SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
"Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin" Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
"Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin" Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 "Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin"

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

"Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin" Empty
PostSubject: "Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin"   "Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin" Icon_minitime6/11/2007, 2:03 am

Oleh Farihad Shalla Mahmud


"Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin" 110



SAAT MANIS: Emran dan Erra sedang memotong kek perkahwinan mereka.


Engku Emran, Erra Fazira minta majlis perkahwinan mereka diterima dengan hati yang terbuka

TERMETERAI kini ikatan suci antara dua jiwa, menyimpul cinta tatkala gelora hebat menghempas namun di penghujungnya, sinar bahagia mula menyimbah di hati pasangan popular aktres jelita, Erra Fazira dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Datuk Engku Zainal Abidin.

Bermula sudah perjalanan baru dalam hidup mereka, bukan lagi fantasi sebaliknya adalah sebuah realiti kehidupan yang akan menguji keutuhan cinta mereka apabila dilambung waktu. Betapa kuatnya kuasa cinta mereka, segala ujian sanggup direnangi dan di pelamin, Erra menjadi milik Emran.


Bukan harta yang dipandang, juga bukan gelaran atau kekayaan yang dikejar namun kejujuran yang ada pada jejaka kacak berkaca mata itu mengikat hati penyanyi, pelakon tersohor kelahiran, Sungai Choh, Rawang untuk tidak lagi berundur.

Betapa kuasa Tuhan itu terlalu besar, tiada siapa yang mampu menghalang dan di hati Emran, si pemilik nama penuh Fazira Wan Chek menemui bahagia yang dicarinya selama ini. Moga sinar bahagia itu akan terus mewarnai hidup mereka berdua, diiringi doa restu keluarga serta peminat.

Berakhir sudah episod yang menguji dan malam kelmarin di Kampung Pengantin Kuala Lumpur, Ampang kedua-dua mempelai yang




"Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin" 210

SAMA CANTIK SAMA PADAN: Raja Sehari anggun menggayakan persalinan ala Victoria rekaan Putra Aziz dari Butik Cosry serta aksesori mewah tajaan Rafflesia.


diijabkabulkan pada 25 Oktober lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Selangor diraikan dalam majlis gilang gemilang. Majlis menyambut menantu yang dikelolakan pihak lelaki itu membuktikan kehadiran Erra sebagai keluarga baru Datuk Engku Zainal Abidin Engku Ngah diterima dengan hati yang terbuka.

Bertemakan perkahwinan dalam taman, majlis yang diuruskan sendiri ibu pengantin lelaki iaitu Toh Puan Salmah Abu Bakar berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan. Disaluti persalinan gaun labuh ala Victoria, rekaan Putra Aziz dari butik Cosry dan dihiasi tiara tajaan Rafflesia bernilai RM1 juta, bekas Ratu Cantik Malaysia ini kelihatan cukup anggun malam itu apatah lagi di sebelahnya berdiri segak si suami yang dicintai berpakaian sedondon ala pahlawan siap berkeris dan bertanjak yang diselit aksesori mewah bernilai RM80 ribu.

Bagaimanapun, kesederhanaan yang cuba ditonjolkan pasangan mempelai ini nampaknya tidak disenangi beberapa pihak. Ibarat rumah siap pahat berbunyi, kononnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah sekadar untuk mengaburi mata masyarakat. Paling menyedihkan pasangan ini, mereka dikatakan hipokrit serta cakap tidak serupa bikin.

Soal hantaran berupa senaskhah al-Quran serta imej tudung yang dikenakan Erra ketika majlis pernikahan turut dipertikaikan.
Mengulas dakwaan itu, Emran secara sinis meminta mereka yang berfikiran negatif seperti itu supaya segera mengubah diri mereka.

"Apabila kami berkata majlis perkahwinan ini dilakukan dengan cara sederhana, inilah yang kami cuba tonjolkan. Hormatilah cara kami. Kami rasa perkara ini (perihal kesederhanaan) tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak. Bagi kami ini perkara (perkahwinan) baik dan lihatlah ia dari sudut positif," ulas Emran dalam nada tenang.

Berkongsi pandangan yang sama dengan Emran, Erra berkata biarpun dia akur dengan hakikat setiap pandangan manusia adalah berbeza namun dia mengharapkan agar pihak yang tidak senang dengan majlis mereka itu, menerima saja perkahwinan mereka itu dengan hati yang terbuka.

"Itu mentaliti masing-masing. Setiap orang ada pandangan mereka tersendiri. Apapun, mereka kena hormat cara kami. Namun, kita tahu, kita tak boleh nak paksa mereka untuk terima apa yang kami buat. Jadi pada saya, biarkan saja. Let it be," ringkas komen Pelakon Wanita terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini.

Mengulas fasa baru dalam kehidupan mereka berdua selepas seminggu bergelar suami isteri, Erra mengakui dia masih lagi dalam peringkat menyesuaikan diri apatah lagi Emran bekerja mengikut jadual waktu pejabat berbanding anak seni sepertinya yang bekerja tidak mengira waktu.

"Masa mula-mula tu kelam kabut juga. Iyalah, kita biasanya pukul empat petang baru hendak keluar, sedangkan masa itu suami baru hendak balik rumah. Jadi kenalah biasakan diri mengurus masa sebab itu adalah sebahagian daripada rencah hidup bersuami isteri," kata Erra yang turut berbesar hati kerana diterima dengan baik sebagai keluarga baru Engku Ngah.

Diusik pertanyaan apakah dia ingin mempunyai bilangan anak yang ramai seperti mana keluarga belah suaminya, Erra berkata dia tidak kisah berapa pun jumlah yang bakal dikurniakan malah turut bersedia menerimanya dalam jangka waktu terdekat.

Majlis penuh bersejarah ini dihadiri kira-kira 1000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan dan juga rakan artis. Antara rakan artis yang kelihatan hadir pada majlis yang bermula kira-kira jam 8.50 malam itu adalah Zahida Rafik, Ning Baizura dan tunang serta pengacara sensasi, Azwan Ali.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

"Usah pertikai cara kami buat majlis kahwin"

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: