SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 9 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 9 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime31/12/2008, 11:28 am

Perbicaraan skandal susu tercemar bermula


BEIJING: Perbicaraan bekas pengerusi sebuah syarikat pengeluar susu yang dikaitkan dengan skandal susu tercemar di China, bermula pagi ini.

Agensi berita Xinhua, melaporkan perbicaraan terhadap Tian Wenhua, bekas pengerusi yang juga pengurus besar Sanlu Group Co serta tiga eksekutif kanan syarikat diadakan di Mahkamah Rakyat Shijiazhuang di utara China.

Tian Wenhua dan eksekutif kanan syarikat itu didakwa mengeluar dan memasarkan susu formula yang tidak mematuhi standard piawaian.

Sejak skandal susu tercemar yang mengandungi bahan kimia industri - melamin - sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut manakala lebih 300,000 yang lain jatuh sakit.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime31/12/2008, 11:30 am

Gempa landa Bengkulu, Sumatera


JAKARTA: Gempa berukuran 5.9 skala Richter melanda kepulauan Sumatera, awal pagi ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan dan mangsa yang terbabit.

Gempa melanda jam 2.49 pagi (1949 GMT) itu berpusat di 136 kilometer di barat daya Bengkulu, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii tidak mengeluarkan amaran tsunami berikutan kejadian itu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime31/12/2008, 11:37 am

Perompak larikan wanita, jongkong emas RM1.4 juta


GEORGETOWN: Isteri pemilik sebuah premis membuat barang kemas diculik dua lelaki hampir sejam dalam rompakan membabitkan lapan jongkong emas serta barang berharga bernilai RM1.4 juta di Kawasan Perusahaan Jelutong 2 di sini, malam kelmarin.

Mangsa berusia 22 tahun dikatakan diculik perompak terbabit ketika hendak memasuki keretanya selepas ke pasar malam di Desa Green, Jalan Van Pragh di sini sebelum dibawa ke premis berkenaan, kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata sebaik tiba di premis yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai kawasan perusahaan berkenaan, perompak bersenjata pistol dan pisau itu memaksa mangsa membuka peti besi.

“Selain jongkong emas seberat satu kilogram setiap satu bernilai RM769,000, perompak turut melarikan barang kemas lima kilogram bernilai RM497,000, wang tunai AS$20,300, komputer riba, telefon bimbit dan Toyota Vios milik mangsa,” katanya di sini, semalam.

Perompak turut merosakkan kamera litar tertutup di premis berkenaan dan meninggalkan mangsa di situ.

Setakat ini, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime31/12/2008, 11:43 am

Usah cabar pelaksanaan Sains, Matematik dalam BI


Rakyat perlu beri peluang kepada Menteri Pelajaran buat keputusan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak supaya tidak lagi mencabar atau terus memberi tekanan berhubung masa depan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI kerana ia membabitkan masa depan pelajar serta murid di negara ini.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
Silent_Night
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Silent_Night

Male
Age : 36
location : Keningau-Kota Kinabalu
Tag ID: : 3910
Points : 11638
Reputation : 1
Number of posts : 1137

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime2/1/2009, 3:00 am

relax CG....baru aku terrrrr perasan topik nie..cis...boleh tahan oo kau nie ah..bgs2...aku mau selalu menyelam la d sini nie...smbil ambil informasi...sambil kacau kau...boleh kan? ..boleh la...
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime2/1/2009, 11:17 am

Pesta seks kena serbu

[url=https://servimg.com/view/12487444/91]BERITA HARI INI - Page 9 Mainpi10[/url]
ANTARA pasangan ditahan dalam pesta seks dan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam semalam.



Pelakon, pembaca berita televisyen antara 26 ditahan positif dadah


KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai
berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang
dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di
sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.


Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas
di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah
pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta
puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan.


Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur
dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu
lalu.
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri
kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman
web friendster.


Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada
di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan
separuh sedar.


Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di
ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi
pembekal dadah untuk pesta itu.

Semuanya 18 lelaki dan lapan perempuan berumur antara 18 dan 31
tahun ditahan. Daripada jumlah itu, enam lelaki dan tiga wanita
termasuk pelakon dan penyampai berita itu didapati positif dadah
selepas menjalani saringan pertama ujian air kencing.


Penyampai berita itu dikatakan akan melangsungkan
perkahwinan, minggu depan, manakala pelakon berkenaan membintangi
beberapa drama yang disiarkan televisyen swasta itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten
Komisioner II Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata sepasukan pegawai
dan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala
Lumpur serta cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras membuat
serbuan itu hasil intipan dan maklumat orang ramai.


Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.






Bagaimanapun, 17 orang dibebaskan dengan jaminan polis manakala
sembilan lagi yang positif dadah termasuk pelakon dan penyampai berita
itu direman dua hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan
15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sementara itu, sambutan malam tahun baru di Bukit Bintang turut dicemari insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja.


Bagaimanapun, anggota polis bertindak pantas meleraikan pergaduhan itu dan menahan kumpulan terbabit.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime2/1/2009, 11:19 am

59 terbunuh kelab malam terbakar

[url=https://servimg.com/view/12487444/92]BERITA HARI INI - Page 9 Mainpi11[/url]
POLIS
dan anggota penyelamat mengumpul mayat pengunjung kelab malam di
Bangkok selepas pusat hiburan itu terbakar ketika lebih 400 pengunjung
sedang meraikan sambutan tahun baru, awal pagi semalam.




BANGKOK:
Kemeriahan menyambut tahun baru 2009 bertukar tragedi apabila 59 orang
terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab
malam di ibu negara Thailand, awal pagi semalam.


Kebakaran di Santika Pub itu, dikatakan berpunca daripada
percikan bunga api dan mercun, tetapi beberapa saksi mendakwa insiden
itu akibat litar pintas.


Seorang saksi, Oh Benjamas, berkata kira-kira 400 pengunjung
yang memenuhi kelab dua tingkat itu diberi bunga api sejurus sebelum
tengah malam dan sebaik jam berdetik menandakan permulaan tahun baru
2009, ia dinyalakan disusuli dengan kebakaran besar.




“Kami sedang menari apabila berlaku kebakaran di
hadapan pentas dan semua orang berlari ke arah pintu dan memecahkan
tingkap,” katanya.




Seorang lagi saksi, Tos Maddy, pula berkata beliau mendengar
apa yang dianggap letupan elektrik kira-kira 12.20 pagi, diikuti
rempuhan pengunjung yang bersesak untuk keluar.


“Segala-galanya berlaku terlalu pantas dan api cepat merebak,” katanya dipetik agensi berita Reuters.
Api dikatakan menyambar siling sebelum merebak dan memusnahkan
sepenuhnya kelab yang terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular
dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai.


Kebanyakan mangsa pula rentung dengan berpuluh mayat dibaluti
kain putih terbaring di kaki lima di luar bangunan sebelum dialihkan
pasukan penyelamat.


Seorang warga Singapura, Teo Sze Siong, adalah antara yang
maut tetapi pakar forensik gagal mengenal pasti sekurang-kurangnya 30
mayat.


Warga asing yang cedera termasuk dari Jepun, Australia, Belanda dan Perancis.

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime2/1/2009, 11:21 am

Israel bunuh pemimpin Hamas, sedia langgar Gaza

GAZA: Tentera Israel yang berkumpul di sempadan Gaza hanya menunggu
arahan untuk melanggar wilayah Palestin itu selepas pesawat Israel
semalam menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas,
sekali gus membunuh beliau dan 18 yang lain.


Serangan berterusan hari ini dengan pesawat Israel mengebom 15 lagi rumah milik pejuang Hamas sebelum Subuh.


Pihak hospital menyatakan 12 penduduk cedera dalam serangan berkenaan.


Serangan yang mengorbankan pemimpin Hamas, Nizar Rayan, dan semua empat
isteri serta sembilan daripada 12 anaknya itu adalah yang pertama
terhadap kediaman pemimpin utama pergerakan Palestin itu sejak serangan
udara Israel bermula Sabtu lalu.


Sementara itu, tentera Israel menyatakan persediaan untuk
kemungkinan serangan darat sudah selesai dan anggotanya bersedia
melanggar sempadan Gaza jika operasi untuk menghentikan tembakan roket
Hamas perlu diperluaskan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime2/1/2009, 11:26 am

Tali pinggang: 242 disaman

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan MOHD. NOOR FIRDAUS MOHD. AZIL

[url=https://servimg.com/view/12487444/93]BERITA HARI INI - Page 9 Dn_01_10[/url]

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sebanyak 242 saman dikeluarkan terhadap
pengguna kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar tempat
duduk belakang dalam Ops Ambang Tahun Baru yang dilancarkan serentak di
seluruh negara malam tadi.

Kesemua saman dikeluarkan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) selepas kerajaan mewajibkan semua penumpang kenderaan
persendirian memakai tali pinggang belakang bermula hari ini.

Operasi di 28 lokasi di seluruh negara itu membabitkan 500 anggota dan pegawai JPJ bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi ini.
Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, negeri Johor
mencatat jumlah saman tertinggi iaitu 95 kes bagi kesalahan tersebut.

Menurutnya, Pulau Pinang pula mencatat jumlah saman paling rendah berbanding negeri lain iaitu enam kes.
"Jumlah saman yang dikeluarkan itu menunjukkan masih terdapat
pemandu dan penumpang tidak mematuhi peraturan memakai tali pinggang
belakang yang telah dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu dalam sidang akhbar di Plaza Tol Jalan Duta di sini
tengah malam tadi, Salim berkata, selain tumpuan terhadap pemakaian
tali pinggang belakang, operasi itu juga bertujuan mengesan kenderaan
yang menggunakan lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon.

"Dalam Ops Ambang Tahun Baru ini, sebanyak 181 saman dikeluarkan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu xenon sejak ia dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Disember lalu.
"Daripada jumlah itu, 72 saman dikeluarkan dalam tempoh empat jam operasi dijalankan semalam," katanya.
Selain itu, kata beliau, 550 saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada
lesen memandu, 182 saman tidak memiliki cukai jalan dan 59 kenderaan
disita bagi pelbagai kesalahan.

Salim menambah, JPJ turut memberi amaran kepada pemilik kenderaan
yang mengubah suai enjin atau cermin gelap sebelum dikenakan tindakan.

Sepanjang tahun lalu, katanya, sebanyak 896 saman dikenakan terhadap
pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mematuhi
peraturan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime2/1/2009, 11:27 am

Bayaran pinjaman serendah RM50

LABUAN 1 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada
peminjam, dalam usaha mendapatkan kembali wang pinjaman yang belum
dijelaskan, yang kini menjangkau jutaan ringgit.

Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk
hanya mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini,
berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, peminjam itu
perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi
mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

"Kelonggaran diberikan selepas kami mengambil kira peratus peminjam
yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini
menjangkau 49 peratus," katanya ketika ditemui semasa menghadiri
taklimat oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime3/1/2009, 11:19 am

AS beri Israel kebebasan langgar Gaza

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, malam tadi
menggesa semua pihak mendesak Hamas menghentikan tembakan roket
terhadap Israel dan mengusahakan gencatan senjata yang berkekalan,
selepas seminggu serangan udara terhadap Gaza.


Namun, Pentadbiran Bush memberi kebebasan kepada Israel untuk
mengerah tentera darat memasuki Gaza biar pun masyarakat antarabangsa
kian mengkritik cara ia mengendalikan konflik yang sudah membunuh lebih
400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.


"Saya menggesa semua pihak mendesak Hamas untuk berpaling
daripada keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah yang
berusaha untuk mencapai keamanan.

“Amerika Syarikat sedang menerajui usaha diplomatik bagi mencapai
gencatan senjata yang bermakna dan dihormati," kata Bush dalam ucapan
mingguan di radio.

Teks ucapan beliau dikeluarkan Rumah Putih lewat malam tadi.


Ia adalah kenyataan pertama Bush sejak konflik itu meletus seminggu lalu.

Bush turut menyalahkan Hamas terhadap konflik terbaru itu dan menolak sebarang gencatan senjata sebelah pihak oleh Israel.


Katanya, gencatan senjata seumpama itu hanya membenarkan Hamas meneruskan serangan roket terhadap Israel dari Gaza.


"Keganasan terbaru ini didalangi Hamas, iaitu kumpulan
pengganas Palestin yang disokong Iran dan Syria yang menggesa kepada
kemusnahan Israel," katanya.


Sebaliknya, Bush mendakwa serangan udara Israel adalah untuk
mempertahankan diri selepas Hamas membiarkan gencatan senjata selama
enam bulan tamat pada 19 Disember lalu dan menembak roket ke negara
Yahudi itu.






Sementara itu, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Gordon Johndroe,
berkata Amerika sudah menggesa Israel untuk mengelak kecederaan atau
kematian orang awam semasa operasi ketenteraan, sama ada dalam serangan
udara atau darat.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime3/1/2009, 11:24 am

Bekas menteri Sabah kena penjara enam bulan

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kabinet Sabah, Datuk Conrad Mojuntin,
dihukum penjara enam bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan
mengancam untuk mencederakan seorang lelaki tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Rahman Sebli, membuat
keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk
mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret yang membebaskan Conrad
daripada tuduhan berkenaan 31 Mac lalu.


Conrad yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Sabah disabitkan kesalahan terhadap Doughty Disimon, 31, di luar SJD
Cafe & Sport, pekan Donggongon, pada jam 3.30 pagi, 23 Oktober
2005.


Tertuduh dan anak saudaranya, David Mojuntin, 45, turut didenda RM2,000
atau tiga bulan penjara atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan
terhadap Chee He Fatt, 46, di belakang Public Bank Pekan Donggongon,
kira-kira jam 4 pagi, hari yang sama.


Mereka membayar denda itu sejurus prosiding mahkamah semalam
tamat. Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib hadir bagi pihak pendakwa.

Bagi tuduhan pertama, Conrad didakwa mengikut Seksyen 506
Kanun Keseksaan manakala tuduhan kedua mereka menghadapi dakwaan
mengikut Seksyen 323 yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara
menunggu rayuan dan Conrad dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 bersama
dua penjamin.


Majistret Zaini Fishir membebaskan Conrad dan David selepas
mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan
munasabah.


Bagaimanapun, keputusan itu diketepikan Mahkamah Tinggi pada 17 Disember lalu atas alasan


Zaini salah apabila memutuskan pendakwa gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.






Pada 4 Jun 2007, Zaini memerintahkan Conrad dan David membela diri atas
dua tuduhan kesalahan jenayah selepas Mahkamah Majistret mendapati
pendakwa berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kedua-dua
pertuduhan terhadap tertuduh.


Prosiding kes bela diri Conrad dan anak saudaranya itu,
berakhir 1 Februari lalu selepas 11 saksi pembela selesai memberi
keterangan.


Pada September 2007, Koroner Dean Wayne Daly yang mendengar
inkues kematian penjual ikan, Anthony Chang Kim Foot, 20, mendapati
Conrad menyebabkan kematian tanpa niat dan melanggar Akta Senjata Api
1960.


Mengikut keputusan inkues, Chang ditembak mati oleh Conrad
menggunakan senapang patah antara jam 4.20 pagi hingga 4.45 pagi di
depan Perpustakaan Penampang, di pekan Donggongon pada 23 Oktober 2005.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime3/1/2009, 11:36 am

10 maut nahas tiga kereta

BERITA HARI INI - Page 9 Mainpi10


Sebuah kenderaan gagal memotong di selekoh

GUA MUSANG:
Sepuluh orang termasuk ibu bersama tiga anaknya terbunuh, manakala lima
lagi cedera dengan dua daripadanya parah, dalam kemalangan ngeri
membabitkan tiga kenderaan ketika hujan dekat Gua Sejuk, di sini pagi
semalam.


Kemalangan jam 10.30 pagi di Kilometer 21, Jalan Gua
Musang-Kuala Krai itu membabitkan Perodua Kancil dinaiki enam beranak
dan Perodua Kenari dinaiki lima sekeluarga yang dalam perjalanan ke
Kota Bharu, dengan sebuah Nissan Murano, dinaiki empat orang menuju Gua
Musang.

Lapan mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat tercampak dan tersepit
dalam remukan Kancil dan Kenari, manakala dua lagi maut dalam
perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM).


Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu untuk rawatan susulan.


Mereka yang terbunuh ialah pemandu Kancil, Hasliza Mat Zin, 32
dan tiga anaknya, Mohd Rahizal Yusua Abdul Rahim, 12; Shaha, 6; Nor
Rashidah, 10 serta adik Hasliza, Maziatulshah Lia Mat Zin, 29.
Seseorang lagi anak Hasliza, Noraihah Nabila Abd Rahim, 18 bulan,
cedera parah.

BERITA HARI INI - Page 9 Mainpi11

KEADAAN
kereta Kancil yang remuk teruk selepas terbabit dalam nahas ngeri di
Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi semalam.


Lima lagi yang terbunuh menaiki Kenari iaitu pemandunya, Lau Sie Eik,
60, dan empat penumpang wanita iaitu Lee Bee Seng, 51; Shareen Lau Ming
Min, 15; Lau Chai Soom, 79; Ho Kim Hum, 87, semuanya dipercayai sebuah
keluarga dari Chetok Hilir, Pasir Mas.


Pemandu Nissan Murano, Pua Thien Ho, 29; dan penumpangnya,
Than Chee Hua, 45; Wong Kee Hooi, 51 dan Law Sooi Lee, 34, terselamat
dan dibawa untuk rawatan awal di HGM tetapi kemudian dihantar ke
HRPZ-II, lewat petang semalam.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Ahmad Termizi Abd
Haq, berkata kemalangan berlaku dalam hujan gerimis ketika Perodua
Kancil dan Kenari terbabit ke arah Kuala Krai, manakala Nissan Murano
dari arah bertentangan.


"Tiba di lokasi, satu daripada kereta yang datang dari arah
Gua Musang itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum
bertembung dengan Nissan Murano terbabit. Kedua-dua kenderaan itu turut
dirempuh kereta yang cuba dipotong menyebabkan kedua-duanya remuk
teruk.


BERITA HARI INI - Page 9 Mainpi12
ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terbabit nahas, semalam.


"Anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa 40 minit untuk
mengeluarkan semua mangsa yang tersepit. Polis masih berusaha mengenal
pasti sama ada Kancil atau Kenari itu yang cuba memotong di laluan
berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, lokasi kemalangan agak berselekoh itu memang
antara kawasan sering berlaku nahas di sini. Siasatan awal mendapati,
kemalangan berpunca kecuaian seorang daripada tiga pemandu kenderaan
terbabit.


"Polis kini mengambil keterangan daripada pemandu Nissan
Murano yang cedera dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan yang
sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"
katanya.


Sementara itu, suami Hasliza, Abdul Rahim Jaafar, 35, yang
ditemui ketika menemani anak bongsunya dalam rawatan kecemasan di
HRPZ-II, berkata ketika kejadian, beliau berada di rumah mereka dekat
Kampung Kundur, Kuala Betis, di sini.


"Isteri saya bersama adik ipar dan empat anak kami sebenarnya
dalam perjalanan menghantar anak sulung kami ke rumah neneknya kerana
perlu kembali ke asrama Sekolah Kebangsaan Tawang.

"Saya tidak sangka mereka terbabit dalam kemalangan dan
terbunuh. Segala-galanya di luar dugaan kerana dia tidak menunjukkan
sebarang tanda atau perubahan ketika keluar dari rumah pagi tadi
(semalam)," katanya.


Abdul Rahim berkata, anak bongsunya cedera di perut dan muka dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HRPZ-II.


Semua mangsa yang terbunuh dihantar ke Rumah Mayat HGM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris masing-masing.


Jenazah Hasliza bersama tiga anak dan adiknya dijangka
dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Beris
Gajah Mati dekat Tawang, hari ini.


Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime5/1/2009, 9:41 am

RM175 satu tong tanda aras naik harga petrol

JOHOR BAHRU: Kerajaan mungkin menaikkan harga petrol kepada RM1.90
seliter, jika harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Shahrir Samad, berkata Disember lalu, purata harga minyak mentah
masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat
negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter termasuk cukai RM0.58
sen.


Katanya, jika harga minyak mentah dunia terus mencatatkan
peningkatan lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga
petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.
"Ini bermakna jika harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan
kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan
dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya, bagi menampung kenaikan harga
minyak mentah dan mengekalkan harga petrol RM1.80 seliter.


"Apabila harga minyak dunia mencecah dan melepasi AS$50,
kerajaan tidak dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan
semula kepada RM1.90 seliter.


"Pada peringkat itu, kerajaan tidak mengenakan cukai dan tidak
memberi subsidi kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas
merasmikan Program Pemantapan Jati Diri anjuran Puteri Umno Johor
Bahru, di Dewan Kampung Melayu di sini, semalam.
Katanya, jika harga minyak dunia mencecah AS$83 setong, kerajaan perlu
memberikan subsidi sebanyak 30 sen kepada pengguna supaya kekal pada
RM1.90 seliter.


Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan wartawan mengenai kemungkinan penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.


Shahrir berkata, kementerian akan menimbang untuk menaikkan atau menurunkan harga minyak pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime5/1/2009, 9:48 am

Penyampai berita, pelakon dibebas

Ditahan ketika sertai pesta dadah rai tahun baru

KUALA
LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul
Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang
lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di
sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan
polis, kelmarin.


Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Kang Chez Chiang, berkata 25 orang termasuk lapan yang
positif dadah dalam ujian saringan pertama dibebaskan, kelmarin
manakala seorang lagi masih ditahan.


Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu hasil ujian HKL
terhadap personaliti televisyen dan pelakon sambilan bersama tujuh lagi
yang dibebaskan atas jaminan polis sementara yang dijangka diperoleh
dalam masa dua minggu.


"Selepas hasil ujian kedua diperoleh, semua lapan yang
dibebaskan atas jaminan polis akan dipanggil semula untuk tindakan
susulan.

"Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun yang juga seorang daripada
sembilan positif dadah, masih ditahan kerana dipercayai membekalkan
dadah yang ditemui ketika serbuan.


"Esok (hari ini), kita akan menyerahkan kes ini kepada
pendakwa raya untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil," katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.


Kang berkata, 17 lagi peserta pesta itu yang sudah direkodkan
keterangan dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesan dadah ditemui
ketika ujian air kencing pertama.


Farahrizan dibebaskan bersama pelakon sambilan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 7 malam.






Semua mereka diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan
Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur ketika
menyerbu bilik ditempah khas di Tingkat 11 hotel berkenaan kira-kira
jam 3 pagi, Khamis lalu.

Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri
berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga
minggu lalu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime5/1/2009, 4:20 pm

Ibu muda dipenjara dua hari, denda RM300 kerana mencuri keperluan harian

BALIK PULAU: Seorang ibu muda dihukum penjara dua hari dan denda RM300
oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan mencuri di
sebuah pasar raya di Bayan Baru pada 2 Januari lalu.


Fariza Mohd Hooron, 23, mengaku salah mencuri 28 jenis
barangan keperluan harian, antaranya sebungkus susu Anlene, satu set
minyak wangi, sepaket mi segera dan petai yang kesemuanya bernilai
RM275.09 pada jam 1.45 tengah hari, 2 Januari lalu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Fariza, ketika memohon hukuman ringan di hadapan Majistret Norhayati
Johar, berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang
selepas kilang tempat dia bekerja ditutup


dan hanya suaminya yang menyara keluarga.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Md Saad Hassan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime6/1/2009, 12:06 pm

Amaran ribut petir dan hujan lebat

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang di Sabah yang dijangka berterusan hingga tengah hari ini.

Antara kawasan di Sabah yang terbabit adalah bahagian Sandakan (Kinabatangan, Sandakan dan Beluran) serta di Wilayah Persekutuan Labuan, menurut kenyataan jabatan itu di sini.

Selain itu, jabatan berkenaan turut mengeluarkan nasihat hujan lebat (peringkat kuning) yang dijangka berlaku di Sarawak, iaitu di bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching.

Hujan lebat di kawasan tersebut dijangka berlaku pada malam Rabu, 7 Januari dan berterusan sehingga Jumaat, 9 Januari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan di tebing-tebing sungai.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime6/1/2009, 12:25 pm

[img]BERITA HARI INI - Page 9 Mh_01_10[/img]
MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.



Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membolehkan masyarakat dunia mengambil langkah berkesan menghentikan kekejaman Israel di Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Wisma Putra telah diarah menggerakkan wakil tetapnya di PBB supaya bekerjasama dengan kumpulan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) bagi membolehkan perhimpunan khas tersebut diadakan.

Menurutnya, hanya melalui Perhimpunan Agung Khas ‘Perpaduan Untuk Keamanan’ dapat mengetepikan sebarang tindakan penolakan Amerika Syarikat (AS) terhadap usul resolusi mengenai Palestin di Majlis Keselamatan PBB.

‘‘Perbuatan AS itu sungguh tidak wajar dan dunia mesti suarakan dengan tegas dan membuat tuntutan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut.

‘‘Kita berharap AS dan puak-puaknya tidak cuba menghalang suara dunia kerana apa yang berlaku ini tidak dapat diterima dan tidak membawa kesan yang baik kepada dunia yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan mengulas isu keganasan Israel ke atas Palestin yang menyaksikan rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 27 Disember lalu.

Sehingga kini, hampir 500 orang terkorban terutamanya orang awam, kanak-kanak dan wanita.

Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC di Jeddah semalam juga telah bersetuju agar OIC memanggil sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A (V) iaitu Perpaduan Untuk Keamanan.

Perdana Menteri yang menyelar langkah AS menggagalkan usul di Majlis Keselamatan oleh Libya semalam, berkata, tindakan kuasa besar itu adalah suatu yang tidak boleh dihormati oleh dunia kerana ia dilakukan ketika kekejaman Israel terus berlanjutan.

“Serangan Israel yang berlebihan ke atas Palestin sehingga menyebabkan ramai orang awam terkorban dan memulakan serangan darat semalam akan mencetus keadaan yang lebih buruk kepada dunia.

“Ini tidak akan membantu kepada pemulihan kepada kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, ini akan membawa kepada krisis demi krisis dan situasi dunia tidak akan bertambah baik,” katanya.

Abdullah berkata, respons AS bahawa serangan-serangan tersebut adalah disebabkan Hamas hanya sebagai satu alasan untuk memberi laluan kepada Israel bertindak lebih dahsyat bagi membenamkan negara Palestin.

“Sebenarnya, seperti orang kata itulah udang besar di sebalik batu, AS sepatutnya menggunakan pengaruh dan kekuatannya untuk memastikan ada gencatan senjata dan mencari kaedah lain bagi membawa penyelesaian.

“Namun, mereka tidak hiraukan sebaliknya memberikan laluan sepenuhnya kepada Israel untuk melakukan apa saja,” katanya.

Perdana Menteri berkata, AS tidak menunjukkan dirinya sebagai sebuah kuasa besar yang bertanggungjawab apabila memilih jalan membenarkan peperangan dan pergolakan terus berlanjutan.

“Bukan kita tidak tahu mereka mampu menghentikan serangan, semua orang tahu, tetapi AS telah memilih cara lain,” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
r3dskai
MODERATOR
r3dskai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 31
location : kk
Points : 13030
Reputation : 15
Number of posts : 1836

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime6/1/2009, 1:41 pm

so then.. USA can test their new weapons! Very Happy..
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime8/1/2009, 1:20 pm

Sekolah dibom 48 maut

BERITA HARI INI - Page 9 Mh_01_10

Sebahagian jemaah menunaikan solat jenazah mangsa yang
terbunuh dalam serangan ke atas sekolah PBB di kem pelarian Jabaliya,
utara Genting Gaza, semalam.


Tentera darat Israel terus mara ke dalam wilayah Genting Gaza dengan
menggempur lokasi-lokasi yang didakwa sebagai tempat persembunyian
Hamas walaupun mendapat bantahan antarabangsa.

Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara itu dan menganggap serangan ke atas Gaza sebagai ‘penghapusan bangsa’.
Setiausaha Agung PBB,
Ban Ki-moon menganggap serangan tentera Yahudi ke atas sekolah di Gaza yang meragut 48 nyawa sebagai perbuatan paling biadab.
Seorang bekas pembantu kanan Saddam Hussein dalam rakaman video yang
disiarkan semalam berkata, rejim Zionis tidak akan berani menyerang
Gaza jika pemimpin Iraq itu masih berkuasa.

p/s: Let us pray for them..
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12690
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime18/2/2009, 12:44 am

Cg jrg uda on9 kerana sakit..saya tolong lh dia update2 berita yang ada n terbaru..
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12690
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime18/2/2009, 12:44 am

Anwar: Nasib Elizabeth dibincang selepas bercuti
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit
Lanjan, Elizabeth Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran
berikutan insiden gambar bogelnya yang kini tersebar.
Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah
memaklumkan kepada beliau bahawa Wong telah diminta bercuti berikutan
tekanan yang diterima oleh exco Selangor itu terutama daripada beberapa
laman web berhubung insiden tersebut.
"Menteri Besar telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat
mengenai kedudukan Eli (Wong) dan ini saya serahkan kepada
kebijaksanaan Menteri Besar.
"Saya faham yang Eli membuat keputusan setelah mempertimbangkan
semua opsyen terutama bagi mempertahankan imej dan kredibiliti parti.
"Bagaimanapun, opsyen terbaik sekarang adalah beliau bercuti dan
memikirkan semula semua opsyen yang ada dan kemudian datang balik dan
berbincang dengan kita," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen
hari ini.
Anwar berkata, Wong telah menemuinya dan juga Presiden PKR, Datuk
Seri Dr. Wan Azizah dan beberapa pemimpin parti malam tadi di rumahnya
bagi menjelaskan perkara itu.
"Kita dengar penjelasan beliau dan berasa simpati terhadap apa yang
beliau tanggung berhubung usaha untuk menyerang peribadinya yang sangat
jahat.
"Ini satu mainan politik yang sangat buruk yang berlaku dan kita
lihat ada satu paten yang menyerang wakil-wakil rakyat kita, dulu di
Perak, Kedah dan kini Selangor.
"Saya beritahu pada Eli, kita akan ikhtiar untuk pertahankan nama
beliau kerana seperti anda semua maklum, Eli adalah tokoh penting di
Selangor dan rekod kerjanya sangat baik sebagai wakil rakyat dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya.
Beliau turut mengecam laman web Agenda Daily yang dikatakan cuba menghina Wong dengar memaparkan gambar yang kurang sopan wakil rakyat itu dan Khalid.
"Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan.
"Saya mahu tanya pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bercakap soal
moral dan diketengahkan. Jika mereka konsisten, saya minta Timbalan
Perdana Menteri bangun dahulu untuk menjelaskan bahawa beliau ada cukup
kekuatan moral untuk menjaga moral rakyat.
"Jangan paksa kita main isu ini kerana kita tidak fikir masuk
gelanggang politik untuk mengaibkan orang terutama dalam kamar
sendiri," katanya yang mendakwa insiden yang menimpa Wong didalangi
oleh Umno dan disokong oleh parti-parti komponen BN.
Ditanya bagaimana beliau pasti bahawa insiden itu didalangi Umno, Anwar berkata: "Buktinya Agenda Daily yang mainkan gambar Eli duduk bersendeng-sendeng dengan MB."
"Anda fikir itu bermoral? Itu jawapan saya."
Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan pihak berkuasa yang mengamalkan double standard dalam menyiasat kes-kes yang melibatkan pembangkang.
Berhubung isu 'lompat parti' yang telah menumbangkan kerajaan di
Perak, Anwar berkata, beliau sebelum ini menawarkan kepada sesiapa
sahaja untuk menyertai parti itu.
"Saya sebelum ini mengatakan kepada beliau (merujuk kepada ADUN
Bota, Datuk Nasaruddin Hashim), jika mahu menyertai kita, beliau
sendiri harus membuat kenyataan dan jika mahu memberi penjelasan kepada
rakyat di kawasannya, saya sedia bersama beliau," katanya.
Nasarudin kembali semula kepada Umno selepas dua minggu menyertai PKR.
"Ia bukan dengan cara memberi menculik mereka selama seminggu dan
kemudian tiba-tiba muncul bersama Najib dan kemudian hilang lagi,"
katanya yang merujuk kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; ADUN
Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.
Ketiga-tiga ADUN tersebut keluar daripada PKR 2 Februari lalu dan menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12690
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime18/2/2009, 12:53 am

Suspek perogol bersiri ditahan ketika terima rawatan



KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki perogol bersiri dan pengedar
dadah yang paling dikehendaki ketika dia mendapatkan rawatan di sebuah
hospital barubaru ini.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada 11 Februari ketika sedang
mendapatkan rawatan untuk luka lecur akibat dibakar sekumpulan lelaki,
dipercayai sindiket pengedaran dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, lelaki berkenaan diburu polis kerana disyaki terlibat dalam
beberapa siri kes samun dan rogol di sekitar Lembah Klang tahun lepas.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pengedar dadah dan
menggunakan sebuah teksi curi untuk menyamun dan merogol mangsanya.
"Minggu lepas teksi curi suspek dibakar oleh sekumpulan lelaki dan mereka juga bertindak membakar suspek di Cheras.
"Suspek berjaya selamatkan diri sebelum mendapatkan rawatan di
sebuah hospital dan hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menahan
lelaki itu di hospital berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini
hari ini.
Ku berkata, lakaran wajah lelaki itu pernah diedar oleh polis bulan
lepas, setelah dua mangsa rogol membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau berkata polis percaya masih ramai mangsa yang belum tampil
membuat laporan polis terhadap lelaki itu dan mereka yang ingin berbuat
demikian boleh menghubungi talian 0321466689 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ku berkata, polis akan mengambil tindakan tegas
terhadap individu yang menghantar SMS palsu mengenai sesuatu kejadian
jenayah dan yang berbaur perkauman.
"SMS palsu yang terbaru ialah mengenai seorang kanakkanak bernama
Sherley diculik di Cheras dan ibu kanakkanak itu meminta bantuan orang
ramai.
"Apabila disiasat, polis mendapati ia adalah palsu dan dilakukan sekumpulan pelajar sekolah," katanya. BERNAMA
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12690
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime26/2/2009, 7:55 pm

Kes Anwar: Mahkamah putuskan 5 Mac untuk semakan permohonan



Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR:
Keputusan sama ada kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri
Anwar Ibrahim bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun kekal
didengar di Mahkamah Sesyen akan diketahui 5 Mac ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan demikian
dengan menjelaskan bahawa beliau memerlukan masa untuk mendengar
hujah-hujah dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan semalam dan hari
ini.

Sesi mahkamah hari ini bermula kira-kira pukul 9 pagi dengan pihak
pembelaan menyambung hujah berhubung peranan Peguam Negara, Tan Sri
Abdul Gani Patail dalam menandatangani sijil untuk memindahkan kes
tersebut dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Semalam, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar terhadap rayuan
pasukan pendakwaan untuk memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.

Malah semalam Mohamad Zabidin memutuskan Peguam Cara Negara II,
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan
kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen itu ekoran keputusan pihak
pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.

Ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, Mohd Yusof
telah menghantar afidavit yang membuat perakuan bahawa beliau tidak
mempunyai kertas siasatan insiden mata lebam bekas Timbalan Perdana
Menteri itu walaupun beliau menganggotai Suruhanjaya Diraja menyiasat
insiden tersebut.

SALAHI UNDANG-UNDANG
Sementara itu dalam hujahnya semalam, Mohamed Yusof berkata,
keputusan Mahkamah Sesyen tidak memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah
Tinggi untuk dibicarakan adalah menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, ia adalah mandatori untuk Mahkamah Sesyen di bawah
Seksyen 418A (3) Kod Prosedur Jenayah (CPC), untuk memindahkan kes itu
ke Mahkamah Tinggi apabila sijil pemindahan telah dikeluarkan oleh
pendakwaan.

Beliau juga berkata, sijil pemindahan dikemukakan kepada mahkamah
itu, sebelum perbicaraan dimulakan, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah
memindahkan kes tersebut.

Mohamed Yusof berhujah bahawa Peguam Negara hanya menjalankan fungsi
pentadbiran dan bukan satu fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman
apabila beliau menandatangani sijil pemindahan di bawah Seksyen 418A
CPC.

"Sehubungan itu, Hakim S.M.Komathy Suppiah telah tersalah dalam
undang-undang apabila memutuskan bahawa sijil pemindahan itu
ditandatangani oleh Peguam Negara adalah tidak sah," kata Mohamed Yusof
dalam permohonan pendakwaan untuk semakan bagi membatalkan keputusan
Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu
di Mahkamah Sesyen.

Pada prosiding yang bermula 3 petang semalam, Mohamed Yusof dalam
merit semakan, berkata bahawa semasa Abdul Gani menandatangani sijil
pemindahan itu ia tidak berasaskan satu peraturan yang bertentangan
dengan pilih kasih walaupun beliau masih lagi disiasat oleh Badan
Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan
satu laporan polis terhadap beliau mengenai mereka-reka keterangan
dalam siasatan insiden "mata lebam" ketika Anwar ditangkap pada 1998.

Mengenai jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
bahawa Abdul Gani tidak akan secara peribadi membabitkan diri dalam kes
ini yang telah menimbulkan harapan yang sah dan munasabah kepada Anwar
dan orang ramai, Mohamed Yusof berkata, Abdullah telah berkata dalam
kapasitinya sebagai ketua eksekutif.

Beliau berkata, Perdana Menteri bukan secara peribadi cekap dalam
bidang perundangan dan orang yang sepatutnya mengendalikan perkara
berkaitan undang-undang ialah Peguam Negara.

PEMBABITAN PEGUAM NEGARA
Sulaiman berhujah bahawa pembabitan Peguam Negara dalam kes terkini
Anwar dan menimbulkan keputusan berat sebelah oleh kerana Abdul Gani
masih disiasat oleh BPR berikutan laporan Anwar serta hubungan
kedua-duanya adalah keruh.

Sulaiman juga berkata, jaminan Perdana Menteri menimbulkan keyakinan
awam bahawa Abdul Gani tidak akan melibatkan diri dalam kes ini.

Sulaiman berkata, Perdana Menteri telah memberikan pertimbangan
terhadap perkara ini dan mestilah menjadi lebih penting pada keadilan
dan proses undang-undang dengan mengatakan bahawa Peguam Negara tidak
akan membabitkan diri dengan kes ini.

Peguam itu akan menyambung penghujahan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah esok.
Anwar, yang dikecualikan daripada menghadiri perbicaraan, dituduh
meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit
11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara
antara 3.01 petang dan 4.30petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun
di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat
jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Pendakwaan memfailkan satu semakan serta satu permohonan terhadap
keputusan Mahkamah Sesyen pada 7 November 2008, yang menolak permohonan
pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi setelah
memutuskan bahawa sijil pemindahahan, ditandatangani oleh Abdul Gani,
adalah sah.

Pembelaan telah mencabar kesahihan sijil pemindahan itu kerana Abdul
Gani masih lagi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12690
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime26/2/2009, 7:56 pm

Kadar tol lima lebuh raya naik 1 Mac



PETALING JAYA:
Kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem
Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala
Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru
Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini.
Sementara itu, Starbiz melaporkan kerajaan telah dijangka
akan membuat keputusan tersebut sebelum hujung minggu ini, kerana telah
menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol selama dua bulan.

"Tiga pemilik konsesi lebuh raya telah mengalami kelewatan untuk
menaikkan kadar tol mengikut perjanjian yang telah ditandatangi sebelum
ini.

"Pemilik konsesi yang terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, IJM Corp Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak).
"Manakala dua lagi, adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya
Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat
Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan
Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)," lapor C.S Tan.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 9 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 9 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: