SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Anwar ditahan polis Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Anwar ditahan polis Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Anwar ditahan polis

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 737

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:19 pm

Anwar ditahan polis

16/07/2008 1:20pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berhampiran kediamannya di Segambut dekat sini pukul 1 tengah hari ini.
Difahamkan sepasukan anggota komando lengkap dengan topeng dan jaket memintas kereta Anwar di simpang berdekatan rumahnya sekembali beliau daripada memberi keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. - Utusan.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 737

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:22 pm

Anwar tiba di IPK KL pukul 1.15 tengah hari

16/07/2008 2:02pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan kenderaan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini untuk memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkannya tepat pukul 1.15 petang ini.
Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar untuk hadir memberi keterangan di IPK sebelum pukul 2 petang ini atau berdepan dengan tindakan ditahan selepas polis mengeluarkan waran tangkap.
Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat beberapa kali oleh bekas majikannya itu termasuk kali terakhir dua hari sebelumnya.
Anwar adalah suspek dalam kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
Isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama anak bongsunya menyusul kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.
Peguam Anwar, Sankara Nair tiba kira-kira 10 minit sebelum itu. Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ahli Parlimen PKR mula tiba secara berasingan selepas itu.
Pagi ini, Anwar memberi keterangan ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam laporan 1 Julai lalu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani memalsukan bukti penyiasatan insiden “mata lebam” melibatkannya pada 1999.
Musa merupakan pegawai penyiasat manakala Abdul Gani mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Musa dan Abdul Gani telah memberi keterangan kepada BPR pada 11 Julai lalu. – Utusan.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 737

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:23 pm

Wan Azizah kesal cara Anwar ditahan

16/07/2008 2:18pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis kira-kira pukul 1 petang ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut, sekembalinya daripada ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.
Ketua Pembangkang itu berkata, suaminya memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon daripada dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
``Anwar memberitahu beliau sedang dibawa oleh pihak polis. Saya beritahu Anwar yang saya nak bergegas berjumpanya namun Anwar pesan supaya saya pulang ke rumah terlebih dahulu untuk melihat anak-anak.
``Saya kesal dengan cara polis yang tak `gentle ' sedangkan Anwar baru sahaja menjalani pembedahan dan mengalami masalah sakit belakang,'' katanya ketika ditemui pemberita sejurus sidang Dewan Rakyat berhenti rehat tengah hari ini.
Wan Azizah bersama anak bongsunya kemudian dilihat tiba di IPKKL pukul 1.30 tengah hari.
Antara pemimpin pembangkang yang awal tiba di ibu pejabat polis itu ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Whip pembangkang yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba kira-kira pukul 1.58 petang disusuli Penasihat DAP, Lim Kit Siang 10 minit kemudian.
Karpal Singh yang ditemui pemberita menyifatkan tindakan polis menahan Anwar sebagai kasar.
Beliau mempersoalkan kenapa pihak polis perlu mengambil tindakan sedemikian dan menegaskan akan cuba membebaskan Anwar secepat mungkin
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 737

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:23 pm

Anwar mula disiasat pukul 2.50 petang

16/07/2008 3:52pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim mula disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan liwat melibatkannya di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pukul 2.50 petang ini.
Anwar yang ditahan oleh sekumpulan anggota polis komando bertopeng pada pukul 1.05 petang dan dibawa menaiki kenderaan ke IPK 10 minit kemudian, hanya dibenarkan ditemani salah seorang peguamnya, R. Sivarasa.
Seorang lagi peguam, Sankara N. Nair yang sempat menemui Anwar sebelum itu, ketika ditemui pemberita yang berkumpul di pekarangan IPK memberitahu, anak guamnya disiasat sebagai suspek di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu kes meliwat tanpa kerelaan.
Beliau dan ahli keluarga Anwar tidak dibenarkan menemani anak guamnya itu sepanjang sesi soal siasat itu.
Bagaimanapun, sebelum itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya termasuk Nurul Izzah dibenarkan bertemu dengan Anwar.
Wan Azizah dan Nurul Izzah serta adik-beradiknya keluar bersama peguam Anwar dari bangunan IPK pada pukul 2.38 petang.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu pemberita, beliau dan wakil-wakil pakatan pembangkang lain bergegas datang dari Parlimen sebaik sahaja mendengar berita penahanan itu.
Mereka bagaimanapun hanya dibenarkan berkumpul di kantin bangunan IPK dan tidak dibenarkan berjumpa Anwar. – Utusan.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 737

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:24 pm

Musa enggan komen penahanan Anwar

16/07/2008 6:00pm

SEPANG 16 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas mengenai cara polis yang menggunakan pasukan komando bertopeng untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang ini, Musa tidak mahu menjawab sebarang soalan mengenai penahanan Anwar berhubung kes liwat itu.
Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:
“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”
Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:
“Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen,” katanya.
Musa baru pulang dari Brunei kerana menerima Pingat Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama sempena Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Darul Iman, Bandar Seri Begawan semalam. – Utusan.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 737

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:25 pm

KDN nafi Anwar dikasari

16/07/2008 7:07pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa polis bertindak kasar ketika menahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perkara itu tidak berlaku kerana Anwar telah memberikan kerjasama ketika ditahan dan beliau juga memasuki kenderaan polis secara sukarela.
``Ketika ini Anwar dalam tahanan, tetapi sebelum ditahan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Saya rasa tiada kejadian tidak diingini (berlaku)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas penahanan Anwar oleh polis pada pukul 1.05 petang ini dan dibawa menaiki kenderaan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan ditemani peguamnya, R. Sivarasa.- Utusan.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
xtrapain88
JUNIOR
JUNIOR
xtrapain88

Male
Age : 36
location : putatan sabah
Points : 11569
Reputation : 0
Number of posts : 175

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 8:35 pm

kesian gua tengok si anwar....
macam kena tuduh jer anwar ni........pasal tak puas ati ker???
huhu
sudah la tu............anwar dah insaf dah ni
Back to top Go down
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12259
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime16/7/2008, 9:50 pm

xtrapain88 wrote:
kesian gua tengok si anwar....
macam kena tuduh jer anwar ni........pasal tak puas ati ker???
huhu
sudah la tu............anwar dah insaf dah ni

mana ko tahu dah insaf...
ko kawan baik dier ka......
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 11979
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime17/7/2008, 10:18 am

payah jugak bah dia org ni...mau minta simpati pun ada.minta puji pun ada...nilah dunia politikkan
Back to top Go down
ladymariah
JUNIOR
JUNIOR
ladymariah

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : KK
Points : 11876
Reputation : 0
Number of posts : 110

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime17/7/2008, 3:29 pm

datuk seri anwar sudah dibebaskan pagi tadi 9.45am
Back to top Go down
http://ladymariah.wordpress.com/
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14718
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime17/7/2008, 3:35 pm

Anwar bebas dengan ikat jamin
Jul 17, 08 9:30am

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dengan ikatjamin pagi ini.

Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.

Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.

Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Awal pagi ini, peguam Sankara Nair memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.

Menurutnya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen malam tadi.

Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur. Mereka beredar bersama Anwar 15 minit kemudiannya.

Anwar sedang berihat di rumahnya manakala para petugas media, termasuk media asing, sedang menunggu di luar.

Pada kira-kira jam 10.45 pagi, Wan Azizah dan anak sulungnya, Nurul Izzah keluar dari rumah tersebut.

"Suami saya dalam kesakitan," kata presiden PKR itu sebelum beredar keluar.

Sampel DNA

Sementara itu, Sankara berkata, Anwar tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana beliau khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini.

"Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi," kata Nair dalam laporan Bernama.

Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela.

Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.

Bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Anwar telah memfailkan saman mendakwa Mohd Saiful membuat laporan palsu.

Sementara itu, malam tadi, Wan Azizah terperangkap di dalam lif di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) malam tadi ketika beliau melawat dan menghantar barang untuk suaminya IPK KL.

Semasa kejadian pada jam 11.50 malam, lif dipercayai tersekat ketika Dr Wan Azizah yang ditemani anaknya Nurul Hana, menekan butang lif.

Sementara itu, Balai Bomba Hang Tuah mengesahkan menerima panggilan pada 12.02 pagi mengenai kejadian tersebut dan satu jentera bomba dikejarkan dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 12.08 pagi.

Dr Wan Azizah dan anaknya berjaya dikeluarkan pada jam 12.25 pagi.


source : www.malaysiakini.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12228
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime18/7/2008, 11:39 am

arep wrote:
xtrapain88 wrote:
kesian gua tengok si anwar....
macam kena tuduh jer anwar ni........pasal tak puas ati ker???
huhu
sudah la tu............anwar dah insaf dah ni

mana ko tahu dah insaf...
ko kawan baik dier ka......


kamu ada bukti ka mahu cakap dia ada liwat budak tu?????
Back to top Go down
ladymariah
JUNIOR
JUNIOR
ladymariah

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : KK
Points : 11876
Reputation : 0
Number of posts : 110

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime18/7/2008, 3:39 pm

secara terbuka, aku TIDAK PERCAYA pada tuduhan liwat si saiful. Anwar difitnah! Kalau aku jumpa saiful, i will spit on his face!
Back to top Go down
http://ladymariah.wordpress.com/
Ridzal
REGULAR
REGULAR
Ridzal

Male
Countries/State : Sabah
Age : 49
location : Putatan, Sabah
Points : 11689
Reputation : 0
Number of posts : 345

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime18/7/2008, 7:37 pm

Inilah dunia politik moden..kalau sudah tiada bahan yang mau dijadikan isu, tuduhlah apa-apa saja. Ini hanyalah untuk mengelirukan rakyat yang ternyata terbeban dengan pelbagai masalah ekonomi global..so semua orang akan tumpukan pada karier politik dorang dan juga isu-isu yang dijadikan modal untuk mendapat publisiti. Yang pastinya, apapun keputusan dalam isu/kontroversi ini, rakyat tetap akan menerima impaknya..DUA KEMUNGKINAN JA TU...
Back to top Go down
http://inketiau.blogspot.com/
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12270
Reputation : 0
Number of posts : 1635

Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime18/7/2008, 8:38 pm

Relax kamurang..... pale
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
Sponsored content




Anwar ditahan polis Empty
PostSubject: Re: Anwar ditahan polis   Anwar ditahan polis Icon_minitime

Back to top Go down
 

Anwar ditahan polis

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: