SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Penjagaan Jantung Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tip Penjagaan Jantung Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tip Penjagaan Jantung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14694
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Tip Penjagaan Jantung Empty
PostSubject: Tip Penjagaan Jantung   Tip Penjagaan Jantung Icon_minitime19/7/2008, 10:59 am

Tip Penjagaan Jantung

JANTUNG merupakan salah satu organ yg amat penting terdapat dlrn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, utk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kpd jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada utk mengepam darah yg mencukupi bagi kegunaan sel2 tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yg tidak sihat, sebahagian besar dpd kita cenderung utk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yg dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara2 maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang.

Bagaimanakah caranya?
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak2 lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak. Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku2 mengenai hal yg sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yg ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dlm buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kpd nilai yg sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disbbkan oleh makanan berlebihan yg mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yg memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yg tinggi dlm makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kpd lemak yg berkumpul p**a pada bahagian2 tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja2 jantung.

Pemakanan
Bagi mereka yg ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yg kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yg mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dlm penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yg dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur2an seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah2an adalah baik utk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya. Seperkara lagi yg berkaitan dgn pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih2 lagi hati.

Berhenti merokok
Majoriti mereka yg mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yg merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik utk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yg ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yg dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dpt mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dpt membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dgn bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/ tekanan darah tinggi sering dikaitkan dgn amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yg sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
ladymariah
JUNIOR
JUNIOR
ladymariah

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : KK
Points : 11852
Reputation : 0
Number of posts : 110

Tip Penjagaan Jantung Empty
PostSubject: Re: Tip Penjagaan Jantung   Tip Penjagaan Jantung Icon_minitime19/7/2008, 11:20 am

merokok tu bah hehehehehe berenti lah semua... Very Happy
bersama menjaga jantung anda 8)
Back to top Go down
http://ladymariah.wordpress.com/
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 11596
Reputation : 0
Number of posts : 1494

Tip Penjagaan Jantung Empty
PostSubject: Re: Tip Penjagaan Jantung   Tip Penjagaan Jantung Icon_minitime22/7/2008, 7:25 pm

kc tinggal ja jantung d rumah klu mo kluaR HE..YUHU
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12204
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Tip Penjagaan Jantung Empty
PostSubject: Re: Tip Penjagaan Jantung   Tip Penjagaan Jantung Icon_minitime23/7/2008, 2:16 pm

ladymariah wrote:
merokok tu bah hehehehehe berenti lah semua... Very Happy
bersama menjaga jantung anda 8)



tengok ajal juga tu... huhuhuhuhuhu.... tongue
Back to top Go down
Sponsored content




Tip Penjagaan Jantung Empty
PostSubject: Re: Tip Penjagaan Jantung   Tip Penjagaan Jantung Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tip Penjagaan Jantung

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: