SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Papita mungkin gugur Faizal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Papita mungkin gugur Faizal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Papita mungkin gugur Faizal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12165
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Papita mungkin gugur Faizal Empty
PostSubject: Papita mungkin gugur Faizal   Papita mungkin gugur Faizal Icon_minitime17/1/2008, 5:14 pm



Oleh Ramlah Zainal dan Wan Asrudi Wan Hasan



TINDAKAN penyanyi Faizal Tahir membuka baju dan tali pinggang ketika mengadakan persembahan konsert Ahad lalu, turut menggugat peluangnya menjayakan persembahan sempena majlis anjuran Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita).
Perkara itu dimaklumkan Presiden Papita, Datuk M Daud Wahid yang menyifatkan perkara itu sepatutnya tidak berlaku kepada penyanyi berbakat yang suatu ketika dulu bersama sebuah kumpulan nasyid sebelum memilih haluan sebagai penyanyi solo.

Mengikut perancangan, penyanyi berbakat yang menyerlah selepas muncul naib juara pertandingan realiti nyanyian One In A Million (OIAM), turut dicadangkan kepada ahli majlis untuk mengadakan persembahan pada Majlis Anugerah Tinta Gafim yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 15 Mac depan.

Menurut M Daud, majlis berkenaan yang mengiktiraf sumbangan golongan penggiat seni dan pihak media dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi Presiden, Datuk Mustapha Maarof sudah meminta pihaknya menyenaraikan beberapa artis untuk mengadakan persembahan pada majlis itu termasuk menyenaraikan nama penyanyi merangkap pengacara itu.

“Kami melihat dia (Faizal) sebagai seorang artis yang masih muda dan berpotensi besar dalam industri ini. Oleh kerana perilaku seperti ini menyebabkan peluangnya terjejas. Kini terpulang kepada pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa untuk menilai perkara itu.

“Saya juga berasa kesal dengan tindakannya itu. Perkara itu tidak sepatutnya terlepas untuk siaran kerana selain membabitkan ramai penonton remaja yang menganggap artis adalah idola mereka ia turut disiarkan secara langsung,” kata M Daud ketika ditemui kelmarin.

Tambahnya, pihak penganjur juga dijangka menilai dan mengadakan sidang akhbar berhubung majlis itu tidak lama lagi.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Harapan, Fazli Zainal pula meminta Papita supaya tidak menggugurkan nama Faizal untuk beraksi sempena Majlis Anugerah Tinta Gafim berkenaan.

“Saya memang tidak setuju dengan tindakannya membuka baju pada konsert berkenaan kerana ia melanggar garis panduan yang ditetapkan dalam mana-mana konsert di negara ini.

“Bagaimanapun, Faizal perlu diberi peluang sekali lagi kerana dia artis yang berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh hingga ke peringkat antarabangsa.


“Jika persatuan artis senarai hitamkan namanya dalam mana-mana persembahan, saya bimbang ia akan menutup terus pintu rezekinya dalam bidang seni.


“Sepertimana yang kita tahu, industri seni tanah air memang ketandusan artis muda berbakat besar sepertinya.

“Mungkin Faizal perlu ada penasihat yang boleh menjelaskan padanya garis panduan dalam mana-mana persembahan dijayakan selepas ini.

“Kita patut memberi peluang padanya kerana dia sudah pun menyesal atas perbuatannya itu dan berjanji tidak mengulanginya lagi pada masa depan,” katanya.

Penyanyi popular, Noryn Aziz juga meminta Papita supaya mempertimbangkan semula untuk menggugurkan nama Faizal dalam majlis yang dianjurkannya itu.

“Faizal perlu diberi peluang sekali lagi kerana dia adalah penyanyi yang bagus dan mampu pergi lebih jauh dalam bidang seni.

“Jika Papita mengambil keputusan seperti itu, saya bimbang persatuan lain akan mengambil tindakan yang sama dan seterusnya akan hilanglah anak seni berbakat sepertinya.

“Sebagai manusia biasa, kita memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan janganlah menghukumnya sedemikian rupa.

“Apatah lagi, Faizal sudah berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas ini dan kita patut memaafkannya.

“Bagaimanapun, selepas insiden ini, Faizal sepatutnya lebih peka dengan adat dan budaya kita sebagai masyarakat Timur dalam mana-mana persembahan yang dijayakannya selepas ini.

“Sebagai artis, dia perlu sedar setiap gerak gerinya mendapat perhatian masyarakat,” katanya.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Papita mungkin gugur Faizal

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: