SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 46
location : KL & KK
Points : 11836
Reputation : 0
Number of posts : 411

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 9:11 am

DI kalangan teman-teman sebayanya, sudah ramai yang menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati.
Namun, dia masih lagi bersendirian menjalani kehidupan yang masih sama pada pandangan mata kasar orang ramai.
Barangkali juga, sudah penat melayan pertanyaan yang bukan sahaja di
kalangan ahli keluarga bahkan juga teman-teman di sekeliling.
Itulah harganya bagi mereka yang belum menemui jodoh. Apatah lagi
bagi wanita popular seperti satu-satunya penyanyi rock wanita yang
disegani ramai, Ella.

Pada usia yang bakal menginjak 42 tahun, Ella secara peribadi
sebetulnya, sudah penat dan sesekali tiada upaya untuk menjawab bila
pula gilirannya untuk naik pelamin.
Ella punya segala-galanya - kecantikan, populariti, pengaruh dan
kekayaan. Namun, hanya satu yang terus didambakannya, lelaki yang boleh
menjadi teman hidupnya.
Sudah beberapa musim percintaan dilaluinya, sayang sekali semuanya tidak bertahan lama.

Dan Hits mewakili sebilangan besar peminat-peminatnya menyuarakan
hal yang sama dengan harapan artis yang pernah mencetus fenomena dengan
alunan lagu-lagu rocknya tidak berkecil hati.
Mujur, Ella seorang yang rasional. Bagai sudah mengerti apa yang
sarat di fikiran, soalan ‘cepumas’ mengenai rahsia peribadi dijawab
penuh jujur.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Semua orang mempunyai keinginan untuk berkeluarga cuma kita kena
fikirkan perkahwinan ini bukan satu perkara yang main-main.
“Kena fikir banyak kali sebelum kita berkahwin. Jangan ikut orang
nak kahwin kita pun nak kahwin. Saya kena fikir yang terbaik untuk diri
saya, sebab saya tak mahu kahwin dan cerai di kemudian hari," katanya
dalam satu pertemuan baru-baru ini.


Secara peribadi, pemilik nama sebenar Noorzila Aminuddin mengakui,
dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

“Masa akan menentukan segala-galanya. Kalau ada jodoh tak ke mana.
Apa yang boleh saya katakan sekarang saya berkawan dengan ramai orang.

“Tapi saya harap semua orang akan membuka minda dan tak memikirkan sesuatu yang negatif pada orang-orang yang tidak berkahwin.
“Janganlah fikir yang bukan-bukan dan membuat bermacam-macam
spekulasi mengenai kenalan-kenalan saya,” ujar artis yang sudah lebih
dua dekad mengharungi kehidupan sebagai anak seni itu lagi.

Barangkali juga, enggan fikirannya dibebani dengan isu perkahwinan
juga, Ella lebih senang mengalih perbualan mengenai penerokaan barunya
dalam lapangan perniagaan.
Produk kecantikan yang diasaskannya, Beauty That Rocks mendapat sambutan di luar dugaan.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap produk saya ini makin lama makin
memberangsangkan. Saya akan pastikan turun padang untuk bertemu bersama
agen dan pembeli,” kata Ella bercerita mengenai produk kecantikan yang
menjadi kebanggaannya.

Strategi pemasaran sedemikian jelas bekas vokalis kumpulan The Boys
itu merupakan pendekatan paling penting untuk memastikan para pembeli
produk berkenaan berasa dihargai.

“Saya rasa lebih jujur apabila kita berpeluang untuk bertemu dengan
mereka. Walaupun penat tapi saya akan pastikan saya mempunyai masa
untuk diluangkan bersama mereka,” katanya menyambung perbualan.
Justeru, fokus penyanyi dan usahawan ternama ini buat masa sekarang ialah pada produk kecantikan itu.

“Ini masa depan saya dan pasti saya mahu memastikan ia berjalan
dengan lancar dan baik. Saya tak mahu sekadar separuh jalan sahaja atau
membiarkannya hanyut. Saya mahu produk saya ini kekal di pasaran dan
diterima oleh khalayak semua,” ikrar Ella lagi.
Tidak mudah melatah
Sekitar tahun lepas, Ella muncul dengan album baru berjudul Rama-Rama dengan keberanian Ella menampilkan pelbagai perubahan.
Lantaran perubahan yang ditampilkan, album berkenaan menjadi perbualan ramai.

Sebagai orang yang sentiasa berani menyahut cabaran, Ella
berpendapat, dia tidak perlu khuatir dan cemas dengan senario tersebut.

Sebaliknya, penyanyi yang diuruskan kerjaya seninya oleh kakak
tercinta, Jojie ini optimis peminat-peminat setianya akan menerima
segala perubahan yang ditampilkannya.

“Setiap orang perlu buat perubahan untuk kepuasan dan kebaikan diri
sendiri. Sama ada mereka terima atau tidak terpulang kerana saya tak
boleh nak penuhi kehendak semua pihak.

“Saya masih juga mahu menarik perhatian peminat lama tapi dalam masa
yang sama menerusi perubahan yang saya lakukan saya dapat menarik
peminat baru,” terang Ella mengenai rasional perubahan yang
dilakukannya.
Pada masa yang sama, Ella berjanji dia akan terus menerapkan elemen-elemen baru setiap kali muncul dengan album baru.
Perubahan kata Ella juga, amat penting kerana kerjaya seninya harus seiring dengan tuntutan dan selera muzik kontemporari.

“Saya sanggup mengambil risiko dalam setiap perubahan yang saya buat
kerana kalau tidak pastinya hidup saya juga bosan dan peminat juga
mudah jemu,” ucap Ella yang pernah popular menerusi lagu Sembilu dan
Layar Impian ini lagi.

Dalam pada itu, jelas penyanyi berbintang Leo ini, dia kini sedang
dalam perbincangan bersama syarikat rakaman untuk menghasilkan album
baru.
“Semuanya masih dalam perbincangan dan saya akan terus berkarya
kerana seni sudah sebati dengan jiwa saya biarpun pada masa yang sama
saya sibuk memberi tumpuan pada perniagaan,” janji Ella sekali lagi.

Oh ya sebelum terlupa, Ella juga sempat memaklumkan sebelum muncul
dengan album baru juga dia mahu memastikan berat badannya diturunkan
kerana azam penyanyi itu dia mahu mendapatkan berat badan yang ideal!




"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Main_story_gradient_bottom
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12013
Reputation : 0
Number of posts : 2370

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 9:16 am

Ella, org tua2 ckp, kawen lambat2 risiko mau branak tinggi..... 8)
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11829
Reputation : 0
Number of posts : 1246

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 9:19 am

ya betul 2 codeng saya sokong kamu hehehhe aku pun belum kawin bah
Back to top Go down
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 46
location : KL & KK
Points : 11836
Reputation : 0
Number of posts : 411

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 9:27 am

Btul tu codeng....lgpun nanti dia sda berumur sgt..anak masi baby kan...Lambat bha jodoh c ella ni..syg kan dia nie cute bha...
Tapi maybe ella ni tergolong dlm jenis yg tdk mo anak kali kan...mcm Anita Sarawak ckp dia tdk kisah kalu teda anak pun..

Tp sa sendri pun takut oooo jd mcm ella nie... Cepat2 la sa bertemu jodoh nie. Nda jgk sunyi bila tua kan....at least ada pewaris bha kan... What a Face
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11733
Reputation : 0
Number of posts : 2142

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 9:40 am

seperti nyanyian ella...jagalah diri,jagalah diri selalu......tuh yang terlampau jaga tu sampai belum kahwin..hehehe
Back to top Go down
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 38
location : kk bah....
Points : 11706
Reputation : 0
Number of posts : 967

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 10:37 am

kawin la ella nanti tua teda suda urg mau...........

<----- tgk mcm saya
Back to top Go down
shahrul_sky
REGULAR
REGULAR
shahrul_sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Taman Bersatu Putatan
Tag ID: : SFC00119
Points : 12413
Reputation : 3
Number of posts : 496

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 12:00 pm

anip wrote:
kawin la ella nanti tua teda suda urg mau...........

<----- tgk mcm saya

ko sudah kahwin kah..?? hehehe..

alah ella ni dari dulu lagi, ni jak soalan panas yg diajukan dgn dia.. tidak tahu masi 'under warranty' kah atau 'expired' udah c ella ni.. apa udah cerita kakaknya c jojie.. sama jugak still bujang..??
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12228
Reputation : 3
Number of posts : 1457

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 1:56 pm

makin tua udah...tdk juga mahu kawin2.....
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 11894
Reputation : 0
Number of posts : 478

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime13/6/2008, 2:01 pm

Ada jodoh manusia cepat...ada jgk yg lambat sgt2...Jodoh blum smpai lg la tue...

Tp jgn saja ella nie terlalu memilih la ya..@ takut dgn komitmen...

Coz ada sesetengah manusia yg tdk suka dgn komitmen lebih selesa tdk kwin smpai ke tua...
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12013
Reputation : 0
Number of posts : 2370

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime14/6/2008, 9:41 am

Dvivie99 wrote:
Btul tu codeng....lgpun nanti dia sda berumur sgt..anak masi baby kan...Lambat bha jodoh c ella ni..syg kan dia nie cute bha...
Tapi maybe ella ni tergolong dlm jenis yg tdk mo anak kali kan...mcm Anita Sarawak ckp dia tdk kisah kalu teda anak pun..

Tp sa sendri pun takut oooo jd mcm ella nie... Cepat2 la sa bertemu jodoh nie. Nda jgk sunyi bila tua kan....at least ada pewaris bha kan... What a Face
aku kan ada vivie cyg.... Very Happy
biarla aku ja jd pewaris harta ko 2, :twisted:
dsamping mjaga ko smpai akhirnya, n mberikan ko anak yg cute mcm aku sndiri... Laughing
Back to top Go down
cherry_cutiey
JUNIOR
JUNIOR
cherry_cutiey

Female
Age : 35
location : KL
Points : 12074
Reputation : 0
Number of posts : 215

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime20/6/2008, 5:47 pm

deeee..
andartu..
hermm
Back to top Go down
http://cherrybunny.fotopages.com
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12200
Reputation : 0
Number of posts : 1268

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime20/6/2008, 5:51 pm

jgn tak kawin.. best apa klu ada anak? Very Happy tp aku memang ngan Ella ni--> buka Abu Bakar Ellah yek What a Face
Back to top Go down
kuai
MODERATOR
kuai

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 03039
Points : 11620
Reputation : 0
Number of posts : 1258

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime23/6/2008, 11:18 am

ella tatap mantap jua bha even blm kawin...
Back to top Go down
Sponsored content




"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Empty
PostSubject: Re: "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA   "KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA Icon_minitime

Back to top Go down
 

"KAHWIN?? KENA FIKIR DULU" - ELLA

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: