnya selesaikan urusan berkaitan terlebih dahulu sebelum singgah di tempat lain,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...lesap-1.110204
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

RM15,000 diletak dalam kereta lesap

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: