SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 11995
Reputation : 0
Number of posts : 2041

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime9/6/2008, 12:04 pm

menteri senanglah tak tangung susah kereta dr kerajaan minyak makan pun semua kena bagi...kita mkan pasirlah..atau tu tayar kereta saja..........
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime10/6/2008, 5:30 pm

ya ba kan..sakit sakit..minyak naik..elektrik naik..beras naik...soma naik..tapi...gaji nda pndai naik..mcm ni...
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime10/6/2008, 5:37 pm

Mayat wanita tanpa identiti ditemui ditikam di ladang kelapa sawit






NIBONG TEBAL: Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di badan dan leher di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Changkat Dain, Sungai Jawi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu pada kira-kira jam 10 pagi.

Mangsa, yang berseluar jean biru, berbaju-t berwarna coklat dan memakai kasut sukan, dipercayai berusia lingkungan 30-an, katanya.



"Terdapat beberapa kesan tikaman di leher, badan dan dada mangsa yang berketinggian kira-kira 1.5 meter dan bertubuh gempal itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Katanya, wanita itu dipercayai terlebih dulu dibunuh di tempat lain.

"Mangsa mungkin dibunuh beberapa jam sebelum ditemui di kawasan itu berikutan keadaan mayatnya yang masih elok,” katanya.

Shafien berkata, pihaknya turut menemui dua bilah pisau berhampiran mayat mangsa dan siasatan dibuat untuk memastikan sama ada senjata itu digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPS melalui talian 04-5824222. - Bernama
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime10/6/2008, 5:46 pm

Kerajaan galak rakyat bekerja sambilan untuk tambah pendapatanKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggalakkan rakyat melakukan pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu antara pendekatan jangka panjang dalam menangani krisis makanan dan kenaikan harga barang yang sedang dihadapi ketika ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pentadbiran kerajaan dan swasta melonggarkan syarat bagi membolehkan rakyat memperoleh pendapatan tambahan dengan menceburi kerja sambilan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime10/6/2008, 5:55 pm

'Brazil' Mahu Hadiah Euro Buat Sepanyol

NEUSTIFT (Austria): Negara yang paling berjaya dalam dunia bola sepak tidak mempunyai tempat dalam Kejuaraan Eropah, namun bagi seorang pemain kelahiran Brazil, dia masih berharap untuk mengecapi kejayaan dalam Euro 2008.

Marcos Senna yang bermain di bahagian tengah untuk kelab teratas liga Sepanyol, Villarreal, dilahirkan di Rio de Janeiro, 31 tahun lalu tetapi sudah mendapat kerakyatan baru dan kini menyimpan hasrat menjadi pemain Brazil pertama menjulang piala berprestij itu.

Ini kerana, seorang lagi pemain kelahiran Brazil, Deco yang turut mendapat kerakyatan Portugal, gagal dalam misinya empat tahun lalu apabila pasukannya tewas di final.



Senna memenangi Kejuaraan Kelab Dunia dengan Corinthian pada 2000 dan menjadi salah seorang daripada lima bintang samba pada tahun ini yang beraksi di Euro 2008, bersama dengan Deco dan Pepe yang mewakili Portugal, Roger Guerreira dari Poland serta pemain Jerman, Kevin Kuranyi.

Jumlah itu sepatutnya enam orang, tetapi bintang Arsenal yang memiliki kerakyatan Croatia, Eduardo terlepas saingan kali ini akibat kecederaan.

“Memang saya berhajat untuk menjadi orang Brazil pertama memenangi Kejuaraan Eropah,” kata Senna.

“Brazil mengeksport ramai pemain hampir ke seluruh dunia. Selepas menghabiskan masa beberapa tahun di negara baru, mereka merasakan sudah sedia untuk menjadi rakyat negara baru itu.”

Senna tidak memikirkan sama ada dia masih berpeluang untuk menyarung jersi Brazil.

“Ia tidak pernah ada dalam fikiran saya. Saya suka bermain untuk Sepanyol,” katanya.

“Ramai pemain meninggalkan Brazil pada usia muda disebabkan tarikan wang di negara lain dan mereka berhijrah sebelum mendapat peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa bersama Brazil,” katanya.

Marcos Antonio Senna Da Silva datang ke Sepanyol pada 2002 dan membantu Villarreal merebut tempat ke Liga Juara-Juara selepas mereka menamatkan musim di belakang Real Madrid.

Sebulan sebelum musim tamat, dia menjaringkan gol selepas melakukan tendangan lambung dari jarak 50 meter apabila mendapati penjaga gawang meninggalkan gol dan dia menyifatkan jaringan itu adalah yang paling cantik dalam kerjayanya.

Senna hanya menjaringkan empat gol pada musim berkenaan. Namun kini dia dianggap alternatif utama bagi menggantikan pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Xabi Alonso dan dia kelihatan berjaya memikat hati jurulatih Luis Aragones untuk diturunkan bagi menentang Russia hari ini. - AFP
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 38
location : kk bah....
Points : 11722
Reputation : 0
Number of posts : 967

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 3:09 am

kerajaan nie patut di ganti ba ..... tension ba jimat apakan mau kita pakai beskal....org2 dia sanang2 ja kumpul harta naik keta mewah ....umah besar...rakyat macam itu hamba abdi jak huh......
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11749
Reputation : 0
Number of posts : 2142

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 8:00 am

wah..life betul buliten utama ni....inda payah tengok tv3 lagi lah ni.... Very Happy
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 10:54 am

Telefon bimbit jejas tumpuan remaja

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa remaja yang menghantar lebih lima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sehari dan kerap berbual menerusi telefon bimbit, berdepan masalah sukar tidur atau menikmati tidur berkualiti.

Malah, sekumpulan penyelidik Sweden itu turut memberi amaran, remaja yang kerap menggunakan SMS dan telefon bimbit itu juga mengalami tekanan yang boleh menyebabkan mereka menjadi perokok atau minum arak bagi mengatasi masalah itu.

Laman web akhbar Daily Telegraph melaporkan semalam, kajian penyelidik di Akademi Sahlgren di Gothenburg, Sweden juga mendapati golongan muda itu mengalami masalah tidur yang menjejaskan tumpuan berbanding rakan sebaya yang tidak banyak menggunakan alat perhubungan itu.


Kalangan pengguna telefon bimbit yang tegar itu didapati berasa lebih letih dan lesu pada siang hari dan terpaksa meminum kopi bagi memastikan mereka dapat terus berjaga.

“Ramai di antara mereka ini yang berdepan tekanan untuk menamatkan perbualan mereka biarpun sudah melepasi waktu tidur.

“Lebih membimbangkan, tekanan sedemikian menyebabkan mereka lebih mudah untuk merokok atau minum arak,” kata ketua penyelidik, Dr Gaby Badre ketika membentangkan hasil penyelidikan itu pada mesyuarat tahunan ke-22, Persatuan Penyelidik/Profesional Masalah Tidur (APSS) di Baltimore.

“Remaja itu juga didapati lebih lesu dan kurang memberi tumpuan berbanding rakan sebaya lain.”

Hasil itu berdasarkan kajian penyelidik Sweden berkenaan ke atas 21 remaja sihat berusia 14 hingga 20 tahun yang menjalani jam persekolahan yang biasa dan tidak mengalami sebarang masalah tidur.

Responden itu kemudian diasingkan kepada dua kumpulan, yang pertama membabitkan mereka melakukan kurang lima panggilan sehari atau menghantar kurang lima SMS bagi tempoh sama.

Kumpulan kedua adalah mereka yang menggunakan telefon bimbit itu sekurang-kurangnya 15 kali sehari. - Agensi
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 10:57 am

Mahathir ugut hakim
Bekas PM ancam pecat jika penghakiman tak berpihak kerajaan

KUALA LUMPUR: Seorang Hakim Mahkamah Tinggi secara terbuka kelmarin mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian HC Chin, membuat pendedahan itu sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh, bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing.


Ketika memulakan prosiding berkenaan, Chin berkata, dalam Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Perdana Menteri ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.

Akhbar The Borneo Post semalam melaporkan, ugutan itu dibuat tiga hari selepas Chin membuat keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997. Kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi calon BN, Mong anak Dagang.

"Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit.

"Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors).

"Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes 'MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493' dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang," katanya dipetik oleh The Borneo Post.

Laporan yang turut disiarkan oleh laman Majlis Peguam Malaysia itu juga memetik Chin sebagai berkata, tiada seorang pun yang menghadiri persidangan itu meragui bahawa Dr Mahathir merujuk kepada kes petisyen pilihan raya umum berkenaan walaupun tidak menyatakannya secara khusus.

Selepas membuat ugutan itu, bekas Perdana Menteri turut memberi pendapat bahawa seseorang wajib dikenakan bayaran ganti rugi yang tinggi dalam kes saman fitnah.

Chin berkata, persidangan itu disusuli sesi dialog tetapi pada hakikatnya hanya satu pihak (Dr Mahahtir) bercakap, manakala yang lain mendengar walaupun laporan Bernama yang disiarkan oleh 'The Daily Express' pada 25 Mei 1997 melaporkan sebaliknya.

"Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

"Beliau (Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hatinya dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (kini sudah meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun ada ramai hakim yang lebih kanan.

"Saya amat kecewa dengan semua ini tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemui saya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya. Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan.

"Seingat saya, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takutkan Tuhan tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya," kata Chin.

Chin berkata, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman.

"Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Suatu pagi, rakan sejawat, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang menemui saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di Kuching.

"Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu.

"Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara," katanya.

Chin berkata, beliau bagaimanapun gembira kerana Muhammad Kamil tidak tunduk kepada tekanan Ketua Hakim Negara ketika mendengar petisyen pilihan raya itu dan seterusnya membuat penghakiman berdasarkan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.

Selepas membuat pendedahan itu, Chin meminta kedua-dua pihak terbabit dalam petisyen pilihan raya Parlimen Sarikei, yang didengarinya itu, membuat keputusan sama ada mahu beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

"Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu. Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.

"Oleh itu, saya mahu mendengar daripada pihak berkenaan (peguam atau mereka yang terbabit) sama ada wujud kebimbangan seumpama itu dan mahu memohon supaya saya menarik diri. Kerana pendedahan ini, pihak yang terbabit dalam sebahagian besar penghakiman saya sejak insiden 1997 tentu bimbang kemungkinan saya tunduk kepada tekanan sehingga mempengaruhi penghakiman.

"Tiada kata-kata yang dapat melenyapkan semua kebimbangan itu. Anda perlu membaca penghakiman saya dan memutuskan sama ada ia berasaskan bukti dan undang-undang atau sebaliknya dipengaruhi ugutan," katanya.

Chin kemudian menangguhkan kes yang didengarinya kelmarin selama setengah jam bagi membolehkan pihak berkenaan membuat keputusan tetapi mereka mahu beliau terus mendengar petisyen terbabit. Petisyen itu difailkan Wong pada 24 April lalu bagi mengisytiharkan kemenangan Ding dengan perbezaan tipis 51 undi, sebagai batal dan tidak sah.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 11:04 am

Ronaldo tutup mulut isu Real Madrid

MANCHESTER: Secara terbuka, Cristiano Ronaldo berkata fokusnya ketika ini hanya satu - membantu Portugal menebus kehampaan sekadar bergelar naib juara, empat tahun lalu, dengan aksi cemerlang pada Euro 2008.

Malah bintang muda Portugal itu juga enggan langsung melayan sebarang pertanyaan mengenai persoalan sama ada kekal bersama Manchester United di England ataupun mencuba nasib bersama gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Tetapi itu tidak menghalang ‘keributan’ tercipta, dengan United sudahpun ‘mengheret’ Real untuk diadili oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

United mengemukakan aduan rasmi gara-gara usaha Real memancing Ronaldo biarpun kontraknya akan hanya berakhir, empat tahun lagi.

“Pada 27 Mei, kami secara jelas menyatakan akan melaporkan Real kepada Fifa jika kelab itu terus membabitkan diri dengan persoalan masa depan Ronaldo. Malangnya, Real tidak patuh dan kami berasakan tiada pilihan lain kecuali mengemukakan aduan rasmi,” menurut kenyataan United kepada media.

Fifa mengesahkan sudah menerima aduan berkenaan dan menegaskan betapa badan induk itu perlukan masa untuk mengkaji sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson, secara terbuka mengecam usaha Real memancing Ronaldo dan bertegas pemain itu tidak akan meninggalkan Old Trafford.

Buat tambah memburukkan keadaan, rakan sejawatnya di Real. Bernd Schuster pula membalas dengan kenyataan terbuka betapa Ronaldo adalah sasaran utama kelab itu sebelum musim baru bermula,

Ronaldo sendiri, di sebalik sikap membisunya, tambah mengusutkan keadaan apabila difahamkan turut enggan menjawab panggilan telefon ataupun membalas kiriman mesej daripada Ferguson.

Dia tampak begitu serius untuk patuh kepada ketegasan tidak diganggu daripada tugas membantu Portugal yang sudahpun menang 2-0 ketika aksi pembukaan Kumpulan A mereka menentang Turki.

Skuad bimbingan Luis Scolari itu, dengan Ronaldo selaku kapten, tampak dalam kedudukan selesa untuk ke suku akhir daripada kumpulan yang turut dianggotai tuan rumah bersama Euro 2008, Switzerland dan Republik Czech. - Agensi
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
iealza
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11925
Reputation : 0
Number of posts : 155

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 11:12 am

punyalah byk betul ko dpt information ne CG..bule taan ko arr..bukan lagi talian astro ko guna tp parabola gtu...hihi..truskan informasi anda tu..hiihhi
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 12:25 pm

iealza wrote:
punyalah byk betul ko dpt information ne CG..bule taan ko arr..bukan lagi talian astro ko guna tp parabola gtu...hihi..truskan informasi anda tu..hiihhi

haha..untuk kebaikan bersama ba tu... Wink
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 12:31 pm

Incest dungeon girl wakes from coma


(CNN) -- A 19-year-old girl whose hospitalization exposed a shocking Austrian incest case has woken from her coma, a development that could shed new light on what occurred in the basement were she was held captive for decades.


Doctors placed Kerstin Fritzl in an artificial coma in April after she emerged for the first time from the cellar where she was held captive from birth by her father Josef.

Kerstin, along with six other children, was born from Josef Fritzl's incestuous relationship with his daughter Elisabeth, now 43, whom he raped repeatedly during the 24 years she was imprisoned beneath his home.

Police say Fritzl, 73, has confessed to holding his Elisabeth captive and fathering seven children, six of whom survived.

Kerstin was admitted to hospital in Amstetten, west of Vienna, in an unconscious state after Elisabeth persuaded Fritzl that she needed medical attention. Suspicious medics alerted police, who opened an investigation.

Detectives began investigating the case after hospital officials started inquiring about the girl's family history.

Kerstin and two of her brothers, aged 18 and 5, had spent their entire lives in trapped the cellar with their mother, never seeing daylight, a television their only contact with the outside world.

Doctors placed Kerstin Fritzl in an artificial coma in April after she emerged for the first time from the cellar where she was held captive from birth by her father Josef.

Kerstin, along with six other children, was born from Josef Fritzl's incestuous relationship with his daughter Elisabeth, now 43, whom he raped repeatedly during the 24 years she was imprisoned beneath his home.

Elisabeth and her children have been treated at a secure medical unit since their release.

Officials at hospital in Amstetten, Austria, did not release any more information about Kerstin Fritzl's condition. A news conference on the case is scheduled for Wednesday.


Last edited by ChristyGwen on 11/6/2008, 3:49 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 11738
Reputation : 0
Number of posts : 1000

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 12:48 pm

man wihout heart is like a dog better be run down by trains!!
24years raping.. now dia 73years old and still keeping them hostage..?
think he'll live for ages..punya BODOH~! :evil:
Back to top Go down
Yen
MODERATOR
Yen

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sabah
Tag ID: : 02452
Points : 11863
Reputation : 0
Number of posts : 836

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 3:20 pm

christy...punya bnyk news ko ni...

tp yg paling bikin shocked the last news u've posted....jijik nya.... Shocked
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 3:52 pm

TRU247 wrote:
man wihout heart is like a dog better be run down by trains!!
24years raping.. now dia 73years old and still keeping them hostage..?
think he'll live for ages..punya BODOH~! :evil:

Gila o0 py org tua.,.I cant imagine o0 smpai blh ada anak dgn anak sendiri...what a cruel world... gun
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 3:53 pm

Yen wrote:
christy...punya bnyk news ko ni...

tp yg paling bikin shocked the last news u've posted....jijik nya.... Shocked

ari2 update kan..untuk kebaikan bersama... Wink yg last post tu..mo ditembak eh org tua tu..Gila.. rambo
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11845
Reputation : 0
Number of posts : 1246

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 4:31 pm

coba ko kasi berita apa kebaikan digi prepaid atau postpaid buli kah 2...saya kira2 mahu register lah
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 6:20 pm

Incest dungeon girl reunited with family (latest update - Incest dungeon girl wakes from coma)



(CNN) -- The 19-year-old Austrian girl held captive since birth by her father in a basement, has been reunited with her family after waking from a medically-induced coma.

A lawyers for the family said Wednesday that Kerstin Fritzl, one of seven children whom authorities say Josef Fritzl confessed to fathering, met with other family members on Sunday, shortly after doctors woke her from an artificially induced coma she had been in for weeks.

Kerstin was admitted to hospital in Amstetten, west of Vienna, on April 19 in an unconscious state after her mother Elisabeth persuaded Fritzl that she needed medical attention. Suspicious medics alerted police, who opened an investigation.

Police say Fritzl, 73, has confessed to holding his Elisabeth captive and fathering seven children, six of whom survived. Detectives began investigating the case after hospital officials started inquiring about the girl's family history.



Doctors for Kerstin say she was treated for multiple organ failure but is making a 'remarkable recovery' and can now speak, stand and walk with assistance.

The two parts of the family -- those who were locked in a basement, like Kerstin, and those who lived above ground, apparently unaware of the abuse -- are getting to know each other again, the doctors and lawyer said at a media conference.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 6:26 pm

Austria incest suspect's custody extended (Incest dungeon girl wakes from coma)


VIENNA, Austria (AP) -- An official says an Austrian judge has ruled that a man accused of fathering seven children with a daughter he held captive for 24 years should remain in custody.



St. Poelten prosecutor Gerhard Sedlacek says the decision extends Josef Fritzl's pretrial detention by two months. It has been made Friday during a routine, closed-door session required under Austrian law.

The 73-year-old Fritzl was formally placed in confinement April 29. He is expected to be charged once investigations are completed.

Authorities say Fritzl confessed to locking up his daughter Elisabeth and repeatedly raping her.

Officials also say Fritzl told them three of the children were raised in a cellar at his home in Amstetten, Austria, while three others were brought up above ground, and one died in infancy.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 38
location : kk bah....
Points : 11722
Reputation : 0
Number of posts : 967

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime11/6/2008, 6:50 pm

adedeh niela DUNIA yg sentiasa berpusing.....sadis :arrow:
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime12/6/2008, 9:37 am

Harga minyak kekal tahun ini
Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.

Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.


Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.

Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong.

"Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.

"Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini," katanya.

Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: "Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini."

Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun.

"Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen," katanya.

Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.

"Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula," katanya.

Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:

"Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting."
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime12/6/2008, 9:49 am

Adik Sultan Brunei mungkin dipenjara
Hakim Britain keluar waran tangkap Putera Jefri


LONDON: Pertikaian pemimpin Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan adiknya, Putera Jefri, membabitkan aset dan wang tunai bernilai £3 bilion (RM21 bilion), berkemungkinan menyaksikan putera itu dipenjarakan, dakwa akhbar Britain, The Daily Telegraph.

Mahkamah Britain sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jefri bagi membicarakan kes, semalam.

Peguam Jefri, James Lewis memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak tahu menahu di mana putera itu berada dengan laporan mengatakan beliau mungkin ada di Perancis atau Maghribi.

"Apa yang saya tahu, beliau memang tidak mahu hadir dalam prosiding ini," katanya.
Pertikaian 10 tahun antara dua bersaudara itu yang dikatakan termahal dalam sejarah perundangan, turut menggemparkan dunia kerana mendedahkan kehidupan mewah kerabat diraja Brunei itu yang terpaksa mendedahkan butiran fakta yang selama ini dirahsiakan.
Jefri, 53, dituduh menyalahi syarat satu perintah mahkamah mengarahkannya menyerahkan wang tunai dan aset bernilai berbilion-bilion pound sterling kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) yang di bawah kawalan Sultan Hassanal yang juga antara 10 orang terkaya di dunia.

Ia membabitkan dakwaan Jefri menggelapkan £8 bilion (RM56 bilion) wang rakyat sepanjang tempoh 13 tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di negara kaya sumber minyak itu. Jefri sudah berulang kali menafikan beliau bersalah.

Biarpun Jefri akur dengan penyelesaian luar mahkamah pada 2000 dengan memulangkan wang tunai, harta dan rumah di seluruh dunia yang bernilai kira-kira £3 bilion (RM21 bilion), beliau didakwa membenarkan wang itu dikeluarkan sedangkan akaun bank sepatutnya dibekukan.

Beliau juga didakwa gagal mendedahkan akaun lain dan perbuatan itu dilihat menghina mahkamah.
Berikutan itu, Jefri yang dikatakan tidak bertegur siapa dengan abangnya sejak empat tahun lalu, kini berdepan hukuman penjara dua tahun apabila kes itu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi, semalam.

Namun, The Daily Telegraph turut difahamkan, Jefri yang menyedari kemungkinan dihukum penjara, tidak akan menghadiri perbicaraan di depan Hakim Peter Smith - hakim sama yang pernah menyelia kes pertikaian hak cipta 'Da Vinci Code' pada 2006.

Selepas mengeluarkan waran tangkap itu, Smith memberi amaran Jefri berdepan hukuman penjara jika terus mengelak perbicaraan.

Peguam Sultan Hassanal dan Jefri cuba sedaya upaya sejak sebulan lalu untuk mencapai persetujuan yang boleh mengelak Jefri dipenjarakan, tetapi gagal mencapai penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime12/6/2008, 10:22 am

Budak, pejuang mangsa terbaru Israel

GAZA: Tentera Israel membunuh seorang budak perempuan Palestin dan seorang pejuang Hamas secara berasingan dalam satu operasi askar rejim Zionis yang turut dibantu kereta kebal di Semenanjung Gaza, awal pagi semalam.

Angka terbaru itu menjadikan sekurang-kurangnya 497 orang, hampir semuanya warga Palestin dan pejuang di Gaza, maut sejak rundingan damai Israel-Palestin disambung semula November lalu.

Petugas perubatan Palestin berkata mayat budak perempuan berusia 9 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang dibedil kereta kebal Israel di perkampungan Qarara, timur Khan Yunis.


Ketika pencerobohan dan operasi tentera Israel berterusan, askar Zionis itu menembak mati pejuang Hamas, kata petugas perubatan itu.

Jurucakap tentera Israel berkata pasukan tenteranya menyerang pejuang Palestin di Semenanjung Gaza yang didakwa cuba melancarkan roket ke Israel dari kawasan berkenaan.

Jurucakap itu turut mendakwa beliau tidak mengetahui sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Kejadian itu menyusuli tindakan askar Israel membunuh tiga pejuang Hamas di Gaza dan mencederakan lima lain selepas askar Yahudi itu mendakwa beberapa serangan mortar dilancarkan ke selatan Israel.

Israel sering menghantar anggota tentera darat dan udaranya menceroboh Gaza atas alasan menyekat serangan roket dan bom mortar.

Pergerakan Hamas menguasai Gaza setahun lalu apabila pejuangnya dapat menumpaskan pejuang Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

Mesir cuba menjadi orang tengah bagi menamatkan keganasan di sempadan Israel-Gaza. - Reuters/AFP
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12217
Reputation : 10
Number of posts : 2945

BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime12/6/2008, 10:30 am

Berminat dgn latest news mengenai harga minyak terkini... matila kalau naik pergi harga RM3.15 seliter...
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: