SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mnaz
REGULAR
REGULAR
mnaz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : tuaran-sipitang
Tag ID: : SFC 05636
Points : 11417
Reputation : 7
Number of posts : 403

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder.. Empty
PostSubject: Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder..   Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder.. Icon_minitime4/6/2009, 5:43 pm

MINYAK
pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna
hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh
bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000
kilometer mengikut jenis dan grednya.



Namun, bagi
kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan
pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan
pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti
omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada
silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan
minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain
memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu
digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin
termasuk percampuran dengan air.

Oleh itu, pemilik kenderaan
perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar
kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak
pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau
enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model
kenderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar
menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan
menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk
mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan
ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan
anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika
minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

Anda juga
disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika
enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan
bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika
minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

Jika enjin kereta tidak
cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah
dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

Sementara
itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi
apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca
daripada minyak.



Keadaan itu mungkin berpunca daripada
beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin
yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah
itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit
menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi
serbuk logam.

Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian
minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi
hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini
kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding
silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil
pembakaran dalam bahagian berkenaan.

Jadi, di samping mencairkan
sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di
dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah
kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan
kerosakan pada bahagian enjin
.


p/s: Admin, klu sudah ada ini info ...tolong delete ah....
What a Face
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18489
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder.. Empty
PostSubject: Re: Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder..   Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder.. Icon_minitime28/9/2010, 3:48 pm

thanks 4 da info bro..bgus utk tips mnjaga enjin dn mngelak dr kerosakan.. cheers
Back to top Go down
 

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: