SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bapa tegur aksi Faizal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bapa tegur aksi Faizal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bapa tegur aksi Faizal

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime21/11/2007, 4:24 pm

Oleh Norhadiani Baharom




Ketika dua lagu dendangannya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta diumumkan layak ke Peringkat Akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, Ahad lalu, seronoknya Faizal bukan kepalang.

Sehinggakan, aksi meluncur (slide) dianggap keterlaluan kerana lebih sudu dari kuah berbanding komposer dan penulis lirik.

"Mengapa orang suka salah faham? Salahkah saya mewakili kegembiraan pencipta lagu walaupun saya bukanlah komposer atau penulis lirik lagu itu. Yang pasti aksi meluncur (slide) berlaku secara spontan bukan disengajakan untuk meraih perhatian ramai.

"Ketika itu saya amat terkejut hinggakan memberi ucapan pun saya tidak mampu. Malah saya berani bersumpah ketika pengacara ingin mengumumkan lagu terakhir layak ke final balada, hanya dua lagu terlintas di fikiran saya.

"Kalau tidak lagu Bisakah dari Datuk Siti Nurhaliza mungkin Hilang dari Diddy. Namun apabila pengacara menyebut Mahakarya Cinta akan ke final, saya terkejut. Tidak pula saya menafikan kehebatan lagu ciptaan Audi Mok ini.

"Namun memikirkan Siti satu nama besar sementara Diddy mempunyai lagu yang hebat membuatkan saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap Mahakarya Cinta," katanya.

Selain, Mahakarya Cinta hasil ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Mohd Shariza Shamsiri sebuah lagu dendangan naib juara OIAM ini yang layak ke final balada adalah Kasih Tercipta nukilan Ajai dan pengarah terkenal Shuhaimi Baba selaku penulis liriknya.

Katanya lagi, aksi meluncur itu sudah menjadi 'trademark' nya dan dia sering lakukan dalam setiap persembahan sebelum ini. Ia juga sebagai satu cara menunjukkan penghormatan kepada penonton yang memberi sokongan padu.

Berhubung kelakuannya yang dikatakan 'over', Faizal memberitahu, orang pertama yang menegurnya bapanya sendiri Dr Mohd Tahir.


"Kiriman SMS yang berbunyi 'well done, but next time be more cool'. Saya tidak sangka bapa saya boleh berkata begitu walaupun dia sebenarnya tahu saya memang macam ini.


"Namun saya faham mungkin dia berkata begitu kerana bimbang orang luar tidak dapat menerimanya kerana mereka tidak kenal sikap saya sebenarnya.

"Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf secara terbuka, ikhlas dari hati kepada semua yang tersinggung dengan perbuatan saya. Saya tidak berniat dan tidak terfikir mendapat perhatian ramai," katanya.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
budaknakal66
REGULAR
REGULAR
budaknakal66

Age : 39
location : Kajang
Points : 12233
Reputation : 0
Number of posts : 429

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime22/11/2007, 2:52 pm

ala...ter'xcited' la tu...xpe lar..da mintak maf pn....jgn wat lg da la....huhuhuhu
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12265
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime22/11/2007, 8:36 pm

biase la kalau da excited... mcm2 leh jd.. lum lagi mng AJL... haha Laughing
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime22/11/2007, 9:36 pm

mmg ari tu dia ni nmpk eksen melebeh2 n temberang pun..
baik2 ada peminat, byk suda x suka..
sya pun mmg x minat n suka dia ni sejak dr dlu lg.. gun
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 834

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime23/11/2007, 12:08 am

Aku minat lagu dia je.....bkn org dia.....
klu OTAI,xpa gak.......
Back to top Go down
Luis Garcia
SENIOR
SENIOR
Luis Garcia

Male
Age : 38
location : labuan/sandakan
Tag ID: : 128
Points : 12406
Reputation : 0
Number of posts : 536

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime24/11/2007, 12:59 am

ala biar la dia........ teda manusia yg sempurna ba......kan????
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 834

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime24/11/2007, 1:37 am

Tapi...sebelum buat...
fikir2lah dulu...
dah d beri akal fikiran....
x d nafikan manusia ni
x sempurna.....
Back to top Go down
pu3aan
FRESHIE
FRESHIE
pu3aan

Female
Age : 39
location : parit raja, batu pahat
Points : 12144
Reputation : 0
Number of posts : 16

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime26/11/2007, 3:42 pm

xminat lgsg ngn die..tp lagu ok la..
Back to top Go down
http://pu3aan.blogspot.com
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12126
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime26/11/2007, 6:55 pm

aku minat kat muka dia je..lagu dia kira orait jugaklah.. 8)
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12195
Reputation : 3
Number of posts : 677

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime26/11/2007, 7:47 pm

bahayalah ko ni sakura.hahaha.

cuba bayangkan datuk siti yang meluncur.ndak ke tediam satu dewean tu
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14734
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime26/11/2007, 8:25 pm

aku dapat agak perangai dia ni, time dia kena panggilan hangit dkt siaran radio hot fm. punyalah banyak kata² dia kena sensored... macam macam makin hamun dia kuarkan... memang tak cool artis ni... cepat over!
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12648
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime26/11/2007, 11:05 pm

at least bapa dia yg 1st tegur dia....
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
bez_boy06
REGULAR
REGULAR
bez_boy06

Male
Age : 33
location : Labuan
Points : 12048
Reputation : 0
Number of posts : 253

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime27/11/2007, 7:54 am

bapa siapa tegur faizal????? di mana??????
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime27/11/2007, 11:24 am

bez_boy06 wrote:
bapa siapa tegur faizal????? di mana??????

lain kali baca topic dlu baru buat posting..
cuba ko try test scroll p atas skali..
lps tu ko baca posting smpi abis.. malu
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime27/11/2007, 11:25 am

Faizal Tahir kenalah berhemah sikit, jangan 'over'

[url=mailto://][/url]

MALAM hujung minggu lalu, Kak Pora sempat juga tengok Muzik Muzik separuh akhir kategori Balada, tapi bukanlah secara live, cukuplah sekadar menonton di televisyen bersama anak-anak. Meriah juga bila tengok menerusi TV. Tidak dinafikan, semua lagu yang dipertandingkan best belaka.

Setiap lagu yang didendangkan, Kak Pora cuba untuk jadikannya sebagai lagu yang tersenarai dalam pertandingan akhir nanti. Tapi tak bolehlah macam tu. Jadi, Kak Pora pun tunggu dan lihat sajalah lagu mana yang akan dipilih juri. Jangan lupa, seorang daripada jurinya ialah kawan Kak Pora, Adam Salleh.

Nak dijadikan cerita, semasa pengumuman lagu mana yang bakal berentap ke peringkat akhir, Kak Pora sudah berkira-kira lagu nyanyian Faizal Tahir, iaitu Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta menjadi saingan hebat kepada lagu yang dipertandingkan dapat masuk ke final. Selepas satu daripada lagu nyanyian Faizal diumumkan layak, Kak Pora sudah bertepuk tangan. Bukannya apa, Kak Pora memang minat sangat dengan lagu ciptaan Ajai dan Audi Mok itu. Lebih-lebih lagi lagu nyanyiannya, bersesuaian sangat dengan vokalnya.
Pada masa sama, selepas tiga lagu dipilih, Kak Pora menunggu juga lagu nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza sama ada dipilih atau tidak. Tetapi nyata, keputusan juri berpihak kepada lagu kedua Faizal, Maha Karya Cinta. Gembira bukan kepalang. Tapi tiba-tiba penonton di studio dan di rumah mungkin, dikejutkan dengan aksi Faizal yang Kak Pora rasa keterlaluan dan tak sesuai. Daripada suka dengan penyertaannya, terus rasa jelik pula.
Kenapa nak tunjuk aksi gembira sampai macam itu, tergedik-gedik, sampai nak buat aksi slide macam tu? Tak kena sangat kelakuan itu pada tempatnya. Itu pun baru menang separuh akhir, apa yang hebat sangat? Orang lain yang dah beberapa kali menang final biasa saja, angkat dan lambai tangan, senyum dan ucap terima kasih cukuplah.

Kami semua tahu, lagu yang awak nyanyi dua-dua masuk final. Gembira? Memang gembira tapi berpada-pada lah. Banyak cara boleh tunjukkan kegembiraan awak tu. Dalam fikiran Kak Pora, sudah boleh agak, ramai orang yang tidak suka melihat aksinya itu.

Sah! Ramai yang mencebik bibir. Rata-rata kawan Kak Pora kata, aksi itu tidak ada etika dan kurang sopan. Penggubah dan penulis lagu opun kalau menang tak perlu buat macam itu. Faizal hanya ditugaskan untuk menyanyi lagu mereka tapi dia pula yang syok terlebih. Kak Pora rasa, aksi Faizal itu sedikit sebanyak mencalar hati penyanyi, komposer lagu dan penulis lirik yang tidak berjaya ke peringkat akhir. Kalaulah Faizal hanya tergamam sambil menekup mulut, Kak Pora rasa itu akan bersopan, menyelamatkan Faizal daripada jadi bahan bualan dan cemuhan.

Kak Pora ada terbaca dalam Harian Metro mengenai Faizal yang meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak. Baguslah tu, sekurang-kurangnya, teguran dan kritikan yang awak terima macam ini dijadikan panduan dan peringatan supaya lepas ini tidaklah ‘over acting’ lagi. Seronok boleh tapi berpada-padalah dan tengok tempat dulu.

KAK PORA: Jangan sampai ada artis kalau dah menang di final, buka baju berlari keliling padang macam pemain bola.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Intan Nuraini
SENIOR
SENIOR
Intan Nuraini

Female
Age : 32
location : labuan
Points : 12068
Reputation : 0
Number of posts : 592

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime27/11/2007, 5:16 pm

peduli lah org...
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12420
Reputation : 0
Number of posts : 649

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime27/11/2007, 7:45 pm

no komen...
Back to top Go down
bez_boy06
REGULAR
REGULAR
bez_boy06

Male
Age : 33
location : Labuan
Points : 12048
Reputation : 0
Number of posts : 253

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime28/11/2007, 9:56 am

same juga no komen lah..............
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 834

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime2/12/2007, 2:06 am

Apalah ko ni boy....
komen lah cikit...ni x...
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime3/12/2007, 1:07 am

Faizal janji tak 'over' lagi

Oleh Rudy Imran Shamsudin



SEKALIPUN sudah memberikan penjelasan berkaitan aksinya yang dikata 'over' di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 22 kategori balada, Faizal Tahir, 29, terus menerima kritikan pelbagai pihak.











Ekoran aksinya menjadi isu hangat menyebabkan majlis pelancaran album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu (AMK) diadakan baru-baru ini seolah-olah tidak diberikan perhatian.

Wakil media yang hadir mahu penyanyi berasal dari Ampang, Kuala Lumpur itu memberikan penjelasan lanjut. Ia secara tidak langsung mengheretnya ke dalam isu kurang menyenangkan.

"Saya tidak marah, apatah lagi berkecil hati dengan kritikan itu. Cuma seperti yang saya tegaskan sebelum ini, apa yang saya lakukan pada malam separuh akhir itu di luar pertimbangan saya.

"Sebenarnya saya mudah teruja dan sebab itu sebaik lagu Mahakarya Cinta diumum layak ke Anugerah Juara Lagu 22, sepantas kilat saya beraksi begitu. Ia memang sudah menjadi 'trademark' saya.

"Kalaupun mahu dikata saya lupa diri tidak juga kerana ketika diminta beri ucapan, saya turut memperkenalkan Audi Mok selaku penciptanya dan Syah Shamsiri penulis lirik. Malah saya minta penonton beri tepukan kepada mereka sebagai penghargaan daripada saya," katanya.

Peristiwa yang berlaku bagaimanapun kata Faizal banyak memberinya pengajaran. Tambahnya selepas ini apa yang penting dia harus lebih sensitif terhadap pandangan orang luar mengenai dirinya.

Faizal yang bakatnya dicungkil menerusi One In A Million (OIAM) menyarankan agar kebanyakan penyanyi tidak hanya menghasilkan album untuk mendapatkan wang dan populariti saja.

Sebaliknya, Faizal mengharapkan mereka serius membabitkan diri dalam pembikinan album bagi mendapatkan ilmu bagi memastikan industri rakaman tanah air masih terus bernafas.

"Saranan saya ini berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang proses menghasilkan AMK. Mengambil contoh di peringkat awal saya mahu meletakkan semua lagu ciptaan sendiri dalam AMK.


"Selepas dinilai kembali, saya berasakan ia agak keterlaluan dan pada waktu sama jika saya tidak bekerja dengan orang lain, saya khuatir ia akan menjadi album syok sendiri.


"Sebagai penyanyi, ilmu penting dalam pembikinan lagu kerana ia akan memberikan pendedahan di samping penyanyi itu sendiri tahu apa yang dia mahukan dalam muzik dibawakan," katanya lagi.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 834

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime3/12/2007, 1:48 am

NI lah kehidupan sbagai
anak seni...ada salah je mesti jdi gosip hangat.....
aku x nk lah jd anak seni....
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime3/12/2007, 7:37 pm

tu lah tu.. apa lg klu kesalahan tu sengaja dilakukan..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 834

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime3/12/2007, 9:31 pm

NI lah....nk jadi artis ni tiap yg berlaku mesti heboh...
susalah nk cakap....
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime4/12/2007, 12:10 am

kdg2 sengaja supaya heboh..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 834

Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime5/12/2007, 2:16 am

Mkin nk menarik perhatian org lain.....
biasalah mcm2 teknik....
Back to top Go down
Sponsored content




Bapa tegur aksi Faizal Empty
PostSubject: Re: Bapa tegur aksi Faizal   Bapa tegur aksi Faizal Icon_minitime

Back to top Go down
 

Bapa tegur aksi Faizal

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: