SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12652
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime18/2/2008, 12:11 am

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah
sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12157
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Re: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime18/2/2008, 6:51 am

Terima kasih atas motivasi ini Very Happy ingatlah para wanita jangan suka berleter ya dont
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12652
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Re: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime18/2/2008, 9:46 am

rynjeff wrote:
Terima kasih atas motivasi ini Very Happy ingatlah para wanita jangan suka berleter ya dont


muehehehhe.... jgn kuat berleter ka? pale pale
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
PsychoMan
FRESHIE
FRESHIE
PsychoMan

Male
Age : 78
location : Out Skirt Penang
Points : 11876
Reputation : 0
Number of posts : 48

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Re: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime20/2/2008, 11:23 am

betol2...para2 suami tak suka berleter.... sakit tinger Laughing
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12199
Reputation : 3
Number of posts : 677

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Re: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime20/3/2008, 10:23 pm

lelaki kalo tak ngam crita .......ambik kunci.....cabuuuuuuutttt!!!!!!!!!.kan bagus tak jadi gaduh.hehehe.
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12424
Reputation : 0
Number of posts : 649

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Re: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime21/3/2008, 5:12 pm

ya...cabuttttttttt!!!!!!!!!!!!
Back to top Go down
Sponsored content




Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Empty
PostSubject: Re: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki   Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki Icon_minitime

Back to top Go down
 

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Fakta kecoh-
Jump to: