SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 11 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 11 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11666
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 12969
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime16/7/2009, 1:47 pm


Bank
Negara Malaysia (BNM) semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk
baru dengan ciri keselamatan dipertingkatkan, termasuk benang
keselamatan dengan warna berubah-ubah �tertanam� pada kertas dan unsur
cahaya pendarfluor dua warna. Wang kertas sama pernah dikeluarkan pada
Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.



BERITA HARI INI - Page 11 Gambar10
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 12969
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime23/7/2009, 3:26 pm

H1N1:MALAYSIA CATAT KES KEMATIAN PERTAMA

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian pertama kes H1N1 apabila
seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat
perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi kelmarin.


Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar
kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum
diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan
jantung tidak terkawal.


Liow juga berkata, sebanyak 18 kes baru dilaporkan sehingga 8 pagi ini, membabitkan 17 jangkitan tempatan dan satu import.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 12969
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime23/7/2009, 3:32 pm

TAMBANG BAS TAK NAIK MAISIMUM
Kadar tambang ambil kira kemampuan pengguna, kesesuaian


KOTA KINABALU: Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (PPBBS)
memberi jaminan kadar tambang bas mini dan berhenti-henti di bandar
raya ini tidak akan dinaikkan sehingga tahap maksimum seperti
ditetapkan dalam kadar diumumkan kerajaan minggu lalu.


Presidennya, Lokman Sunggim, berkata pihaknya akan berbincang
dengan pengusaha bagi menentukan kadar tambang baru ke semua destinasi
dengan mengambil kira kemampuan pengguna dan kesesuaian tambang
berdasarkan lokasi serta persaingan dengan syarikat pengusaha bas lain.


Katanya, perbincangan itu perlu untuk memastikan kadar baru setiap
destinasi diseragamkan pengusaha sebelum dilaksanakan mulai 1 Ogos ini
bagi mengelak perbezaan tambang antara pengusaha.


"Oleh kerana kerajaan sudah meluluskan kenaikan tambang
perkhidmatan bas mini dan berhenti-henti, maka mulai 1 Ogos ini
pengusaha di bandar raya ini akan mengenakan kadar tambang baru
berdasarkan persetujuan semua pengusaha.


"Walaupun ada kenaikan, saya memberi jaminan kadarnya tidak
mencapai tahap maksimum. Kenaikannya mungkin hanya membabitkan
perbezaan antara 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1 mengikut kesesuaian
destinasi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenaikan tambang perkhidmatan
bas mini dan berhenti-henti di bandar raya ini berikutan langkah
kerajaan meluluskan kenaikan tambang pengangkutan awam di seluruh
negara yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.


Berdasarkan kadar baru itu, kerajaan menetapkan tambang bas
mini di negeri ini sebanyak 18 sen setiap kilometer bagi tanpa hawa
dingin dan 20 sen setiap kilometer bagi yang berhawa dingin dengan
kenaikan masing-masing dua sen dan tiga sen.


Bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin, kadar baru yang
ditetapkan ialah 65 sen bagi dua kilometer pertama dan 9.4 sen bagi
setiap kilometer berikutnya, manakala bas berhawa dingin, kadar baru
ditetapkan ialah 78 sen untuk dua kilometer pertama dan 10.4 sen bagi
setiap kilometer berikutnya.


Berdasarkan kenaikan itu, Lokman berkata, kadar tambang baru
bagi destinasi seperti Likas dan Sepanggar dijangka mengalami kenaikan
masing-masing 10 sen atau 20 sen dan antara 50 sen hingga RM1.
Back to top Go down
kidd
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Sindumin-KK
Tag ID: : SFC 04442
Points : 12969
Reputation : 19
Number of posts : 1666

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime23/7/2009, 3:39 pm

GERHANA MATAHARI SEPARA DAPAT DISAKSI DI UTARA

BERITA HARI INI - Page 11 Mainpi10
Gerhana matahari yg dirakam di Pulau Pinang, semalam.

KUALA LUMPUR: Ramai rakyat Malaysia terutamanya di kawasan utara
Semenanjung tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana
matahari separa yang bermula jam 8.23 hingga 9.48 pagi, semalam.


Walaupun hanya dapat melihat gerhana matahari separa secara
minimum namun orang ramai termasuk pelajar sekolah tetap mahu melihat
keunikan fenomena berkenaan.


Ada yang melayari beberapa laman web yang membuat siaran
langsung secara webcasting seperti
www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.live-eclipse.org dan
www.eclipse-tv.com.

Kejadian gerhana matahari separa itu terbentuk berikutan berlakunya
fenomena gerhana matahari penuh, yang juga gerhana matahari terpanjang
di abad ini iaitu selama enam minit 39 saat.

Bagaimanapun, penduduk Malaysia hanya dapat melihat 17.8
peratus saja kawasan permukaan matahari ditutupi oleh bulan ketika
gerhana separa berlaku.


Pada abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana
matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

Selain Malaysia, antara negara Asia lain yang dapat menyaksikan gerhana
itu termasuk India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.
Back to top Go down
Leader
MODERATOR
Leader

Male
Countries/State : Oregon
Age : 42
location : Astoria, Oregon
Website : http://leader-tm.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04137
Points : 12558
Reputation : 19
Number of posts : 1531

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime13/8/2009, 7:40 pm

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

BERITA HARI INI - Page 11 Mainpi10
Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.


sumber: berita harian online
Back to top Go down
http://leader-tm.blogspot.com
izjat
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Malaysia
Age : 34
location : Kajang
Points : 10865
Reputation : 1
Number of posts : 11

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime29/8/2009, 8:27 pm

sekarang ni dngr cite gula nak naik, mula la orang sorok..
groar

sebab duit, sume leh jadi.

Layan4u

Free Ebook Adsense
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12178
Reputation : 7
Number of posts : 1146

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Wanita 100 tahun pecah rekod dunia   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime15/9/2009, 10:22 am

Wanita 100 tahun pecah rekod dunia

BERITA HARI INI - Page 11 Mainpi12
RUTH mempamerkan aksinya sehingga berjaya marih pingat emas pada Temasya Sukan Dunia Masters di Sydney, kelmarin.


SYDNEY: Seorang wanita berusia 100 tahun memecah 'rekod dunia' dalam acara lontar peluru pada Temasya Sukan Dunia Masters di sini.

Ruth Frith dari Brisbane tiba di sini untuk menyertai temasya dua hari berkenaan dan hanya menaruh harapan untuk memenangi pingat emas.

Namun, oleh kerana beliau adalah atlit tunggal dalam kategori lebih 100 tahun, sebarang lontaran dibuatnya yang tidak batal bukan saja memenangi pingat emas tetapi memecah rekod yang tidak pernah dicatatkan dalam kategori itu sebelum ini.

Beliau membuat lontaran 4.07 meter Ahad lalu, sekali gus merangkul emas dan memecahkan rekod dunia dalam kategori unik itu.

“Asalkan saya tidak batal dalam membuat lontaran saya akan memenangi acara ini,” kata Frith kepada Reuters Television.

Moyang itu yang berlatih lima hari seminggu dan kerap mengangkat berat sehingga 35 kilogram, percaya warga emas yang lain harus mencontohinya.
Bagi memastikan dirinya sentiasa sihat, Frith tidak minum arak, merokok atau makan sayur-sayuran dan menyatakan tidak menyukai ketiga-tiganya sejak kecil lagi.

Frith muncul sebagai bintang dalam Temasya Sukan Dunia Masters itu - acara yang menarik penyertaan lebih 28,000 peserta itu.

Walaupun usianya sudah menjangkau satu abad, Frith yang pertama kali menyertai temasya sukan itu pada usia 74 tahun tidak berhasrat untuk bersara.

Temasya Sukan Dunia Masters itu dianjurkan empat tahun sekali sejak ia bermula pada 1985 di Toronto, menurut laman webnya www.2009worldmasters.com. - Reuters

Rabu, 14 Oktober 2009


Last edited by m_hafiz on 14/10/2009, 7:08 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12178
Reputation : 7
Number of posts : 1146

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: FATAH HAMAS SEPAKAT   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime14/10/2009, 7:04 pm

FATAH HAMAS SEPAKAT

BERITA HARI INI - Page 11 Mainpi11

BRIGADE Al Qud, tentera Jihad Islam, mengadakan sesi latihan perang berhampiran khemah pelarian Nusseirat di tengah Sempadan Gaza, semalam. - Foto AP


Perjanjian perpaduan ditandatangani berasingan Jumaat

RAMALLAH: Fatah bersetuju menerima cadangan Mesir agar kedua-dua puak utama Palestin menandatangani perjanjian perpaduan secara berasingan menjelang Jumaat ini, kata pegawai kanan parti kelmarin.

"Fatah memutuskan untuk menghantar Azzam al-Ahmad, anggota jawatankuasa pusat bagi menyampaikan kepada pemimpin Mesir persetujuan bertulis pergerakan itu," kata pegawai berkenaan.



Menurut seorang lagi pegawai Fatah: "Mesir memberi Hamas 48 jam untuk mengemukakan respons terakhirnya kepada dokumen perpaduan Palestin."

Hamas tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasannya.

Minggu lalu, Mesir mengumumkan bahawa kedua-dua pihak bertelagah itu akan menandatangani perjanjian perpaduan di Kaherah pada 25 dan 26 Oktober ini.

Namun, Hamas meminta penangguhan kerana keputusan penuh kontroversi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang juga pemimpin Fatah menyokong penangguhan laporan peperangan Gaza diluluskan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut cadangan terbaru Mesir, kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian perpaduan secara berasingan menjelang Jumaat ini dan dengan semua puak di Palestin menjelang 20 Oktober ini.

Satu majlis rasmi di Kaherah akan ditangguhkan sehingga selepas percutian Aidiladha hujung November depan atau awal Disember.

Fatah dan Hamas sentiasa bercanggah sejak Januari 2006, apabila Hamas merampas Gaza dalam pilihan raya parlimen Palestin.

Kedua-dua parti menandatangani perjanjian damai di Arab Saudi pada Februari 2007, selepas ketegangan selama beberapa bulan bertukar menjadi pertempuran maut di jalan raya, yang berakhir dengan Hamas menyingkir pasukan pro-Fatah dari Gaza pada Jun 2007, dan membahagikan Palestin kepada dua entiti berasingan. – AFP

Rabu, 14 Oktober 2009
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12216
Reputation : 0
Number of posts : 1268

BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime24/10/2009, 1:03 pm

Bayaran khas RM500 untuk Gred 41-54, pesara

KUALA
LUMPUR: Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya
serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada Disember ini.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan bayaran khas kewangan itu
kepada 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan yang dibayar dua kalin iaitu pada September dan Disember.

Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta. Terdapat kira-kira 1.2 juta kakitangan awam pada masa ini, bermakna sebanyak 340,000 lagi penjawat awam dalam Gred 41 hingga Gred
54 akan menikmati faedah itu sekarang.

"Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan beban
perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara dan
diharapkan mereka akan menggunakan pemberian ini dengan
sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, kerajaan menghargai komitmen dan kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat.

"Bagi mengalakkan pengunaan komputer, penjawat awam kini boleh
membuat pinjaman kerajaan bagi maksimum RM5,000, sekali dalam setiap tiga tahun bermula tahun depan, berbanding sekali setiap lima tahun
sekarang," katanya. - Bernama
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: