SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12155
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Empty
PostSubject: Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat   Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Icon_minitime14/4/2008, 10:13 pm

FENOMENA cuaca selalunya menjadi faktor utama keaslian cat kereta pudar dan sukar dikekalkan walaupun pelbagai cara digunakan bagi mengekalkan warna termasuk menggunakan pengilat yang mahal.

Selain keadaan cuaca yang memudarkan warna, ia memberikan kesan sampingan seperti masalah karat, terutama pada bahagian besi kereta yang terdedah akibat kemek, berpunca daripada kesan kemalangan yang tidak diperbaiki.

Pancaran matahari, hujan dan pencemaran alam sekitar sebenarnya faktor semula jadi yang tidak boleh dielakkan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengambil berat soal kereta, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah warna pudar.

Tidak hairanlah ada kereta yang masih mempunyai warna menawan dan tidak luntur walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun.

Malah, usaha terbabit tidak saya-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Dalam ruangan kali ini, kita cuba mendekati dan mempelajari beberapa teknik mudah mengenai penjagaan warna dan kebersihan kereta.

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan.

Yang penting adalah kerap mencuci kereta kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta berhabuk.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu menggunakan bahan cucian khas untuk kenderaan.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat pada kereta selain merosakkan cat asal kenderaan.

Pemilik kenderaan dinasihatkan supaya jangan sesekali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.

Untuk memudahkan cucian, gunakan kain lembut atau span sebelum menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air serta habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk.

Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.

Jika anda was-was untuk mencuci enjin, sebaik-baiknya dapatkan khidmat pencuci kereta yang mahir.

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat.

Bahan pengilat mampu menghapuskan kotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimanapun, pemilik perlu memilih bahan pengilat sesuai dengan kereta masing-masing sama ada menggunakan cat biasa atau metalik.

Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan hasil penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pengilat hendaklah diletakkan di atas span bersih sebelum menggosoknya secara sama rata pada permukaan kereta dengan gerakan bulatan.

Tunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum menggosoknya untuk menghilangkan kesan putih berkenaan.

Perlu diingatkan, jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.

Lakukan kerja mengilat di bawah tempat redup serta keadaan badan kereta tidak panas kerana ia bakal merosakkan warna kereta.

Selepas membersihkan kereta daripada debu pengilat, digalakkan supaya kenderaan dijemur di bawah panas matahari selama beberapa jam bagi memastikan lilin pengilat meresapi lapisan cat sepenuhnya supaya kenderaan kelihatan lebih berkilat.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18491
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat   Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Icon_minitime18/9/2010, 11:50 pm

100% agreed..sbun pncuci pkaian mmg bkin brkarat body kreta..karat yg kcil pn mnjdi bsar..mkin prah n kritikal..
Back to top Go down
spetnaz
JUNIOR
JUNIOR
spetnaz

Tag ID: : BIASA!!!
Points : 10740
Reputation : 1
Number of posts : 105

Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat   Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Icon_minitime28/9/2010, 2:14 pm

betul ko bro....
macam kasar bah serbuk pencuci pakaian tu..
kalau kereta selalu berembun, apa amcam?
Cool
Back to top Go down
Sponsored content




Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Empty
PostSubject: Re: Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat   Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: