SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Info minyak pelincir

    Share
    avatar
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 34
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 10037
    Reputation : 101
    Number of posts : 7894
    09052007

    http://i38.servimg.com/u/f3 Info minyak pelincir

    Post by aLFFiaN

    Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder


    MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.



    Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

    Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

    Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

    Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

    Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

    Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

    Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

    Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

    Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

    Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.



    Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

    Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

    Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

    Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

    Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

    Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.
    Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:59 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:yg 4 liter lebih mahal, rm90

    kalau conoco yang harga rm 85 ringgit lagi performance drpd sa pakai skrgni, gred 10w-40 yg harga rm 85 ringgit, kalau 15w-40 rm 58 ringgit semua 4 liter.
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:01 pm by Nieto

    so ada jual tak fully syn?? mau cuba nie hehe~ berapa harga untuk fully syn?
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:03 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:so ada jual tak fully syn?? mau cuba nie hehe~ berapa harga untuk fully syn?

    x tau plak yg fully ni, nti survey2 la di kedai jual minyak itam Smile
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:04 pm by Nieto

    bah boleh... mau try semua jenis fully hehe~ kawan saya pakai petronas syntium 5000, 0w-30 fuhh, gila ringan oii!!! harga pun rm200 lebih... tapi tu minyak pandai kurang oh, terlalu cair pulak~
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:06 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:bah boleh... mau try semua jenis fully hehe~ kawan saya pakai petronas syntium 5000, 0w-30 fuhh, gila ringan oii!!! harga pun rm200 lebih... tapi tu minyak pandai kurang oh, terlalu cair pulak~

    x payahla beli mahal2 sebab benda tu limpas 5000km ganti juga, baik beli yg harga sederhana dan puas hati.
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:07 pm by Nieto

    fully 10,000km ganti. 5000 terlalu awal haha
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:09 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:fully 10,000km ganti. 5000 terlalu awal haha

    yg sa pakai skrgpun sdh lebih 5000km masih x berat lagi enjin sa :P
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:10 pm by Nieto

    haha, tapi yg penting jangan lebih dari 3 bulan jugala, sebab minyak tak boleh simpan lama di engine. bro, beritahu ya kalau ada news conoco fully syn ini~
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:11 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:haha, tapi yg penting jangan lebih dari 3 bulan jugala, sebab minyak tak boleh simpan lama di engine. bro, beritahu ya kalau ada news conoco fully syn ini~

    esok ko pi lar kedai minyak hitam survey tnya ada jual ka yg fully :P

    Post on 26/12/2007, 6:28 pm by drakult

    ada berjual kah conoco nie d kk??
    avatar

    Post on 26/12/2007, 6:46 pm by vip_user

    conoco penaja drag race d tawau...

    Post on 27/12/2007, 2:20 am by ProjectD

    bah beli jgn x bli..AM1 mcm mana?
    avatar

    Post on 27/12/2007, 4:17 am by pioneer_syntium

    vip_user wrote:conoco penaja drag race d tawau...

    btl, sekali sa pakai minyak ni terus sa x akan bertukar kepada minyak yg lain, sdh bermcm2 minyak pelincir sa cuba, minyak paling bagus la yg sa rasa setakatni.
    avatar

    Post on 27/12/2007, 6:12 am by andypeterh

    camana plak klu pakai enjin kecik n standard?..
    minyak yg mana 1 yg sesuai?..
    avatar

    Post on 27/12/2007, 6:37 am by pioneer_syntium

    andypeterh wrote:camana plak klu pakai enjin kecik n standard?..
    minyak yg mana 1 yg sesuai?..

    enjin L2s besar ka? Laughing boleh juga sa pakai gred 15w-40 lagi :P
    avatar

    Post on 27/12/2007, 7:33 am by Adilee

    sorry i cilok sikit bro2 sekalian...

    Bagi sapa2 yang guna enjin yg berTURBO saya cdgkan tuan2 dan puan2 gunakan lh minyak enjin jenama CASTROL MAGNATEC lagi elok utk masa depan enjin anda.. (hehe mcm iklan minyak makn je)..
    Base frm my xperiance kunun pernah guna minyak enjin yg mahal2 such as HKS tue teda guna gak buat rosak tu tobo jah...
    kesian sya bro....
    klu sya byk duit sya mo saman tue kadai jual tue minyak HKS..
    waaaaaaa........ cry cry cry
    araimaitiiiiiiiii.......
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:20 am by Nieto

    HKS tu mahal gila, rm100 lebih untuk syntetic base saja (belum lagi semi syntetic)

    L2s masih categori engine kecik, tak boleh tengok ada turbo atau tidak, yg penting CC besar atau kecil~ engine bawah 1300cc dicadang mengunakan bawah 10w, yg belakang tu besar tak apa, tapi jangan lebih 50. misalnya 5w-50, 10w-30, 0w-30, 5w-30 semua nie boleh dipakai.

    manakala 10w-60, 20w-50, 15w-40 tidak elok untuk kereta engine cc kecil walaupun ada turbo. Kerana saiz piston yg kecil akan terasa berat untuk minyak yg pekat~!
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:24 am by pioneer_syntium

    15w-40 sa tgh pakai skrgni geng, oh ya yang sa beli tu bkn semi syntetic plak syntetic saja.
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:26 am by Nieto

    mungkin syntetic base. maksudnya BASE dia adalah syntetic, tapi belum lagi capai semi syntetic.
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:27 am by pioneer_syntium

    Nieto wrote:mungkin syntetic base. maksudnya BASE dia adalah syntetic, tapi belum lagi capai semi syntetic.

    yeap btl.
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:30 am by Nieto

    dulu castrol pun ada syntetic base untuk 10w-30, tapi semenjak magnatec keluar, syntetic base sudah tidak lagi dijual. Magnatec cepat habis jual, dulu saya masuk beberapa carton sekejap ja habis, hingga gudang pun habis, kena tunggu kapal dari KL pulak... sampai sebulan tunggu, sebab cepat habis seperti yg dijangkakan oleh supplier
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:33 am by pioneer_syntium

    Nieto wrote:dulu castrol pun ada syntetic base untuk 10w-30, tapi semenjak magnatec keluar, syntetic base sudah tidak lagi dijual. Magnatec cepat habis jual, dulu saya masuk beberapa carton sekejap ja habis, hingga gudang pun habis, kena tunggu kapal dari KL pulak... sampai sebulan tunggu, sebab cepat habis seperti yg dijangkakan oleh supplier

    oh... ic...
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:35 am by Nieto

    Adilee wrote:sorry i cilok sikit bro2 sekalian...

    Bagi sapa2 yang guna enjin yg berTURBO saya cdgkan tuan2 dan puan2 gunakan lh minyak enjin jenama CASTROL MAGNATEC lagi elok utk masa depan enjin anda.. (hehe mcm iklan minyak makn je)..
    Base frm my xperiance kunun pernah guna minyak enjin yg mahal2 such as HKS tue teda guna gak buat rosak tu tobo jah...
    kesian sya bro....
    klu sya byk duit sya mo saman tue kadai jual tue minyak HKS..
    waaaaaaa........ cry cry cry
    araimaitiiiiiiiii.......


    biasa lah, kalau mau masuk race, memang tak tahan punya ma, yg penting PERFORMANCE. pakai sekali, buang, tukar baru. kalau kita nie driver kat city, bukan racing. so pakai sesuatu yg melindungi dan tahan lama~
    avatar

    Post on 27/12/2007, 11:40 am by pioneer_syntium

    Nieto wrote:
    Adilee wrote:sorry i cilok sikit bro2 sekalian...

    Bagi sapa2 yang guna enjin yg berTURBO saya cdgkan tuan2 dan puan2 gunakan lh minyak enjin jenama CASTROL MAGNATEC lagi elok utk masa depan enjin anda.. (hehe mcm iklan minyak makn je)..
    Base frm my xperiance kunun pernah guna minyak enjin yg mahal2 such as HKS tue teda guna gak buat rosak tu tobo jah...
    kesian sya bro....
    klu sya byk duit sya mo saman tue kadai jual tue minyak HKS..
    waaaaaaa........ cry cry cry
    araimaitiiiiiiiii.......




    biasa lah, kalau mau masuk race, memang tak tahan punya ma, yg penting PERFORMANCE. pakai sekali, buang, tukar baru. kalau kita nie driver kat city, bukan racing. so pakai sesuatu yg melindungi dan tahan lama~

    betul... sa setuju Very Happy

    Post on 27/12/2007, 2:06 pm by ProjectD

    minyak mahal2 xda guna lau x ganti oil filter..hahahaha :P

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 12/12/2017, 3:55 am